Friday, April 29, 2011

SUMPAH LAKNAT

Seseorang yang ingin bersumpah laknat memerlukan seseorang itu bebas dari dosa2 besar seperti tidak minum arak,berzina dan sebagainya.DSAI menolak sumpah laknat dengan menyindir pihak yang mencabarnya dengan menyatakan seseorang yang ingin bersumpah harus bersih dari dosa besar.Namun dalam waktu yang sama apakah DSAI sedar bahawa penolakan utk bersumpah laknat itu MEMBUKTIKAN bahawa dia juga tidak bebas dari DOSA BESAR tersebut?.Tersirat dan tersurat bercantum menjadi satu.Dua dalam satu. 2 + 1.Pi mai pi mai tang tu.



JAM OMEGA

Kalau benar JAM OMEGA masih dalam simpanan kenapa dan mengapa tidak ditunjukkan kepada wartawan@khalayak?.Cukup mudah kan?Tidaklah rakyat terbanyak tertanya2.Apa yg susah sangat nak buktikan bahawa jam itu masih ada kat kita?.Perkara ini menjadi isu yang panjang sebab ketidakmampuan untuk buktikan jam itu masih dalam simpanan.Berani kerana benar.Jika jam itu terbukti masih dalam simpanan maka terjawab semua persoalan kecuali MEMANG benar JAM itu sudah hilang dan memang benar jam dalam simpanan polis itu adalah jam yang 'sebenarnya'.

Wednesday, April 27, 2011

Kuman lebih besar dari gajah?

Gajah pada hari ini lebih kecil dari kuman.Spesies gajah perlu dilihat menggunakan kanta pembesar baru boleh nampak.Kalau tak takkan gajah di depan mata tak nampak,kuman di seberang laut nampak dengan jelas?..


SESEDAP RASA

Dalam ribut petir
diharungi jua
ombak bergelora
umpama bayu sepoi2 bahasa

Ku pekakkan telinga
dentuman petir
umpama mercun di hari raya
riang gembira

Ku gagahi
ku bangkit meniti
merempuh kepayahan
mencari realiti
merintis seribu kemungkinan
berpantang maut sebelum ajal

Saturday, April 9, 2011

BERLAKON...

Org cerdik boleh berlakon bodoh.Sebaliknya org bodoh TIDAK MUNGKIN boleh berlakon cerdik kerana kelak kebodohan akan terbongkar.Masa itu mana nak letak muka?Maruah bukan 5 sen.Begitu juga halnya dlm isu kekayaan.Org kaya boleh berlakon miskin tetapi org miskin JANGAN pandai2 nak berlakon kaya.Malu besar nanti.Hidup la dengan kenyataan.Kalau bodoh pun bodoh la,kalau miskin pun apa kita risau dah mmg kita miskin.

HIDUP DENGAN ACUAN SENDIRI

Dalam dunia moden hari ini ramai manusia tumbang.Mereka jatuh kerana sikap dan nafsu mereka yang tidak terkawal.Memang kehendak manusia infiniti,tiada batasan.Namun jika kita hidup secara sederhana dan tahu keupayaan sendiri pasti hidup kita lebih bermakna dan bererti. Jangan ikut rentak orang lain hatta kawan baik sendiri. Mungkin mereka kaya maka jika kita tidak seperti mereka utk akan kita cuba bergaya dan berlagak melebihi kemampuan.Hiduplah dengan acuan sendiri. Biar miskin asalkan kita bahagia.Hidup dalam kepura-puraan sebenarnya kita  menipu diri sendiri.Tak ke mana pun.Akhirnya kita yang menanggung risiko.

MATI TERJUN BANGUNAN.

Sejak akhir2 ini sudah semacam pelik kerana terjadi kes2 mati terjatuh dari bangunan.Sama ada terjatuh, dijatuhkan atau dicampak itu satu persoalan yang sukar utk dijawab.Cuma kemusykilan yg timbul apakah si mati yg terjun atau ada desakan utk terjun.Sejauhmana isu ini menimbulkan pertanyaan perlu ditangani dengan baik.

Melakukan kesalahan itu satu hal.Sama ada benar2 bersalah atau ada ugutan membuatkan tertuduh nekad utk terjun mungkin juga satu kemungkinan.Andai mati itu kerana didesakan olek keadaan yang wujud ketika itu masih juga belum terjawab.Andai mangsa mati kerana dicampak atau ditolak maka itu sudah menimbulkan persepsi lain kepada khalayak.

Jika tiada sesiapa yang mendorong utk mangsa terjun dan itu pilihan sendiri..mungkin selepas ini semuanya tingkap di pejabat siasatan perlu dipasang grill.DAN mesti ditulis dgn jelas di setiap tingkap itu  " INI BUKAN PINTU KELUAR". Nak keluar sila ikut pintu...


BERKAWAN...

Berkawan janganlah memilih.Jgn hanya berkawan kerana mereka ada pangkat,ada wang, ada kuasa dan kedudukan.Kita berkawan kerana mereka org baik2.Mereka juga boleh saling mengingati utk kebaikan bersama.Kalau berkawan kerana ada kepentingan lain itu sudah terkeluar dari hasrat sebenar konsep berkawan.

Dan pilihlah kawan jgn jenis kawan yg sokong membawa rebah.Tidak semua kawan itu baik.Dan tidak semua kawan itu jahat.Pilihlah kawan dgn ilmu dan pengalaman hidup kita selama ini.Kita pasti kenal mana kawan, mana lawan kerana dalam berkawan sering terjadi permusuhan.Namun jika kita ikhlas berkawan pasti ada keberkatan.