Wednesday, October 13, 2010

PRA-BAJET 2011

Rata-rata kakitangan awam mengharapkan berita gembira dari pembentangan Bajet 2011 pada Jumaat ini.Kalau ada bonus lagi itulah yang mereka tunggu-tunggu.Walapun sudah menerima RM500 untuk bantuan raya,rakyat masih mengharapkan PM selaku Menteri Kewangan mengumumkan berita yang diharapkan.

Kalaiu dapat naik gaji pun mungkin itu juga satu khabar gembira.Ditinjau secara mendalam, sebenarnya kenaikan gaji lebih menguntung kerana ia untuk jangka masa yang panjang.Bonus cuma bersifat sementara.Berkala dan tidak ada sebarang perjanjian secara hitam putih pemberian bonus pada setiap tahun.Bonus cuma pengiktirafan kerajaan ke atas hasil kerja kakitangan awam dalam tahun semasa. 

Kerajaan mungkin melakukan banyak kejutan dalam Bajet 2011 ini.Mana tahu kerajaan menjanjikan banyak insentif dan geran yang menguntungkan rakyat.Tugas kerajaan untuk sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.Sewajarnya jika ada imbuhan atau berita gembira berupa material untuk rakyat nikmati.Penghujung tahun makin hampir bermakna perbelanjaan mereka makin meningkat.Mana nak buat belanja raya [ Eidul-Adha ] dan mana untuk perbelanjaan pakaian anak untuk persekolahan sesi baru nanti.

Bonus pun sudah 2 tahun kerajaan tidak berikan kepada kakitangan awam sekadar memberi sedikit bantuan kecemasan.Walaupun itu diterima baik oleh rakyat terutama yang berpendapatan rendah namun bonus sebulan atau dua bulan gaji sepertimana yang dituntut CUEPACS masih mengharapkan diterima kerajaan.Bonus banyak membantu mengurangkan bebanan rakyat kerana pendapatan bulanan diibaratkan cukup makan.Habis bulan,wang pun habis.Hanya bonus itulah yang menjadi tempat bergantung.

Orang korporat mengharapkan berita baik untuk mereka,orang kerja kerajaan mengharapkan kenaikan gaji dan bonus,rakyat umum mengharapkan harga barang terkawal dan mampu milik.Kakitangan swasta mengharapkan ada insentif buat mereka yang tidak mempunyai pencen selepas bersara.

Setiap kali tiba musim pembentangan bajet,maka macam2 telahan,harapan, tekaan dan ulasan.Sekali musim bah, sekali pantai berubah.Apa yang diharapkan tidak seperti yang diterima maka mereka akan menyimpan rasa kecewa itu sebagaimana termampu.Hidup tetap diteruskan.Kerajaan perlu prihatin dengan penderitaan rakyat.Kesusahan dan kesempitan hidup mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.


1 comment: