Friday, October 22, 2010

JUMAAT YANG HENING

Sarapan minda di pagi Jumaat__________________
Saban minggu sejak lama dahulu,didapati setiap pagi Jumaat jalan2 raya di Kuala Lumpur ni agak lengang dengan kenderaan.Tidak seperti pagi Isnin hingga Khamis. Pada waktu-waktu puncak antara jam 7.00 pagi -8.00 pagi,jalan-jalan sekitar Ulu Kelang, MRR2 [ Taman Melawati - Ampang ], Jalan Jelatek menuju pusat bandar, tidak seperti hari2 sebelumnya Kenderaan tidak begitu sesak atau jem teruk seperti kebiasaan.Mengapa begitu?Apakah kerana ramai umat manusia menunaikan 'tanggungjawab kemanusiaan' pada waktu malamnya maka pada pagi Jumaat ramai yang terbangun lewat.Sehinggakan deretan kenderaan di jalanraya tidak seperti lazimnya.Terasa kelainannya.

Jika benar telahan ini, dan memang terbangun lewat,bagaimana dengan solat Subuh kita?Apakah terlepas sama?. Setiap pagi Jumaat,sewaktu saya ke tempat kerja seperti hari2 biasa,didapati kesesakan jalanraya tidak begitu 'meriah'.Perjalanan begitu mudah dan sampai lebih awal walaupun saya keluar rumah pada waktu yg sama seperti sebelumnya.Terasa sangat perbezaannya.Kenderaan tidak sesak,selalunya jalan satu lorong menjadi dua lorong,berebut2 ingin potong belah kiri.Namun pada hari Jumaat,waktu puncak,kenderaan cuma menjadi satu lorong.Pergerakan kenderaan lebih lancar.

Dek kerana mengejar malam sunatkah maka jalanraya begitu lengang dengan kenderaan.Atau ada sebab lain?. Namun saya tidak mampu berfikir selain kebanyakan pengguna jalanraya mengambil sunat dan berkat malam Jumaat untuk bersama pasangan.Dan akhirnya mereka terlewat bangun,memungkin juga solat Subuh terlepas.Selalunya sekitar 7.00 -7.30 pagi,laluan saya untuk ke tempat kerja memang sesak,ada kalanya terpaksa 'free gear' menunggu aliran trafik bergerak semula.Kalau bergerak pun merangkak2 tapi pada setiap pagi Jumaat,waktu2 sebegini aliran trafik begitu laju dan lancar.

Posting ini saja saya utarakan untuk renungan dan kajian bersama.Mungkin juga di tempat lain sama seperti di sekitar jalan yang saya sebutkan tadi atau masih jam seperti hari2 biasa.Pemerhatian ini sudah saya lakukan sejak lama dahulu lagi.Rasanya sejak awal tahun 2010 ini lagi.Dah lama.Cuma baru kini saya terpanggil utk berkongsi dengan penjenguk blog saya ini.Mungkin ada isu atau sebab lain mengapa aliran kenderaan pada hari [ pagi ] Jumaat lebih lancar dan tidak sesak seperti hari2 biasa.Hanya setiap pagi Jumaat,pada hari lain dalam waktu2 begini,kenderaan terlalu banyak.Lalu lintas terlalu perlahan.


No comments:

Post a Comment