Monday, October 11, 2010

GALAS : Milik siapa selepas 04 November nanti ?...

Persoalan pertama sudah terjawab,Ku Li bersetuju menjadi Pengarah P'raya Dun Galas.Byk tekaan dan ramalan penganalisis politik tersasar.Seni silat Ku Li dalam politik memang 'berseni',byk buah kilas dia lakukan.Kini satu lagi persoalan menjadi tanda tanya.Apakah Ku Li akan menjadi calon utk Dun tersebut atau orang lain?.

Ada cakap2 mengatakan Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang akan menjadi calon jika Ku Li menolak utk dicalonkan. Nama-nama lain seperti Ketua Wanita Bahagian atau Ketua Pemuda Bahagian mungkin perlu diketepikan.Calon2 ini bukan 'orang Ku Li'.Jika Ketua Wanita Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian yang dicalonkan mungkin Ku Li akan menarik diri sebagai Pengarah P'raya Dun Galas. Mungkin Naib Ketua Pemuda menjadi calon juga satu kemungkinan kerana dia diyakini adalah 'orang Ku Li'.

Jika melihat kepada sikap berpuak-puak ini,maka boleh jadi akan ada undi protes dari kalangan calon yang tidak berjaya dipilih utk mewakili UMNO ini. Hari ini,dalam UMNO masih ada pemimpin yg bercakap lain,buat lain.Sepakat tetapi tidak sependapat.

Satu sisi lain ialah jika benar Ku Li setuju menjadi calon atau beliau dicalonkan, mungkin satu episod baru bakal terjadi. Episod baru yang dimaksudkan ialah mungkin PAS akan meletakkan calonnya dari kalangan orang Asli.Jika benar telahan ini,maka satu sindiran tajam utk Ku Li.Lebih memalukan jika Ku Li tewas dalam PRK 04 November nanti. Satu keadaan,masa depan UMNO di Kelantan akan makin malap.

UMNO masih berteka teki utk calon mereka dalam PRK tersebut.Mengikut cerita,calon UMNO akan muktamad selepas Perhimpunan Agung UMNO dilangsungkan pada 23 Oktober nanti. Dalam keadaan UMNO dan PAS dikejutkan dengan pelbagai isu dan masalah,maka pertarungan yang bakal terjadi begitu mendebarkan. Kesan keputusan dari PRK ini akan menjadi perangsang utk kedua2 parti untuk berdepan dalam PRK Parlimen Batu Sapi  jika SPR mengesahkan kerusi itu perlu dipertandingkan.

Siapa kena galas,siapa yang menggalas hanya akan terjawab selepas 04 November nanti.Masing2 mengaku ada peluang utk menang.Rakyat yang menjadi penentu perlu dijaga dengan baik.Sebarang isu yang boleh memalingkan undi maka pihak berkenaan akan merasai bahangnya.Buat masa ini sudah ada tanda2 akan ada isu melibatkan pemimpin, skandal dan kes tertentu akan didedahkan di pentas kempen nanti.

Kita tunggu dan lihat siapa akan kena.Buat masa ini pihak yg terpalit dengan kontroversi perlu bersiapa sedia dengan hujah dan alasan kukuh utk menepis tuduhan yang bakal dilontarkan. Buat masa ini, UMNO mula mendakwa isu ladang rakyat di Gua Musang akan menjadi modal kempen mereka,manakala pihak pembangkang ada isu yang akan didedahkan.Kejutan yang bakal dibuat kedua2 parti akan menjadi penentu kemenangan.

NGO tertentu yg sering menimbulkan kontroversi perlu 'merendahkan suara' mereka jika tidak undi kaum lain utk UMNO akan merosot. Di saat MCA masih kekal dengan tuntutannya mendesak penguasaan 30% ekonomi bumiputera dikurangkan, UMNO perlu mengambil langkah terbaik utk memupuk sokongan Cina terhadap UMNO-BN.Pakatan pembangkang boleh menangguk di air keruh dalam isu ini.

Perhimpunan Agung UMNO nanti juga ditunggu-tunggu oleh orang2 Cina.Jika dendangan lagu yang diputarkan UMNO tidak seirama dan selari dengan halwa telinga kaum  Cina maka undi Cina utk UMNO pasti merosot. Sebarang sikap yang jelas menonjolkan perkauman akan menjarakkan kaum bukan Melayu dengan Melayu.

Selalunya isu calon sering menjadi duri dalam daging kepada UMNO. Cakap2 yang mahukan Ku Li dicalonkan utk PRK Galas sebenarnya menjadi pentunjuk bahawa jika calon lain yang dipilih pasti akan berlaku protes dari pihak tertentu.Ku Li adalah calon penyelamat  utk kedua2 pihak yang bertelagah di Gua Musang. Mungkin sekali imbas Ku Li adalah calon terbaik UMNO tetapi belum tentu menjanjikan kemenangan mudah.

Kerusi parlimen mmg 'dikhaskan' utk Ku Li sebab 'suaranya' amat perlu di peringkat tertinggi tetapi utk DUN, rasanya pengundi akan sekali lagi memberi 'hak milik' kepada PAS.Apa pun jawapan sebenar akan terjawab bila pengundi Galas 'bersuara' pada 04 November 2010 nanti.

No comments:

Post a Comment