Monday, April 26, 2010

BEGITULAH KEHENDAK-NYA..

USAH BERMURAM DURJA, JANGAN TERLALU GEMBIRA

Keputusan PRK Hulu Selangor terjawab sudah.Apapun ramalan, kajian, bila rakyat bersuara maka yg menang tetap memang, yang kalah tetap kalah.Iktibar yg boleh diambil, kalah bukan bermaksud kalah semuanya, memang pun bukan menang semua.Pihak yg tewas mereka masih untung kerana janji yg diberikan tidak lagi perlu dilunaskan..mereka untung masa dan wang.Jimat tenaga sehingga menjelang PRU13 akan datang.

Pihak yg menang, mereka mmg berhak meraikannya.Raikanlah kemenangan itu sepuasa-puasnya, namun perlu diingat baik, jangan lupa janji yg ditabur.Rakyat Hulu Selangor memberi kemenangan kerana termakan janji yg ditabur.Kemenangan yg dicapai bermaksud berjuta-juta wang perlu dikeluarkan utk menunaikan janji2 yg ditabur.Masa yg singkat kerana PRU13 kurang lebih 2 tahun dari sekarang, jika pihak yg memang masih bermain tarik tali dgn rakyat, maka PRU13 mereka kan lingkup.Rakyat pasti marah jika janji yg beri gagal ditunaikan segera. Jangan sesedap mulut, sesedap rasa,sesedap hati membuat janji semata2 ingin menang sedangkan keupayaan utk melunaskan janji bagai onak dan duri yg menghalang.Mampukah pihak yg menang mengotakan sekata janji yg dikata?andai masih berdolak-dalik, rakyat terpedaya sekali lagi, ingatkan pihak yg kalah sedang memerhati dan memasang jerat kempen utk PRU akan datang.

Itulah maksud saya, yg kalah tidak kalah semua, yg menang tidak menang semua.Yang menang perlu kena berkorban wang, masa dan tenaga utk menunaikan segala janji dgn rakyat Hulu Selangor, pihak yg kalah terus memerhati segala kelemahan dan kesilapan yg bakal dilakukan pihak yg menang.Senjata kempen akan lebih berbisa jika pihak yg menang sengaja membiarkan 'senjata makan tuan' atas sikap mereka yg pandai menabur janji tetapi kurang cerdik dan amat dangkal utk menepati janji..Jangan biarkan peribahasa "yg dikejar tak dapat yg dikendung berciciran" dalam PRU13 nanti.Bermuhasabahlah semua pihak, yg menang baik, yang kalah pun baik..menjadi pemimpin dan pemerintahan byk amanah yg perlu ditunaikan bukan setakat berjanji, kerana berjanji tapi tidak boleh dan tidak mampu ditetapi apatah sengaja tidak mahu menunaikan amanah setelah berjanji, itu namanya "MUNAFIK"

No comments:

Post a Comment