Friday, October 22, 2010

UMNO : Jangan gali kubur sendiri

___________ulasan isu_____________
Semakan kerusi  kompenan dalam BN

Perhimpunan Agung UMNO makin  menghampiri ucapan pengulungan dari presidennya..Akan tamatlah perhimpunan UMNO setelah ucapan penangguhan selesai.Sepanjang perhimpunan yg berlangsung bermula 19 Oktober yang lalu pelbagai cadangan terpacul dari wakil UMNO negeri sewaktu menyampaikan ucapan membahaskan usul.Antara yg menjadi tumpuan ialah cadangan semakan semula kerusi untuk parti2 komponen dalam BN.Mendakwa UMNO lebih mendapat sokongan rakyat berbanding rakan2 yang lain dalam BN, maka dianggap wajar UMNO perlu diperuntukkan kerusi lebih banyak dalam PRU13 akan datang.Sekali imbas, UMNO seperti mendabik dada, sekutunya dalam BN tidak begitu membantu dan makin terpinggir selepas PRU12 yg lalu.

Jangan bermain api.UMNO seperti sengaja menempah maut.Sengaja menggali kubur sendiri.Seperti membunuh diri.Melontarkan idea agar peruntukan kerusi DUN @ Parlimen disemak semula antara komponen dalam BN.Lontaran idea itu sebenarnya seperti mencurah minyak ke dalam api yg sedang marak sewaktu angin bertiup kencang.UMNO seperti tidak belajar dari apa yg sedang berlaku selama ini.Niat yg baik jika bukan pada masanya jangan sesekali buka mulut.Nanti sebab mulut badan binasa.

Sebenarnya semakan kerusi untuk parti komponen itu seperti retak menanti belah. Dalam suasana kaum bukan Melayu cuba menuntut semakan semula 30%  ekuiti dalam pemilikan ekonomi negara untuk bumiputera dikaji, UMNO pula seperti bertindakbalas, 'membalas dendam' ke atas permintaan rakan2 mereka dalam BN.Cadangan semakan semula peruntukan kerusi itu bukan sesuai untuk dibincangkan buat masa ini.UMNO  sendiri belum tentu selamat untuk mengahadpi PRU akan datang maka bukan satu cadangan yg perlu dibincangkan ketika ini.Biarlah peruntukan kerusi yg ada buat masa ini dikekalkan dahulu.Formula lama digunapakai.

Desakan untuk semak peruntukan kerusi parti komponen BN yg dicadangkan oleh perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini satu lontaran yg tidak sepatutnya diutarakan.Desakan dan cadangan itu sebenarnya makin menjauhkan pengundi bukan Melayu dari UMNO-BN.Dengan segala macam isu yg berlegar dalam BN,tidak sepatutnya UMNO mencadangkan sesuatu yg boleh membuatkan pengundi bukan Melayu semakin meminggirkan UMNO-BN.

Pakatan Pembangkang semakin mendapat simpati dan sokongan bukan sahaja orang Melayu tetapi semakin mendapat tempat di hati pengundi bukan Melayu.Jika graf ini berterusan menaik maka UMNO dan BN menghadapi tugas sukar untuk mengumpul kembali sokongan pengundi yg mula berpindah ke pembangkang sejak PRU12 yang lalu.

Justeru,benar seperti kata Datuk Wee Ka Siong, sekarang bukan masanya untuk UMNO bercakap berkenaan semakan agihan kerusi utk pilihanraya.Protes dari pengundi bukan Melayu akan lebih meningkat jika UMNO terus menerus mendesak semakan itu dibuat segera. Dalam saat UMNO menghadapi pengikisan sokongan baik Melayu mahupun undi bukan Melayu maka memang benar, kata2 Datuk Wee bahawa isu itu tidak perlu dibincangkan buat masa ini.

