Friday, April 30, 2010

PENGHIAS JARI...

Yang Berkuasa, Yang Hebat HANYA DIA.

Peminat cincin tidak fikir soal wang, tidak fikir soal unsur2 mistik di sebalik pemakaian cincin.Mereka lebih melihat kepada kecantikan seni ukiran dan buatan cincin oleh tukang cincin yg mahir dan pandai cincin.Mereka lebih yakin dan selesa dgn jari manis mereka terlekat sebentuk cincin yg ada nilai estetikanya yg tersendiri.Keindahan batu permatanya, kecantikan dan kehalusan bunga pahatnya membuatkan si pemakai nampak bergaya dan mewah berdasarkan reka bentuk cincin yg dipakai.Apapun sebarang kepercayaan karut marut berkaitan tuah, keramat, kebal dan seumpamanya perlu ditepis sejauh yg boleh biarlah cincin yg dipakai sekadar penghias jari.Mungkin sekadar mengambil sunnah..itu lebih selamat.

Wednesday, April 28, 2010

Sekilas Pandang...

Pendeknya jarak utk MATI...
Hidup kita ni cukup pendek..cuma dalam dua waktu sahaja.Hari ini masih hidup ,esok lum pasti..itulah waktu yg memisahkan kita antara fana dgn barzakh.Andai nafas yg disedut tidak dihembus keluar..'kaku' lah kita.Ataupun nafas yg dihembus tidak disedut semula..'kaku' juga lah kita.Mati adalah pasti..

Monday, April 26, 2010

BEGITULAH KEHENDAK-NYA..

USAH BERMURAM DURJA, JANGAN TERLALU GEMBIRA

Keputusan PRK Hulu Selangor terjawab sudah.Apapun ramalan, kajian, bila rakyat bersuara maka yg menang tetap memang, yang kalah tetap kalah.Iktibar yg boleh diambil, kalah bukan bermaksud kalah semuanya, memang pun bukan menang semua.Pihak yg tewas mereka masih untung kerana janji yg diberikan tidak lagi perlu dilunaskan..mereka untung masa dan wang.Jimat tenaga sehingga menjelang PRU13 akan datang.

Pihak yg menang, mereka mmg berhak meraikannya.Raikanlah kemenangan itu sepuasa-puasnya, namun perlu diingat baik, jangan lupa janji yg ditabur.Rakyat Hulu Selangor memberi kemenangan kerana termakan janji yg ditabur.Kemenangan yg dicapai bermaksud berjuta-juta wang perlu dikeluarkan utk menunaikan janji2 yg ditabur.Masa yg singkat kerana PRU13 kurang lebih 2 tahun dari sekarang, jika pihak yg memang masih bermain tarik tali dgn rakyat, maka PRU13 mereka kan lingkup.Rakyat pasti marah jika janji yg beri gagal ditunaikan segera. Jangan sesedap mulut, sesedap rasa,sesedap hati membuat janji semata2 ingin menang sedangkan keupayaan utk melunaskan janji bagai onak dan duri yg menghalang.Mampukah pihak yg menang mengotakan sekata janji yg dikata?andai masih berdolak-dalik, rakyat terpedaya sekali lagi, ingatkan pihak yg kalah sedang memerhati dan memasang jerat kempen utk PRU akan datang.

Itulah maksud saya, yg kalah tidak kalah semua, yg menang tidak menang semua.Yang menang perlu kena berkorban wang, masa dan tenaga utk menunaikan segala janji dgn rakyat Hulu Selangor, pihak yg kalah terus memerhati segala kelemahan dan kesilapan yg bakal dilakukan pihak yg menang.Senjata kempen akan lebih berbisa jika pihak yg menang sengaja membiarkan 'senjata makan tuan' atas sikap mereka yg pandai menabur janji tetapi kurang cerdik dan amat dangkal utk menepati janji..Jangan biarkan peribahasa "yg dikejar tak dapat yg dikendung berciciran" dalam PRU13 nanti.Bermuhasabahlah semua pihak, yg menang baik, yang kalah pun baik..menjadi pemimpin dan pemerintahan byk amanah yg perlu ditunaikan bukan setakat berjanji, kerana berjanji tapi tidak boleh dan tidak mampu ditetapi apatah sengaja tidak mahu menunaikan amanah setelah berjanji, itu namanya "MUNAFIK"

Wednesday, April 7, 2010

ARSENAL OH ARSENAL....

Tertangguh lagi hajat Arsenal utk menjulang Piala Liga Eropah..kekalahan memalukan 4-1 kepada Barcelona di Nou Camp awal pagi tadi telah menutup peluang Arsenal.Hilang Ibrahimovic,Messi pula menjadi duri kepada 'kecederaan' parah Arenal.Apapun,tahun depan Arsenal kena bersiap dari sekarang,perlu perkemaskan pasukan dengan membawa pemain yg berkaliber.Penyerang dan barisan pertahanan perlu yg benar2 mantap.Sikap Arene Wenger suka bergantung harap dgn pemain muda telah memakan tuan..sepatutnya ada gabungjalin antara pemain lebih senior dgn pemain mudakerana bakat, ketahanan, kepantasan dan pengalaman perlu diadunkan bersama dalam pasukan Arsenal..barulah harapan Arsenal utk menjadi juara Liga Eropah menjadi kenyataan.