Monday, May 31, 2010

APA MOTIF SEKALIPUN...

Rancangan pemodenan KG.BARU, dalam apa jua motif sekalipun biarlah org Melayu yg diberi tanggungjawab utk memajukannya.Terbukti kontraktor bumiputera telah maju dan berdaya saing.Mereka juga mampu menguruskan projek yg bernilai berbilion ringgit di dalam dam luar negara.Atas hakikat ini, utk apa kerajaan ada keinginan utk menyerahkan 40% rancangan pemodenan Kg. Baru kepada mereka yg bukan Islam?Apa motif yg terselindung?Komisen atau imbuhan tertentu yg mereka inginkan?.Jgn kerana ingin menunjukkan kita ini mempunyai sikap tolak ansur yg tinggi maka keuntungan dan peluang pekerjaan yg terhidang utk pemaju Islam dan bumiputera [ Melayu ] dibuka "secara percuma" utk pihak lain.Banyak lagi projek lain yg boleh diberi kepada pihak bukan Melayu utk dibangun atau dimajukan, kenapa begitu beriya-iya ingin menyerahkan sebahagian program memajukan Kg. Baru kepada bukan Islam?.Sebenarnya anak jati Kg.Baru yg terdiri daripada golongan intelek dan cendikiawan serta hartawan dan jutawan membantah keras cadangan ini..jika dibiarkan berterusan maka sokongan penduduk Kg. Baru kepada UMNO juga boleh menjadi tragedi dlm PRU13 akan datang.

Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada bangsa sendiri [ Melayu + Islam ] utk memikul tanggungjawab memaju dan memodenkan Kg.Baru.Menteri yg bertanggungjawab jgnlah sesuka hati bermain api dgn penduduk Kg. Baru,sudah sekian lama program membangunkan Kg. Baru tertangguh disebabkan beberapa isu yg gagal dipersetujui bersama dan sekarang timbul pula isu 40% baki projek ingin diserahkan kepada bangsa lain.Sudah banyak hak Melayu terlepas kepada bukan Islam.Apalah salahnya jika pembangunan Kg. Baru diserahkan 100% kepada org Melayu utk memikul amanah itu.Kalau pihak kerajaan [ menteri ] sendiri kurang yakin dgn kebolehan pemaju dan kontraktor bumiputera maka siapa lagi yg mampu utk menunjukkan betapa pemaju bumiputera yg ada berwibawa utk menyelesaikan projek pembangunan yg bertahap mega?Pihak kerajaan sepatutnya memberi kepercayaan kepada pemaju bumiputera [ Melayu ] utk memikul amanah tersebut...kitalah tuan, kitalah hamba di bumi Malaysia ini,mengapa perlu kita bertuankan pihak lain utk memberi petunjuk kepada masa depan kita?...fikir-fikirkanlah.

Saturday, May 29, 2010

PETANDA JELAS...

Andai..mata sudah makin kabur, rambut byk yg gugur, uban juga dah bertabur, kulit juga makin mengendur,gigi juga dah ada yg gugur..itulah tandanya kita makin menghampiri pintu kuburrrrr..waspadalah selalu.

Thursday, May 27, 2010

MENITI TITIAN USANG...

Jangan Terleka...
Hidup kita ini semakin hari semakin mendekati saat kematian.Tanpa sedar, majoriti dari kita seakan terlupa detik itu.Mereka memikirkan keuntungan, keseronokan, kemewahan, hiburan dan segala macam keindahan hidup di dunia semata-mata.Mereka terlupa bahawa setiap hari yg mendatang itu telah memendekkan usia kita di dunia yang fana ini.Sehari usia di dunia bertambah, maka sehari juga usia kita utk kembali pada-Nya makin mendekati...waspadalah selalu.Semak dan buatlah kira-kira semua akaun kehidupan kita di dunia ini setiap saat kerana mati itu datangnya mengejut.Tepat pada masanya.Tidak lewat.Tidak juga cepat walaupun sesaat...

Thursday, May 20, 2010

MANA LEBIH AFDAL?...

Akhirnya...
Bung Mokhtar dijatuhkan hukuman penjara sebulan kerana bernikah tanpa keizinan utk berpoligami.Tak nikah pun susah,nikah pun susah.Hukum Allah dah selamat sbb dah kahwin tapi hukum buat sendiri pulak dilanggar..mereka yg rasuha terus terlepas bebas,merompak mencuri, menyamun, merogol masih ramai tidak dihukum.Dihadapkan ke mahkamah pun ramai yg dibebaskan, terlepas dgn senyuman bangga tapi bab nikah kawin ni lain pulak tafsirannya..apa pun,mana lebih afdal?melunaskan tuntutan agama dgn mentaatinya atau mengikut undang2 negara yg kadang kala tidak selari dgn apa yg agam suruh..tepuk dada, tanya hakim dan para menteri..

Sunday, May 9, 2010

PERJUANGAN BERMULA...

SEMOGA GOMBAK JUARA LAGI..
Hari ini, pasukan bolasepak U15 an U18 MSSD Gombak akan bertolak ke Klang utk mengharungi Kejohanan Bolasepak MSS Selangor yg akan berlangsung dari 10-13 Mei.Tahun lalu U18 Gombak menjuarai kejohanan tersebut.Diharapkan, tahun ini Gombak berjaya mempertahankan title tersebut.Dgn kualitit pemain dan pengurusan pasukan yg begitu komited, diyakini Gombak mampu mengulangi kejayaan lepas...

Sunday, May 2, 2010

SECANGKIR KASIH SEORANG GURU

Siapalah GURU...Mulia pada nama, terhina oleh hasil didikanya sendiri.Mereka tidak mengenang budi.Ibubapa yg memiliki anak2 yg kini di bangku sekolah sekarang ini sebenarnya pernah bergelar murid kepada seorg guru.Namun hari ini mereka menambah 'sakit', bebanan dan melemahkan semangat guru.Mereka jauh sekali utk membantu guru mendidik anak2 mereka.Mereka bertukar dari seorg 'pendidik' di rumah kepada watak seorg penternak.Bila anak2 terlibat dgn masalah disiplin di sekolah, mereka datang bukan utk membantu, menerima dgn berlapang dada kesilapan anak mereka sebaliknya para guru dan pentadbir sekolah pula yg dipersalahkan.Mcam2 tuduhan dibuat.Guru2 hendak malukan mereka, guru2 memfitnah anak2 mereka, guru2 tidak buat kerja dgn betul dan mcm2 lagi.

Satu pertanyaan buat mereka yg bergelar ibubapa penternak ni.."tuan2 dan puan2 ni sudahkah menjalankan tugas sebagai ibubapa yg selayaknya dlm mendidik anak2 semasa mereka di rumah ?"..kalau blum dan perasan menjadi ibubapa yg baik..usahlah menyalah pihak sekolah atau para guru kerena mereka tidak ada apa2 kepentingan di atas semua tindakan yg mereka lakukan,selain utk melihat anak2 murid mereka menjadi insan yg berjaya, berjaya di dunia mahupun di akhirat.Mereka [ guru2 ] bukan ahli politik.Mereka bukan mengejar kontrak puluhan atau ratusan juta ringgit.Mereka byk mengeluarkan duit dan tenaga yg kadangkala langsung tidak balik modal semata-mata utk melaksanakan tugas sebagai seorg guru, mendidik anak bangsa menjadi sempurna...kalau tidak mampu menolong meringankan bebanan guru, lebih baik diam ataupun jgn hantar anak2 ke sekolah kalau prejudis dgn sikap guru.Biarkan anak2 di rumah dan anda [ suami dan isteri ] didik la sendiri,kita lihat sejauhmana anda lebih hebat daripada guru2 di sekolah...

Apapun buat semua guru di Malaysia, selamat HARI GURU, raikanlah kedatangan 16 MEI nanti sebagai peringatan perjuangan para guru tidak ada tolok bandingnya biarkan jasa guru2 tidak dibalas dgn wang ringgit yg melimpah ruah..GURU, G-guru, U-untuk, R-Rakyat, U-Umum.