Tuesday, October 5, 2010

MALU

Aku terasa dipandang,
aku terasa diperhati,
aku terasa diawasi,
terasa Engkau sedang memantau,
semua aktiviti hidupku,
memang lumrahnya begitu.

Aku terasa malu
malu untuk 'bertentang mata' dengan Mu
aku malu untuk gerakkan
semua anggotaku selain utk sujud dan menadah tangan
memohon keampuanan-Mu.

Setiap langkahku,
ku menjadi risau jika tetiba ia terhenti
ku kelu jika tetiba suaraku bisu
ku terpinga2 jika tetiba siangku umpama malam
aku tidak punya upaya utk menolak
semua takdir-Mu
kehadiranku ke dunia dengan rahmat dan redha-Mu

Aku teramat malu
utk melanggar segala larangan-Mu
aku tidak mahu menjadi Azazil
angkuh dan sombong
terbuang menjadi para iblis dan setan

Aku tidak mahu seperti itu
aku malu jika aku tidak mendapat rahmat-Mu
Aku malu setelah aku 'kenal'-Mu
aku tidak bersama-Mu
tidak mengingati-Mu
sedangkan Engkau 'memandang'ku
penuh kasih sayang,
Kasih sayang Sang Pencipta utk hambanya
Aku malu,
malu utk bertemu-Mu
jika masih alpa begini.
Sedarkahlah aku..

No comments:

Post a Comment