Friday, October 1, 2010

IKHLAS

Apa itu ikhlas?Ikhlas ialah kita membuat sesuatu kerja atau ibadah tanpa paksaan sesiapa,tanpa tekanan sesiapa,tanpa berniat utk menunjuk2,tidak utk memberitahu org akan kemampuan kita atau kehebatan kita.Kita melakukan semata2 kerana Allah SWT.Suka rela,kita melakukan dgn penuh rasa redha,dgn rasa senang hati.Kalau ada yg tahu tentang amal ibadah kita biarlah itu bukan dari mulut kita.Balasan ikhlas ialah syurga Allah.Ikhlas ini tidak sesiapa pun tahu apa yg kita buat khususnya perkara2 baik.Ikhlas ini digambarkan kalau tangan kanan memberi,tangan kiri langsung tidak tau.Bygkan tangan kita kiri tidak menyedari apa yg tangan kanan buat.Kalau kita canang satu dunia apa yg kita buat,itu bukan lagi ikhlas.Ikhlas merupakan satu perbuatan yg dikategori sebagai rahsia dan tidak diketahui oleh manusia lain.Hanya Allah sahaja yg tahu.Ikhlas ini juga kita langsung tidak terasa dlm hati kita ini ujud atau bangga diri.Kalau kita sendiri merasa heran atau bangga dgn apa yg kita lakukan walaupun org lain tidak tau,itu juga tidak dikira ikhlas.Hati2...

No comments:

Post a Comment