Wednesday, December 30, 2009

AMBANG 2010 MAKIN TERASA

Sesi persekolahan 2010 hampir menjelang.Para ibubapa masih kelam kabut menyediakan segala kelengkapan dan keperluan anak-anak.Perit mereka rasa dalam saat-saat ekonomi yang merudum ini.Ada yang mengeluh, mengharapkan bonus rupanya 'hujan di tengah hari'.Mereka yang berpendapatan tetap mungkin boleh lagi merangkak2 untuk menyediakan segala keperluan anak-anak sekolah tetapi bagaimana mereka yang tinggal di pedalaman?.Terutama yang baru habis edah dengan banjir.Berapalah sangat mereka mampu kumpul untuk memberi segala peralatan sekolah anak-anak.Kesian mereka.

Di mana janji-janji kerajaan?.Lihatlah mereka yang memerlukan itu.Sakit hati melihat para wakil rakyat yang kekenyangan, bermewahan atas kesusahan rakyat terbanyak.Lupa dan lalai dengan amanah yang mereka sendiri tagihkan sewaktu pilihanraya.Bila sudah menang...entah kemana segala janji yang ditaburkan itu.Persetankan para YB sedemikian...PRU akan datang ajar mereka cukup-cukup tidak kira siapa pun mereka.

Para pekerja dikerah keringat mereka cukup-cukup tetapi imbuhan yang mereka dapat apalah sangat.Bonus yang menjadi taruhan para pekerja umpama mimpi dalam mimpi.Terkulat-kulat bila kerajaan tidak mengisytiharkan bonus.Perancangan lebur, angan-angan hancur.Yang bergaji rendah dengan angan-angannya, yang bergaji tinggi dengan angan-angannya...masih-masih menyimpan kecewa, dendam da, kemarahan.Kerajaan bermain tarik tali.Mungkin bila hampir pilihanraya bonus akan diberikan 2 bulan atau lebih atau minima RM3,000.00.Wowwww...tertipu lagi para pandir dan yang sewaktunya dengannya.Marah, geram, dan dendam kesumat yang ditanam bertahun lama bila menerima berita bonus 2 bulan..terus hilang segala kemarahan.

Bijak-bijak.Memang kerajaan tahu kelemahan rakyat...marah mereka hanya sekejap.Dendam mereka hanya sekejap.Bila nampak duit, semua itu akan hilang sekelip mata malahan lebih cepat dari itu.

Apa pun jika bercakap soal amanah, sesiapa yang tidak amanah dengan tugas yang dipikul, nescaya balasan Tuhan itu amat pedih.Para pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya.Sejauhmana mereka jujur dan amanah dengan tugas.

Buat rakyat...bersabar je lah.Apa yang berlaku masih dalam ketentuan Tuhan.Miskin kaya, hina mulia, maju mundur hidup kita tetap berjalan atas takdir Tuhan.Mari kita berlapang dada.Pasrah dan redha dengan apa yang ada.Marah, kecewa dan berdendam pun tidak ada gunanya.Buat menyesakkan dada sahaja.

Mehh..kita pi zikir dan solat.Doa pada-Nya.Lepas itu ikhtiar sekadar termampu.Yang lain...serahkan pada-Nya.

DUNIA DI AMBANG KIAMAT...

Sesekali, saya ada juga melilau sekitar kota kosmopolitan ini.Saja merehatkan minda.Sambil-sambil membeli sedikit keperluan di gedung pakaian di ibu kota.Cuma yang tersentuh di hati ini ialah melihatkan kaum lelaki sudah berubah watak dan penampilan.Si lelaki memakai cekak rambut, rambut panjang mengurai, ada yang pakai serkup kepala yang biasa dipakai oleh makcik-makcik yang menjaul pisang goreng di tepian jalan.Pakai gelang kaki pulak tu.Aduuuuuiiiii ngilu semacam melihatkan penampilan kaum lelaki separa nyah walaupun jelas gaya masih jantan.

