Sunday, October 17, 2010

5 PENJENAYAH DIBUNUH...

Sumber : Buletin Utama TV3 _______________________

Polis berjaya menembak mati 5 penjenayah di Kuantan,Pahang. Saya amat mengalu-alukan kejayaan tersebut.Syabas dan tahniah sebanyak-banyak2nya kepada pihak polis.Penjenayah yang mengancam nyawa orang awam dan rakyat yang tidak berdosa wajar dihapuskan.Mereka ini bila berjaya ditangkap akan berusaha baik secara jahat atau melalui saluran undang-undang untuk melepaskan diri.Dengan hujah dan saksi kadangkala mereka ini berjaya dilepaskan mahkamah. Melalui saksi dan sebagainya, penjenayah yang memilik sumber wang yang besar memungkinkan mereka bebas.Kadang2 mereka berjaya menimbulkan keraguan melampau untuk membolehkan mahkamah membebaskan mereka.

Sebaliknya pihak polis pula dituduh memerangkap atau menganiaya mereka.Jadi bila terus terbunuh melalui kepungan atau berbalas tembakan dengan pihak polis membuktikan mereka ini memang penjenayah membahaya.Kejayaan pihak polis membunuh mereka akan menutup segala kisah dan cerita yang mungkin berpanjangan jika dibawa ke muka pengadilan.Mereka yang terbunuh ini seringkali memiliki senjata yang boleh membunuh.Mereka tidak menghiraukan amaran polis,sebaliknya akan menembak polis yang cuba menahan mereka.

Penjenayah tidak memikirkan nyawa orang lain,apa yang mereka inginkan ialah harta rompakan, balas dendam atau pembunuh upahan.Mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka dapat wang atau apa2 saja yang mereka inginkan.Mereka boleh membunuh jika mereka dikenali oleh mangsa atau ingin melepaskan diri.Mereka ini selalunya berjaya lolos bila berhadapan dengan mangsa  tetapi jarang terlepas setelah bertembung dengan pihak polis.Nasib tidak baik mereka akan tumpas.Kejayaan membunuh jenayah tidak diberi liputan meluas tetapi bila polis tersilap dalam bertindak itu yang dijadikan isu sehingga menimbulkan syak dan rasa ragu masyarakat kepada pasukan keselamatan.Tahniah untuk pasukan polis terutama penembak yang berjaya membunuh penjenayah kejam tersebut. Jasa anda dan pasukan terlibat amat2 disanjung tinggi oleh masyarakat.


No comments:

Post a Comment