Saturday, February 22, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG Mak bapa spt memandang rendah akan peri pentingnya perjumpaan ini walhal inilah medan utk para ibu bapa menyumbangkanaidea dan pemikiran utk sama2 meningkatkan mutu akakdemik anak-anak. Bukan hanya mencari salah dan silap guru je. Sepatutnya para ibu bapa membantu para guru ke arah meningkatkan motivasi dlm usaha mendidik para pelajar. Gabungan idea dan pandangan membina amat2 diperlukan. Kalau hanya tau kritik dan hentam tanpa memberi jalan keluar baik tak payah la krn murid2 anak mereka.. kutuk guru sama la meludan ke langit krn guru2 hanya menyambung tugas ibu bapa semasa ketiadaan mereka. Pelajar itu byk masa di rumah. Kalau ibu bapa turut sama mendidik anak mereka di rumaj tak la byk sgt masa guru terbuang di sekolah nak tangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi? Masa meeting PIBG tak hadir tp bila anak2 dikenakan tindakan terus serbu guru dgn pelbagai tuduhan dan kata nista. Silap sendiri tak nak renung. Hari ni senario kerusi lebih byk dari hadirin mmg terjadi dalam mana2 meeting tahunan PIBG. Seolah2 ibu bapa memandang sepi akan peri pentingnya perjumpaan ini.

Friday, October 5, 2012

Syukurrr..Muhammad Ghaddar penyelamat maruah Klate di saat akhir. Beliau menjaringkan gol wakttu kecederaan. Gol jaringannya menamatkan sisa harapan FELDA UNITED utk mencipta rekod menjadi pasukan KELAB kedua selepas MPPJ layak ke peringkat seterusnya dalam kempen Piala Malaysia. Apa pun tahniah dan syabas kepada TRW dan Ghaddar kerana terus berada dalam kancah Piala Malaysia sehingga final dan seterusnya muncul juara..
Kabinet Bayangan PR. Mungkin kekal menjadi bayang-bayang, mungkin menjadi bayangan rindu. Mungkil bakal jadi nyata. Semuanya masih dalam angan-angan, apakah bakal menjadi ANGAN tak sudah atau sebaliknya, kita tunggu selepas PRU13 selesai.

Monday, September 24, 2012

Wahhh...mewah tu bebbb. Belum memerintah negara pun dah mampu naik jet eksekutif. Jarang pemimpin pembangkang mcm ni. Inilah bukti..cakap tak serupa bikin. Rakyat tertipu sentiasa. Apakah ini ciri-ciri Khalifah Umar Abdul Aziz? Bas mewah, kapal terbang mewah...semuanya mewah. Keje takde tp hidup mcm raja2. Kesian rakyat.

Sunday, September 23, 2012

LIVERPOOL OH LIVERPOOL Mlm ni kalah lagi. Ada peluang nak menang tp terlepas begitu jer. Main dgn 10 pemain lawan pulak Si Manchester United..lemas laaa. Harap penyokong THE RED bersabar la. Ada peningkatan dalam permainan cuma nasib belum ada..langit pasti cerah.
Dalam saat nak menghampiri PRU13 ni amatlah kita mengharapkan agar pemimpin sedia ada serta mereka yang ingin menawarkan diri menjad calon tidak melakukan apa-apa kesilapan yang boleh mencalar nama baik diri serta parti yang diwakili. Peribadi harus clear, mesti clean dan jelas kelihatan clean. Pemimpin yang ingin menawar diri MESTI lebih baik dari rakyat. Rakyat pasti ingin mengangkat pemimpin yang lebih baik dari mereka. Hari ini rakyat sedar ciri-ciri yang perlu ada kepada pemimpin. Kalau bercakap tetapi tidak buat lebih baik rakyat mencari calon lain waima daripada parti lawan. Justeru sikap, kepimpinan, peribadi, perilaku, amalan beragama mesti kelihatan terbaik dari rakyat terbanyak. Kalau pemimpin angkuh, sombong serta tidak boleh didekati oleh orang ramai rasanya pemimpin seperti ini bakal dikorbankan dalam PRU nanti. Ubahlah sikap dan perwatakan anda wahai pemimpin. Kalau persepsi awal rakyat terhadap kita dah menampakkan kita ni seorang yang angkuh, wajah pun nampak serius, bengis atau seperti tidak mesra rakyat maka wajar bersedia untuk tidak dipilih rakyat. Rakyat ingin mereka yang mesra, mudah mesra, cakna dan prihatin dengan nasib rakyat..jika ada ciri seperti ini anda dalam radar rakyat utk diangkat menjadi YANG BERHORMAT.

Saturday, September 22, 2012

Perangai PAS : Selepas Stadium REBANA yang belum ada apa khabar berita, lepas tu LEBRA yang masih tak tau tarikh bina dam tarikh siap bila, kontraktor pun tak pasti pun sapo lagi TERKINI diumum projek keretapi laju KB-KL plak dahhh. Selokkk..nak janji projek pun tilik la projek sebelum tu buat ke belum. Duk berjanji..tepatinya tidak. Udah-udah kencing rakyat.