Si perempuan pulak, berseluar pendek, rambut pendek, ada yang bulu betis mengalahkan lelaki pun ada.Tersenyum saya sendirian.Tidak menerima takdir Tuhan barangkali.Ingin mengubah ciptaan Allah yang azali.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dalam ilmu-Nya namun manusia cuba bertindak melawan Penciptanya.Kreatif tidak bertempat..Ada yang memakai kain belah sampai celah kangkang.Sedar dan tahu kain itu memang akan terselak jika ditiup angin, masih ada hati nak pakai juga.Bila terselak dek teguran bayu yang melintas, malu-malu pulak nak tutup yang terselak tu..kelakar pun ada melihat gerak geri mereka yang kelam kabut menutup yang terselak itu.Yang pi pakai kain macam tu buat apa?...

Sakit kepala, sakit mata melihat telatah manusia di ambang kiamat ni....buat sejantina dan yang berlainan jantina.Bertaubatlah segera.Iktulah fitrah yang Allah jadikan untuk kita.Itu yang terbaik.Usah menjadi pereka fesyen yang mencabar Keagungan Ilmu Allah...murka Allah amat pedih.

Tuesday, December 29, 2009

PANDIR MENGUPAH PANDIR...maka pandir juga akhirnya.

Perhimpunan untuk menyerahkan memorandun kepada PAS Selangor dua tiga hari yang lalu jelas menampakkan sifat pandir.Sanggup 'dipandirkan' oleh pandir-pandir yang jauh lebih pandir daripada pandir-pandir yang dipandirkan itu.Berapa banyak pandir daaaa.Dalam era IT dan dunia serba canggih ini, tidak semudah itu untuk rakyat tetipu, tipah pun tidak akan tertipu lagi.

Dengan wajah-wajah yang jelas keUMNOannya itu, mana mungkin untuk rakyat percaya bahawa yang hadir itu adalah penyokong PAS.Pejabat PAS pun tutup.Wajah-wajah pemimpin PAS pun langsung tidak ada.Usahkan pimpinan tertinggi, pemimpin peringkat bawahan pun tidak ada.Penyokong PAS tidak pernah berarak jika tanpa pemimpin.Mereka taat dan setia kepada pemimpin.

Apa hujah para pandir yang memandirkan para pandir yang berarak itu untuk mengatakan bahawa pandir-pandir itu adalah penyokong dan ahli PAS.Kalau penyokong ada kemungkinan walaupun amat-amat tipis sekali.Namun kalau ahli PAS jauh sekali untuk bersama dalam majlis pandir itu.Cuma para pandir yang memang amat-amat pandir tau pulak baling batu sembunyi tangan. Diam menikus.Tau pulak malu.Selalunya para pandir ni tidak tau malu...mereka tidak tau pun diri mereka tu wujud, itu sikap pandir.Sekali pandir, maka pandirlah selamanya.Cuma para pandir yang telah dipandirkan itu rasanya sudah insaf.Mereka akan mengundi PAS dalam PRU akan datang,kerana mereka tau PAS tidak akan memandirkan mereka.Tidak seperti para pandir yang telah berjaya memandirkan mereka dalam demonstrasi yang lalu...

Sunday, December 27, 2009

TAHU SAMA TAHU..AKHIRNYA BUAT TAK TAHU..

Mencabarnya Tun M terhadap DS Najib agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat segala penyelewengan RM100 billion yang didakwa oleh seorang penulis buku yang berpengkalan di Singapura sebenarnya satu sandiwara...mengaburi mata rakyat semata-mata.Tun berani mengemukakan cabaran kerana dia tahu DS Najib jauh dair berani untuk menyahut cabaran itu.Andai disahut, pasti penyelewengan lain pula akan timbul.Silap-silap nama DS Najib juga tersenarai sama...

Akhirnya, oleh kerana sudah tahu sama tahu..maka DS Najib buat tah tahu.Tun selamat, DS Najib selamat, Pak Lah selamat, KJ juga selamat dan UMNO serta sekutunya selamat.Dulu kini dan selamanya.Saya tidak yakin DS Najib berani menyahut cabaran Tun kerana jika memang Tun terbukti bersalah dan pemimpin lain terlepas, pastu Tun akan mendedahkan secara terperinci kesalahan dan penyelewengan pemimpin lain dalam UMNO dan BN kerana Tun telah memimpin negara lebih 20 tahun.Segala keburukan dan kelemahan menteri kabinetnya dalam dalam tangan Tun...ada berani DS Najib nak membuka siasatan?...jauh panggang dari api.