Tuesday, October 19, 2010

CINTA

Hanya dengan cinta manusia mampu menanggung seksa,hanya kerana cinta manusia sedia terima kepalsuan dan pura-pura.Hanya kerana cinta manusia sanggup gadaikan segala-gala.Hanya kerana cinta manusia sanggup buang saudara,kerana cinta manusia alpa,hanya kerana cinta dunia ini huru hara,kerana cinta juga dua hati bersatu,bergelar raja sehari.

Hanya kerana cinta gaduh menjadi aman, hanya kerana cinta air yang tenang menjadi gelombang tsunami membunuh dan mangsa bergelimpangan.Hanya kerana cinta yg buruk menjadi cantik,yg busuk menjadi wangi,yg celik menjadi buta,yang waras menjadi gila,yg kaya menjadi papa,yang papa bertukar kaya.Dalam cinta manusia sudi bergadai jiwa,sudi menukar emas menjadi tanah.Permata menjadi kaca.

Sedangkan CINTA yg sejati tiada lain kecuali cinta pada-Nya.Tidak pernah ada sekelumit kerugian jika barangsiapa jatuh cinta dengan-Nya. Apa itu CINTA?...

Anafakir, 11.26 mlm
Kuala Lumpur.


1 comment:

  1. cinta itu sebenarnya terlalu indah. Cinta pada Tuhan, diri sendiri,keluarga dan sebagainya...cinta yang hakiki merupakan suatu perasan yang sukar untuk diungkapkan...tp tidak semua orang dapat memperolehi cinta sejati.....

    ReplyDelete