___________________________________________________________
JANGAN ANGKUH...
Kita jangan berlagak sombong,jgn begitu angkuh,jgn anggap nasihat org lain itu satu perkara nak menunjuk2 alim.Kalau nasihat itu baik,apa salahnya kita terima.Kita tilik dlm diri kita.Andai kita ada kelemahan atau kesilapan apa salahnya kita insaf.Kita renung dlm2,mana tau nasihat itu amat berguna utk kita.Selalunya nasihat yg baik kalau kita ikut mmg besar nilainya.Nasihat diberi bukan khusus utk sesiapa,ia selalunya secara umum.Jika kita merasakan kita termasuk dlm nasihat tersebut,apa salahnya kita terima dgn berlapang dada.Usahlah kita menjadi sombong kerana kesombongan itu akan menjahanamkan kita.Kita patutnya bersyukur jika ada insan2 yg sering memberi nasihat.Dan kita pula jangan lah berlagak kita seorg yg taat agama sdgkan belakang tabir kita melakukan maksiat,melakukan perkara2 yg ditegah agama.Kita berjudi, kita mengusung isteri org ke hulu ke hilir, kita cakap dgn angkuh.Kekadang rakan2 yg rapat dgn kita tidak mampu menegur kita.Mereka selalunya sokong membawa rebah.Mahu bersama bila kita berada,bila kita ditimpa susah..tunggulah.Baru kita tau langit tinggi atau rendah.Menjadi org baik2 tidak rugi,jgn berlakon baik.Itu hipokrit namanya.Menjadi org angkuh,gah, dan berlagak dgn segala harta yg kita miliki menimbulkan kebencian rakan2,baik secara terbuka maupun secara senyap.Sebelum senja melabuhkan tirai,segeralah berubah.Perkara baik kita jadikan teladan,yg buruk jadikan sempadan.
Monday, October 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment