Sunday, March 27, 2011

SEKADAR RENUNGAN : Buat mereka yang ingin berfikir...

Sejak merdeka sehingga pertengahan tahun 90-an,UMNO dan sekutunya cukup gah dan kukuh berkuasa.Setiap kali PRU atau PRK sudah jelas siapa yang akan menang cuma majoriti sahaja yang belum pasti. Namun selepas tahun 1998 segalanya berubah.Nasin UMNO dan BN menjadi tidak menentu.

PKR muncul selepas peristiwa REFORMASI 1998.Sejak itu UMNO dan sekutunya makin dijauhi rakyat.PRU12 menjadi titik awal.Kekuasaan dan gahnya BN di tampuk kuasa hilang majoriti 2/3 di Parlimen.Sejak itu politik negara mulai diwarnai dgn pelbagai kosmetik.Isu seks, isu fitnah, isu rasuah, isu kroni, isu nepotisme mula menjadi duri dalam daging setiap parti politik di negara ini.

Sejak itu UMNO mula kepanasan.Macam2 isu dilontarkan utk pembangkang.Begitu juga pembangkang khususnya PKR terhadap UMNO.UMNO menyalahkan pembangkang kerana bermain kotor.Silapnya UMNO kerana tidak mahu membuat pemutihan kepimpinan dalam parti.Membiarkan beberapa pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti terus kekal sehingga keyakinan rakyat mula terhakis.UMNO mengalami krisis keyakinan oleh rakyat.

Sebaliknya UMNO menyalahkan pihak lain.Mereka tidak pandai menari disalahkan lantai tidak rata atau jongkang jongkit.Itulah egonya UMNO.Sedangkan ahli2 PKR adalah majoritinya ahli UMNO yang simpati dgn DSAI, mmg suka dgn PKR dan benci dgn UMNO mereka join PKR.UMNO sengaja abaikan kebajikan ahli2nya, membiarkan pemimpin2nya kaut kekayaan melimpah2.Akhirnya ahli UMNO menyokong pembangkang.

Mengapa UMNO dan sekutunya tidam mahu berfikir akan kenyataan ini?Asyik menyalahkan pihak lain.Kalau UMNO sentiasa menjaga amanah, berkhidmat betul2 dedikasi, kebajikan dan hak rakyat dibela sepenuhnya pasti kekuasaan UMNO akak terus teguh dan gah di persada pemerintahan negara.

Cuaknya ialah pemimpin UMNO dan BN berlumba2 merebut 'harta rampasan', leka dan lalai dgn kemewahan.Joli dan berseronok dgn perempuan,arak dan pelbagai kerenah yang jelas melanggar hukum hakam agama.Penyokong dan ahli UMNO pun mengaji agama juga.Mereka tahu halal haram.Justeru dek kerana beberapa kerat pemimpin besar melakukan kejahatan melampau ini maka mereka protes berpaling tadah memberi undi kepada pembangkang.Itulah silapnya pemimpin BN tidak buruk sendiri.

MCA, Gerakan dan parti2 lain yang berasakan Cina pun begitu.Dulu2 DAP hanya parti picisan,melukut di tepi gantang sahaja.Bukan saingan pun.Namun setelah pemimpin Cina juga senada dan seirama dgn UMNO dalam boros dan buruk laku maka orang2 Cina juga memilih DAP tempat bergantung harapan.

Semuanya ini kesilapan BN dan komponen mereka.Sebaliknya BN menyerang pembangkang bukannya memperbaiki kesilapan dalam parti masing-masing.Akhirnya tohmahan, isu VCD lucah mula menjadi senjata keji utk meruntuhkan saingan lawan,Baik saingan politik luar mahupun politik awan dlm parti.Masing2 membuat drama bersiri masing-masing.Sedangkan ini semua memperlihatkan kebodohan mereka..mereka tidak sedar rupanya.Rakyat memerhati dan menilai deng penuh minat.

PAS selepas ditendang dari UMNO, mereka langsung bukan saingan utk UMNO.Setiap kali bertanding..kalah dalam tangan, menang belum pasti kalau melawan UMNO.Namun sekarang PAS adalah alternatif utk orang2 Melayu selain PKR.UMNO masih nak salahkan PAS dan PKR,salah dan keburukan pemimpin sendiri mereka pejamkan mata, pekakkan telinga.Itulah kesilapan besar UMNO dan sekutunya.

Presiden MCA walaupun terbukti 'meng-fuck' perempuan,tidak ditahan,tidak dihukum, tidak diambil apa2 tindakan pun akhirnya menjadi presiden MCA dgn bergaya.Menewaskan presiden semasa dan mantan presiden.Itulah uniknya org Cina berpolitik.Mereka melibat kepada wibawa dan ketokohan membela nasib bangsa mereka.

UMNO sebaliknya pula.Melondeh sehabis mungkin bangsa sendiri yang kononnya membela Melayu.DSAI dilanyak cukup2.Akhirnya perpecahan dalam UMNO.Mula UMNO Baru dan Semangat 46,lepas itu PKR pula.Hari ini UMNO dan PKR perang saudara.Pemimpin parti komponen dalam BN tersenyum dan tergelak kecil melihat kebodohan pemimpin Melayu.

Dalam suasana bergaduh begini pasti akan ada lompang sana ini, pemimpin akan lalai dlm tugas dan hal2 sulit tertentu dan tanpa sedar kelekaan dan kelalaian ini akan diambil oleh mereka yang sentiasa menangguk di air keruh utk kepentingan peribadi dan puak2 mereka.Adakah UMNO dan pemimpinya sedar?Tidak rasanya...
Buruk dan busuk di badan sendiri dituduh busuk dan buruk orang lain.biasala kalau dah terlalu lama bergelumang dengan busuk lama2 busuk itu tidak mampu dihidu oleh hidung sendiri.

Mereka yang tinggal berhampiran kilang getah hanya menghidu bau busuk utk beberapa ketika sahala lama kelamaan mereka dah tidak lagi menghidu bau busuk tersebut.Alah bisa tegal biasa..analoginya begitulah.Namun bagi mereka yang sesekali melalui kilang getah tersebut pasti menutup hidung kerana tak tahan bau busuk getah tersebut.UMNO pun begitulah perumpamaannya.

Hari ini PRU13 makin menjelang kalau tidak berubah asyik leka dgn VCD lucah, kaki perempuan, kaki teguk, kaki gay,kaki rasuah, kaki putar alam, kaki tupu rakyat maka PRU akan datang rakyat akan tunjukkan cara hendak jadi rakyat pula.Rakyat akan merentap mereka yang tidak sedar diri ini dari kerusi empuk yang sedang pemimpin duduk hari ini.Hati2 lah dan berubahlah segara.

Jumlah ahli lebih 3.3 juta bukan jaminan utk menang jika tidak mengapa PRU12 lalu UMNO hilang kerusi dengan begitu banyak?Ramai menteri gugur mcm daun kayu musim kemarau.Maruah dan nama baik lenyak sekelip mata.

Sekarang pemimpin UMNO masih dipalit kontroversi.Skandal dgn amahnya sendiri, SU Politik kaya raya walaupun baru 2 tahun bertugas, pemimpin langgan gay, pemimpin raba punggung perempuan, pemimpin main bontot dgn 13 wanita kampung, pemimpin mengandungkan pelajar IPTA dan mcm2 lagi.Rakyat tidak buta, rakyat tidak tuli. Rakyat celik IT, rakyat sudah celik huruf, celik politik dan celik sepak terajang dlm politik.Usahlah berlagak mcm rakyat tidak kisah...

Renung2kan lah...kalau tak reti dan tak faham lagi tau laa.

Friday, March 25, 2011

PRU DUN SARAWAK : Perang dah bermula..fitnah pun berjela

Mulai 6 April nanti DUN Sarawak rasmi dibuka utk pertandingan.Tanggal 26 April segala penantian pun berakhir.Segala perang psikologi,taktikal, pendekatan, strategi dan mcm2 helah yg digunakan akan terjawab.

Terbaru VCD lucah kononnya DSAI menjadi watak utamanya tersebar.Peliknya VCD hitam putih.Zaman ICT ni mana ada lagi org buat dlm hitam putih.Sdgkan rakaman itu dikatakan kononnya berlaku 21 Februari yg lalu.Tahun 2011 ni,masih baru.Lucunya kenapa rakaman itu dlm hitam putih..tanya dan jawab la sendiri.

Sebenarnya bila VCD sedemikian terbongkar di saat PRU13 dan DUN Sarawak dibubarkan pasti rakyat dan khalayak akan melihat itu satu perang psikologi utk pilihanraya.Kalau pun benar kenapa tetiba diletupkan oleh mereka yang dipercayai ada dendam yang tak sudah terhadap tertuduh?.Kenapa mereka?.Di sini wujud lagi 1001 persoalan.

Kemudian mereka itu juga telah mengaku memiliki, menayang secara terbuka di premis kerajaan di CARCOSSA SRI NEGARA.Premis milik kerajaan.Bukan senang nak masuk ke situ apatah lagi nak tayang benda lucah namun dlm hal ini semuanya terlepas mendapat 'kebenaran' mungkin dari pihak2 tertentu.Kerajaan nak lepas tangan mmg tak boleh sbb premis itu milik mereka.Kalau pengedar VCD lucah pasar malam pun pasti dah ditangkap dan dihukum namun mereka bertiga 'DATUK T ' dilepas dgn pelbagai hujah dan helah.Rakyat juga makin bertanya2.Kalau silap atur makanya kerajaan tak semena2 menerima padah.

Begitulah selalunya..silap perancangan akan makan diri.Kalau benar sekalipun itu Anwar sukar utk dibuktikan kerana dari awal lagi2 sudah seperti ada rancangan rapi utk pendedahan VCD berkenaan.Sidang akhbar pun ternampak ada main silap mata.Pakar body language pun boleh mambaca berak badan mereka yg bercakap,menjeling dan merenung.Entah la.

PRU13 makin hampir.Kalau DUN Sarawak BN menang besar maka PRU13 akan dilaksanakan tahun 2011 ni juga. Cuma apa yg tercetus ni [ VCD lucah ] menjadi satu duri dlm daging pula kepada UMNO dan BN.Kalau silap perhitungan akan menjadi umpama senjata makan tuan.

Demi kuasa dan pangkat,sanggup lakukan apa sahaja.Ingat..walau siapa pun kita,lambat laun kita akan MATI.Kematian menjadi penamat segala helah dan niat jahat kita.Kita akan bawa semua rekod kita di dunia mengadap Rabbul-Jalil.Di sana..sebesar zarah pun tidak terlepas.Duit byk,harta menimbun pun tidak mampu membantu.

Baik kerajaan mahupun pembangkang,biarlah menang dgn jujur dan amanah,kalau kalah pun biarlah dgn bermaruah.Politik tu politik juga tapi kalau mati dihumban ke neraka buat apa?.Fikir2kanlah..

Monday, March 7, 2011

PRK : Lawan sekadar nak bantu rakyat dapat pembangunan...

Tahniah UBN kerana menang di kedua2 PRK DUN Merlimau dan Kerdau.Mmg UMNO perlu menang sbb itu kawasan UBN.Kalau kalah dlm saat2 begini maka itu satu alamat tidak elok buat UBN.PRU13 makin hampir..

Bagi pakatan pembangkang, kalau selepas ini ada lagi PRK di kawasan UBN,ambillah pendekatan tidak perlu bertanding.Kalau sekadar nak berdakwah apakah benar unsur2 dakwah diterapkan semasa berkempen.Kalau sama naik dgn caci maki,tuduh menuduh mana erti dakwah yg dimaskudkan.Lagipun skrg period PRU13,berikan kemenangan sementara buat UBN.Kalau lawan pun peluang nak menang agak sukar.UBN mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan sbb mereka pemerintah negara.Bayanglah...

Namun kalau tidak bertanding membuatkan UBN tidak langsung memberi pembangunan segera atau projek mee segera kepada penduduk tempatan yang kehilangan ADUNnya elok juga pembangkang bertanding bukan apa pun sekadar mempastikan kerajaan@UBN terpaksa melambakkan pelbagai projek pembangunan.Seluruh pemimpin akan dtg menjenguk dan mengumumkan macam2 projek.Itu satu bakti juga utk rakyat.Kalau tak bertanding mungkin UBN tidak beri apa2 utk rakyat sbb kemenangan sudah dlm tangan.Maka bertanding sbb nak tolong rakyat dapat pembangunan segera itu satu tindakan mulia dan wajar.

Begitu juga UBN,kalau kawasan PRK itu kawasan pembangkang,berilah laluan kepada pembangkang.Bertanding pun akan rugi duit,masa dan menyakitkan jiwa.Rakyat dihidangkan dgn pelbagai gelagat tidak cerdik pemimpin mereka sahaja.Baik menunggu PRU13.Itu peperangan politik sebenar.

Melainkan kalau DUN tersebut menentukan majoriti 2/3 maka lawanlah, itu perlu utk kedua2 pihak.Mana tau untung sabut timbul,untung batu tenggelam.Dalam perang politik,yg kalah pun pemimpin negara juga,yg menang pun pemimpin negara juga.Politik muafakat itu lebih mulia.Bertolak ansurlah utk kebaikan bersama.Jangan nanti yg menang jadi arang,yg kalah jadi abu.Peristiwa yang terjadi di  negara2 Teluk perlu dielakkan.