Friday, October 1, 2010

BUAT2 LUPA ATAU MEMANG BERNIAT JAHAT...

Isu wang judi utk program bantuan kepada warga emas di Pulau Pinang semakin dipolitikan oleh pihak terentu.Jika Lim Guang Eng mendapat sumbangan wang dari syarikat lumba kuda dan wang itu dikira haram [ mmg haram pun ]kemudian disyaki wang itu diberikan kepada warga emas Islam P.Pinang maka itu mmg satu tindakan yg tidak wajar la.Cuma bila penafian telah dibuat bahawa wang utk bantuan warga emas mmg tidak melibatkan hasil judi maka sepatutnya pihak yg mempertikaikannya itu bersedia utk berlapang dada.Namun jika isu itu masih dimainkan juga maka pasti ada isu lain yg mereka inginkan.Mungkin utk menjatuhkan kerajaan sedia ada.Cuma satu peringatan,"jgn meludah ke langit..."

Jika isu wang haram,atau wang judi dijadikan isu utk membelasah kerajaan P.Pinang maka mereka harus sedar,kerajaan Pahang mempunyai satu syarikat judi terbesar di Asia dan mungkin juga antara terbesar di dunia.Apakah kerajaan Pahang langsung tidak menerima apa2 sumbangan dari pihak Genting?Kalau ada,kemana wang itu disalurkan?Semua negeri ada syarikat nombor ekor dan syarikat TOTO.Syarikat2 tersebut pastinya ada membayar cukai atau sumbangan kepada kerajaan.Mungkin tempiasnnya juga dirasai oleh kerajaan pusat.Mengapa org yg mengkritik kerajaan Pulau Pinang itu tidak melakukan tindakan yg sama.Tanya dan bongkar apa yg dilakukan dgn wang sumbangan dari sumber haram tersebut dan kemana wang itu disalurkan.Kerajaan Pinang menerima sejumlah kecil sumbangan dari syarikat perjudian tetapi kerajaan pusat mesti menerima lagi banyak dan lagi besar jumlahnya.Sengaja lupa atau mmg berniat jahat dgn org lain.Kesilapan dlm kain sendiri mereka tidak pedulikan.

No comments:

Post a Comment