Thursday, October 21, 2010

WANITA NAK JADI SUAMI?

Dunia di garis penamat
______________________________________________

Wanita UMNO bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar [ MB ] di zaman pemerintahan DS Najib Tun Razak. Secara peribadi, walau setinggi mana,walau sehebat mana,walau sebijak mana sekali pun kaum wanita,jangan melampaui hakikat.Wanita itu perlu dipimpin.Mereka wajar mengikut 'perintah' kaum lelaki.Bukan meluruskan telunjuk mengarah itu dan ini kepada kaum lelaki.

Andai sudah meluahkan angan2 [ matlamat ] untuk menjadi MB itu sudah dikira agak terlebih lajak.MB adalah pemimpin utama dalam pentadbiran negeri.Kalau dalam sebuah keluarga,itu sudah dianggap menjadi 'suami',ketua keluarga. Sekadar menjadi menteri dan menjaga hal ehwal wanita masih boleh diterima tetapi jika sudah ingin bergelar 'suami' dalam pentadbiran peringkat negeri,rasanya itu kurang wajar.Banyak protokol yg menyulitkan tugas dan kerja seorang wanita jika mereka menjadi MB.

Sebagai PM,rasanya DS Najib perlu meneliti permintaan ini.Amat tidak sesuai jika wanita dilantik menjadi MB.Kalau sekadar Timbalan MB mungkin ada rasional walaupun jawatan itu masih tinggi utk dipukul oleh kaum ibu.Mereka tidak sepatutnya menjadi ketua utk kaum lelaki,sunnahnya tidak begitu.Lelaki dijadikan sebagai pemimpin.Wanita mengekorinya di belakang.

Meminta pun biarlah berpada,tanggungjawab keluarga di rumah mahu diserahkan kepada siapa? Makan minum suami dan anak2,siapa nak uruskan?.Memang ada pembantu rumah,tetapi pembantu itu membantu isteri yg masih ada bersama suami di rumah bukannya menyerahkan tanggungjawab mengurus rumahtangga kepada pembantu rumaha secara total.Suami terkebil2 menanti kepulangan isteri yg menjadi MB dalam negeri yg suaminya menjadi rakyat.Jadual tugas MB amat banyak,sibuk bergerak ke merata tempat,di kelilingi pegawai lelaki, menghulurkan tangan,dihulurkan tangan oleh pelbagai manusia utk bersalam.Amat2 tidak kena dan tidak sesuai.

Rujuklah kitab2,..apa tugas yg layak untuk wanita.Bercita-cita ingin jadi 'suami' itu melampau la.Kaya,bijak,lawa, intelek, hebat pidato bukan lesen utk mereka menuntut jawatan mengatasi kerja utk seorang suami.Ada ketikanya syarat dan kelayakan yg kita miliki tidak semestinya sesuai untuk kita ambilalih tugas yg memang tidak dibolehkan utk kaum wanita.Jika isteri mempunyai sebutan yg tepat dalam bacaan ayat2 suci al-Quran, lagunya lebih lunak,suaranya lebih merdu,itu semua tetap tidak layak untuk si isteri  mengambil tugas menjadi imam kepada suaminya sendiri [ sebagai contoh ].Justeru..terima lah setakat mana tugas dan kerja yg sudah ada dalam tangan,jangan meminta yg bukan2.

"Jangan pula yg dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran."

No comments:

Post a Comment