Thursday, January 6, 2011

SYIRIK [ menyekutukan Allah ]

Syirik itu terlalu sukar untuk dikesan.Terlalu rumit utk disedari kecuali kita berhati-hati dengan segala perilaku kita,tutur kata kita, amal ibadah kita dan semua aspek kehidupan kita.Syirik itu diumpamakan 'seperti semut hitam di atas batu hitam yg berada dalam gua yg gelap gelita di malam yg amat2 kelam". Bayangkan apakah kita mampu melihat seekor semut hitam yg berdalam dalam keadaan demikian?.

Tentu sekali kita kena melihat dengan mengunakan cahaya lamput mempunyai tahap kecerahan yang amat maksimum jika tidak kita tidak mampu utk melihat seekor semut hitam yg berada di atas seketul batu hitam dalam gua yang gelap gelita dan di malam yang kelam.Cahaya lampu perlu mempunyai tahap kecerahan yang benar-benar terang.

Maka dalam diri kita, lampu yang perlu kita gunakan utk melihat 'semut hitam itu' [ syirik ] tersebut adalah dengan penguasaan ilmu agam yang benar2 mantap.Jika tidak kebarangkalian utk kita bersyirik dengan Allah cukup besar.Sdgkan riak, ujub, sombong dan angkuh itu adalah ciri2 syirik.

Dosa org bersyirik dengan Allah tidak akan diampunkan.Kalau tidak berhati2 mungkin selama ini kita banyak bersyirik dengan Allah.Mungkin kita tidak sedar apa yang telah berlaku dan mungkin apa yang telah dilakukan selama ini atau sepanjang hidup kita telah banyak berlaku syirik dengan Allah dan syirik itu masih bersarang dalam diri kita.Dek kerana kurang didikan dan kefahaman agama makin kita masi terus lena dibuai dosa syirik yang makin sebati dalam diri.

Hati-hati dengan kebaikan yang kita buat jika tidak kena gayanya kita boleh bersyirik dengan Allah.Apatalah kejahatan yang dilakukan.Jahat itu dah satu dosa kalau bersyirik pulak lagi parah tanggungan akibat yang bakal kita terima.Belajarlah agama tanpa rasa jemu.Terima teguran org yang lebih tahu dari kita sebagai sedekah yg terbaik mereka.Kita jangan sesekali sombong dan angkuh kalau ditegur kerena sifat angkuh dan sombong itu ciri2 syirik.

Selamat mencuba dan selama beramal,semoga kita dijauhkan Allah dari bersyirik kepada-Nya.