Friday, October 15, 2010

SUKAN KOMANWEL.

 wajah-wajah emas negara

wajah-wajah emas negara

Melepasi target dan pencapaian emas dalam edisi Sukan Komanwel yang sudah2 begitu menceriakan atlet dan kontinjen negara. Namun,sebenarnya kalau dikira dengan prestasi negara yang lain, Malaysia masih jauh ketinggalan Biarpun pencapaian 12 emas sesuatu yang membanggakan tetapi jika target kita hanya untuk mengatasi pencapaian lampau maknanya kita cuma bertarung dengan diri sendiri bukan bersaing dengan negara lain. Sekadar 12 pingat emas,kita masih ketinggalan jauh dengan negara serantau kita. India, Australia contohnya, mereka sepatutnya menjadi target kita. Kita patut ada usaha untuk kalahkah mereka.

Selepas ini Sukan Asia,kita masih gagal melepasi benteng negara China,Jepun,Korea dan negara-negara Timur Tengah dalam pungutan di peringkat Asia.Kita perlu meletakkan matlamat setinggi langit baru usaha kita juga melangit,jika matlamat setinggi busut mungkin usaha setakat busut aje la.Mana mungkin hasilnya setinggi langit,memang jauh sangat kalau nak menggapai awan. Jauhkan politik dari sukan negara jika tidak sukan pun akan lemah,hancur dan berkecai.Berikan mereka yang arif dalam sukan untuk uruskan sukan. Orang politik uruskan politik sudahlah,jangan ada hati nak cari glamour melalui sukan untuk kekal berkuasa dalam politik.

Alaahaaai !!!!.

No comments:

Post a Comment