UMNO perlu memandang jauh ke depan,melihat ruang utk kembali menarik sokongan para pengundi yg menjauhkan diri.UMNO perlu segera mencari formula bagaimana cara terbaik untuk mempastikan UMNO kembali mendapat sokongan seperti tahun2 yg lampau.UMNO perlu kembali ke sejarah kegemilangannya yg lalu.Kegemilangan itu perlu digilap segera.UMNO perlu kekal mempertahankan kuasa yg ada.UMNO mesti berbuat sesuatu supaya kekuasaan dan perjuangan mereka terus hidup.

UMNO tidak boleh membuat benda2 yg membawa keretakan antara parti komponen, tidak boleh menjadikan mereka salah satu faktor pengundi lari ke pihak pembangkang.UMNO perlu belajar dan insaf segera kerana sikap dan watak pemimpin UMNO juga menjadi salah satu dari beratus sebab pengundi menolak UMNO-BN dalam PRU lalu.UMNO perlu sedar, mereka juga menjadi penyebab kuasa yg ada makin terhakis,kehilangan 5 negeri dalam PRU yang lalu.Bukannya berpunca dari MCA,MIC atau parti komponen yg lain semata-mata, semuanya ada kesilapan dan kelemahan.

Sekiranya desakan, dan cadangan untuk membuat semakan ke atas pembahagian kerusi untuk parti2 komponen diteruskan, kemungkinan UMNO dan sekutunya terus dipinggir rakyat.Kaum bukan Melayu pasti merasa sakit hati,benci dan terasa hati kerana parti yg membela mereka dan UMNO selama ini seperti dipinggirkan oleh UMNO.Mereka pasti terkilan, seolah2 cadangan semakan itu menunjukkan parti mereka sudah tidak diperlukan lagi.Tidak mustahil jika isu ini terus didendang, MCA atau MIC atau komponen lain akan berpatah arang dengan UMNO.Dalam politik tidak ada perkataan mustahil.Hari ini mungkin nampak mustahil, mungkin esok yg mustahil itu berlaku tiba-tiba.

UMNO jangan terkejut jika MCA bergabung dengan DAP, MIC bersama PKR dan Gerakan juga boleh bersama DAP atau PKR.Kemasukan mereka dalam pakatan pembangkang, sudah terang lagi bersuluh PRU13 nanti,Putrajaya akan bertukar tangan.UMNO menjadi pembangkang, Pakatan Rakyat menjadi kerajaan,mentadbir semua kekayaan negara,mentadbir-urus kebajikan rakyat Malaysia. UMNO perlu segera mematikan corong2 suara ahlinya dari terus bercakap pasal agihan semula kerusi untuk pilihanraya.

Mati itu memang benar.Mati itu pasti.Mati itu penamat hidup di dunia yang penuh misteri dan pancaroba ini.Mati itu datang tepat pada masanya.Namun kita dilarang dari membunuh diri, kita dilarang menempah maut, kita dilarang untuk sengaja mencari nahas semata-mata untuk menjadikan kita terkorban.Mati katak atau mati free dengan sikap bodoh dan pandir yg sengaja dicipta.

UMNO pun janganlah demikian,jgn gali kubur sendiri.Jgn sengaja mencari nahas.Tak de kojer cari kojer.Elok2 ada peluang untuk kembali menang selesa, silap mulut, silap cakap UMNO mengundang padah.UMNO akan hancur dan terkubur selepas PRU13 nanti jika tidak bijak mengurus persepsi dan isu yg mungkin menjadi pemangkin kepada kemusnahan UMNO itu sendiri.UMNO kena bijaksana.UMNO sepatutnya menjadi  'guru' kepada politik negara bukannya perlu dididik untuk berpolitik seperti baru setahun jagung ditubuhkan. UMNO sudah lebih 60 tahun wujud di negara ini.Takkan isu-isu yg boleh membunuh mereka  pun, tidak terpanggil utk dibiaskan dari mendekati mereka.Jangan cari nahas.


No comments:

Post a Comment