Friday, October 1, 2010

SANTAN ROSAK KERANA PULUT...

Pergeseran dalaman istana Kelantan masih belum reda.Perlucutan gelaran Tengku Temenggung terhadap Tengku Muhammad Fakry menjadi isu terbaru perselisihan antara ahli keluarga diraja Kelantan.Rentetan peristiwa lampau yg hanya keluarga diraja yg lebih arif,maka segala perilaku yg pernah dilakukan tidak akan terlepas begitu sahaja.Perlucutan gelaran tersebut telah membuatkan semua keistimewaan yg dinikmati oleh Tengku Muhammad Fakry juga hilang;elaunya,darjah kerabatnya dan segala mcm keistimewaan lain yg dinikmatinya selama ini terlerai semua sekali.Rakyat tidak mampu utk berkata apa2.Cuma rakyat mengharapkan apa yg berlaku antara baginda sultan dgn adinda baginda tidak memberi kesan kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup hamba rakyat.Hanya jauhari yg mengenal manikam.Baginda Sultan Muhammad ke-V lebih arif..

No comments:

Post a Comment