Monday, October 4, 2010

PRK DUN Galas Wajar Diadakan...

Selepas kembalinya kerahmatullah bekas ADUN Galas, arwahyarham Chek Hashim Sulaima,maka sibuk parti2 politik yg bertentangan bercakap soal PRK di DUN tersebut.Mcm2 komen dikeluarkan.Ada pihak mengatakan,UMNO tidak perlu bertanding,serah sahaja secara percuma kepada PAS atas alasan simbol perpaduan dari UMNO. Ada pihak pula mengatakan ia perlu utk mengukur pengaruh masing2.UMNO mengatakan PAS takut kalah,sebab itu mengusulkan agar UMNO tidak perlu bertanding. UMNO pula sudah melantik Pengarah Pilihanrayanya awal2 lagi sdgkan tuan tubuhnya belum memberikan kata putus.Ada pula cadangan agar Tengku Razaleigh yg menjadi calon di Dun tersebut.

Pada saya,PRK Dun Galas perlu diadakan kerana beberapa sebab;
1. Untuk mengukur pengaruh masing2, di pihak PAS ia akan menjadi penanda aras apakah pengaruh PAS dan pengaruh Tokguru masih keramat di Kelantan.Bagi UMNO pula,ia bakal menguji pengaruh DS Najib selepas bergelar PM dan segala programnya mendapat sokongan rakyat.Semua yg terjadi selepas PRK itu nanti menjadi petanda utk PRU13 bagi kedua2 parti,PAS dan UMNO.

2. Penduduk Dun Galas akan mendapat limpahan pembangunan segera yg selalunya ditabur oleh UMNO.Pasti jalan2 utk org kampung ke ladang pun akan ditar.Malahan mungkin laluan beruk utk mencari makan pun akan diturap tar.Janji2 manis juga akan ditabur utk rakyat lena.Jadi rakyat satu Malaysia akan dapat melihat dan membaca pelbagai janji dari parti yg bertanding

3. Kontraktor kelas F juga akan lebih ceria dan peramah kerana mereka pastinya akan mendapat projek utk pembangunan segera di sekitar Dun Galas.

4. "Parti PERKASA " boleh menguji pengaruh mereka di PRK tersebut,sejauhmana perjaungan kemelayuan mereka mendapat sambutan dan sokongan,setidak2nya Presiden Perkasa dapat menguji kehebatannya.Apakah dia boleh menang atau hilang wang deposit.

5. Keputusan PRK itu dapat menguji kehebatan PAS dan UMNO,parti mana yg masih relevan utk bertahan selepas PRU13 akan datang.Majoriti undi dan kemenangan yg dicapai menjadi kayu ukur kekuatan parti masing-masing.Walaupun selalunya PRK umpama satu parti melawan satu negara,itu bukan persoalannya kerana majoriti yg dicapai akan menjadi analisa parti1 yg bersaing.

6. Rakyat dapat melihat segala kemudahan dan harta awam digunakan seperti harta mak bapak sendiri utk memenangi pilihanraya.Masing2 akan mendakwa pihak lawan menggunakan kemudahan yg tidak sepatutnya.Rasuah dan fitnah akan berleluasa menjelang tempoh pengundian.Gelagat pemimpin kedua2 parti akan lebih terlihat,dlm keadaan masing2 inginkan kemenangan,maka akan tersebar semua berita palsu dan benar.Mcm2 dakwaan akan dikeluarkan.

7. Selepas PRK itu juga,rakyat akan dapat menilai sejauhmana janji yg ditabur itu ditunaikan atau umpama menanam tebu di bibir mulut sepertimana PRK dan PRU yg sudah2.Selalunya begitulah.

8. Sepanjang PRK itu juga akan terlihat pergeseran atau perselisihan faham antara pemimpin tertentu yg disimpan selama ini terbongkar.Puak2 atau kelompok2 tertentu akan mula timbul.Siapa akan cas keting siapa.Retak menanti belah yg menjalar dlm parti yg bertanding akan pecah ekoran daripada kempen2 yg dijalankan.

9. Menguji kesepakatan dan kekuatan sekutu parti masing-masing.Sejauhmana UMNO-BN dgn Pakatan Pembangkang memperlihatkan strategi mereka utk memenangi hati pengundi di Dun Galas.Kekuatan antara sekutu akan terserlah dan teruji bila mereka bersama2 berkerja utk menang dlm PRK yg dijalankan.

Dengan 9 faktor dan alasan di atas,saya merasakan wajar PRK Dun Galas diadakan.Dan hanya yg berjaya mendapat majoriti undi dari rakyat Galas akan bersorak kegembiraan.Kemudian,setelah rumah siap,pahat pasti berbunyi.

No comments:

Post a Comment