Monday, May 31, 2010

APA MOTIF SEKALIPUN...

Rancangan pemodenan KG.BARU, dalam apa jua motif sekalipun biarlah org Melayu yg diberi tanggungjawab utk memajukannya.Terbukti kontraktor bumiputera telah maju dan berdaya saing.Mereka juga mampu menguruskan projek yg bernilai berbilion ringgit di dalam dam luar negara.Atas hakikat ini, utk apa kerajaan ada keinginan utk menyerahkan 40% rancangan pemodenan Kg. Baru kepada mereka yg bukan Islam?Apa motif yg terselindung?Komisen atau imbuhan tertentu yg mereka inginkan?.Jgn kerana ingin menunjukkan kita ini mempunyai sikap tolak ansur yg tinggi maka keuntungan dan peluang pekerjaan yg terhidang utk pemaju Islam dan bumiputera [ Melayu ] dibuka "secara percuma" utk pihak lain.Banyak lagi projek lain yg boleh diberi kepada pihak bukan Melayu utk dibangun atau dimajukan, kenapa begitu beriya-iya ingin menyerahkan sebahagian program memajukan Kg. Baru kepada bukan Islam?.Sebenarnya anak jati Kg.Baru yg terdiri daripada golongan intelek dan cendikiawan serta hartawan dan jutawan membantah keras cadangan ini..jika dibiarkan berterusan maka sokongan penduduk Kg. Baru kepada UMNO juga boleh menjadi tragedi dlm PRU13 akan datang.

Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada bangsa sendiri [ Melayu + Islam ] utk memikul tanggungjawab memaju dan memodenkan Kg.Baru.Menteri yg bertanggungjawab jgnlah sesuka hati bermain api dgn penduduk Kg. Baru,sudah sekian lama program membangunkan Kg. Baru tertangguh disebabkan beberapa isu yg gagal dipersetujui bersama dan sekarang timbul pula isu 40% baki projek ingin diserahkan kepada bangsa lain.Sudah banyak hak Melayu terlepas kepada bukan Islam.Apalah salahnya jika pembangunan Kg. Baru diserahkan 100% kepada org Melayu utk memikul amanah itu.Kalau pihak kerajaan [ menteri ] sendiri kurang yakin dgn kebolehan pemaju dan kontraktor bumiputera maka siapa lagi yg mampu utk menunjukkan betapa pemaju bumiputera yg ada berwibawa utk menyelesaikan projek pembangunan yg bertahap mega?Pihak kerajaan sepatutnya memberi kepercayaan kepada pemaju bumiputera [ Melayu ] utk memikul amanah tersebut...kitalah tuan, kitalah hamba di bumi Malaysia ini,mengapa perlu kita bertuankan pihak lain utk memberi petunjuk kepada masa depan kita?...fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment