Wednesday, October 6, 2010

MELAYU BAKAL HILANG KUASA?..Benarkah begitu?

Pemimpin utama UMNO saban waktu mencanang bahawa jika UMNO tewas dalam PRU13 akan datang maka Melayu akan hilang kuasa.Atas alasan apakah mereka berpendapat sedemikian? Apakah merujuk kepada kerusi yg dimenangi oleh UMNO adalah mewakili suara org Melayu maka jika semua kerusi yg diwakili itu tewas dalam PRU akan datang,boleh dirujuk akan hilanglah kuasa org Melayu?Benarkah begitu?

Atau dikhuatiri kemenangan pembangkang dalam PRU akan datang semuanya dibolot oleh kaum bukan Melayu?.Secara logiknya,hari ini,mana2 kerusi Dun dan Parlimen yg dimenangi UMNO adalah hasil pertandingan antara UMNO dgn PAS dan calon bebas.Calon PAS itu adalah wakil Melayu.Maka jika selepas ini,UMNO tewas dikerusi yg diwakilinya sekarang bermakna kerusi itu sudah berpindah tangan kepada PAS.Masih milik org Melayu.Calon2 DAP atau PKR selalunya bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu.Ada segelintir sahaja calon PKR dan DAP yg mencuba nasib di kawasan majotiriti Melayu.

Suara2 yg bimbang jika UMNO tewas akan membuatkan hak dan keistimewaan Melayu akan hilang itu sebenarnya satu sikap yg tidak wajar diluahkan.Sdgkan dlm perlembagaan pun jelas termaktub segala hak dan keistimewaan Melayu adalah terjamin.Kebimbangan terhadap sikap PAS yg seolah2 tidak begitu membela Melayu perlu diketepikan.Lihat sahaja Kelantan,hari ini rakyat Kelantan perlu berbangga kerana banglo berdiri di segenap ceruk kampung dan sawah padi.Kaum bukan Melayu tidak juga mengambil kesempatan utk menafikan hak org2 Melayu.Kerajaan Kelantan tetap mempertahankan nasib org Melayu cuma dari skop dan cara berbeza.PAS lebih memperlihatkan ISLAM itu lebih ditonjolkan.Bila berpegang dgn Islam maka prinsip Islam adalah adil utk semua.Itu yg diterapkan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sewaktu memimpin kerajaan Madinah berdasarkan Sahifah Madinah.

Hak semua kaun terjamin.Mana2 rakyat Madinah yg belot akan dihukum.Mereka patuh kepada perlembagaan Madinah.Madinah akhirnya menjadi sebuah negara yg gemilang.Luas empayarnya.Hari ini ada pihak begitu takut dan bimbang kalau UMNO tewas.Teori domino ini wajar dibuang jauh2.Kekalahan UMNO tidak sama sekali memusnahkan bangsa Melayu.Sdgkan selama lebih 50 tahun UMNO mentadbir negara,cuma segelintir Melayu sahaja [ Melayu terpilih ] yg menjadi kaya raya,hidup senang lenang dan mempunyai harta bertimbun.Sdgkan sebahagian besar Melayu masih hidup segan mati tidak mahu.

Kalau benar UMNO menjaga kaum Melayu,pasti Kelantan lebih maju dari negeri lain di Malaysia sbb mereka adalah satu2nya negeri yg boleh dikatakan hampir 100% Melayu,adakah begitu kenyataannya?Tidak, bb UMNO menganaktirikan mereka kerana perbezaan politik.Satu sikap yg cukup menghinakan.Kalau hari ini,UMNO masih berkuasa pun,Melayu Kelantan masih diketepikan maka apa hujah UMNO utk mengatakan jika mereka kalah dalam PRU akan datang maka nasib Melayu akan terpinggir.Perlis,sebuah negeri terkecil dalam Malaysia pun masih mundur.Tidak mampu utk dimajukan.Kalau benar UMNO ingin tolong bangsa Melayu,negeri sekecil Perlis itu sudah lama menjadi maju.Sdgkan negeri itu adalah pintu masuk utama negara di sempadan Thailand.

Negeri Johor pun disebabkan berjiran dgn Singapura jika tidak Johor juga akan menjadi mundur.Mana alasan yg mengatakan UMNO benar2 membela nasib org Melayu?Saya melihat UMNO sengaja melontar hujah2 berkaitan Melayu dan masa depan mereka [ Melayu ] semata2 utk memancing politik.UMNO risau diri mereka [ pemimpin ] akan hilang kuasa,hilang kemewahan, hilang segala pangat dan kedudukan. Lihat sahaja di Kedah dan Selangor,bila tewas dlm PRU12 yg lalum, mereka semua senyap sunyi.hilang nafsu,hilang semangat,hilang roh utk berjuang kembali.Cuma sesekali bersuara itupun mungkin sebab terjaga dari lamunan yg panjang.

Jika benar UMNO mengatakan kuasa dan hak Melayu akan terhapus,apa hujah dan buktinya?.Apakah kerana PAS dan PKR seperti mengikut telunjuk DAP?.Itu sekadar anggapan semata2 kerana penyokong Cina yg berpaling tadah hari ini adalah mereka yg menjadi penyokong MCA dan Gerakan suatu masa dahulu.Mereka lebih tahu soal hati dan perasaan org Melayu. Raja2 Melayu masih mempunyai kuasa dan suara dalam isu perlembagaan dan hak org2 Melayu.Selama ini,pihak yg cuba mengurangkan kuasa raja2 Melayu ialah pemimpin UMNO bukan dari pihak pembangkang.Sekali imbas,itu sudah jelas utk menjadi kayu ukur utk membuktikan siapa yg bermain politik.Apa hujah dan alasan maka kuasa Raja2 Melayu perlu dikurangkan,apakah kerana sikap raja2 Melayu atau kerana ingin menjaga hati kaum bukan Melayu?.Dalam hal ini,UMNO juga seperti telunjuk lurus kelingking berkait.

Kemakmuran hidup rakyat Kelantan dibicarakan di mana2.Baik di warung2 mahupun di persidangan ilmu atau politik.Malahan mendapat perhatian dari negara luar.Pihak yang cuba mengeruhkan suasana ialah pemimpin UMNO setempat sahaja.Kalau di Kelantan sudah jelas,PAS amat menitikberatkan kebajikan rakyat,mana mungkin jika mereka [ PAS,PKR dan DAP ] memerintah negara, mereka mengabaikan itu semua, hak dan keistimewaan Melayu. Kalau UMNO bersama MCA,MIC,Gerakan dan sekutunya yg lain termasuk Sabah dan Sarawak boleh memerintah negara mengapa perlu risau jika Pakatan Rakyat yg ambilalih teraju pemerintahan negara pada masa mendatang?.Mereka juga org terpelajar,beragama [ jelas terlihat amalan agama mereka ].

Isu kerajaan Pulau Pinang yg dituduh memberikan wang ehsan dari sumber judi,itu juga satu permainan politik UMNO. Mengikut ahli ugama dan para ulamak sendiri menegaskan wang dari sumber judi boleh digunakan oleh rakyat.Mereka tidak menanggung apa2 dosa sbb yg bersalah dlm hal ini ialah kerajan negeri.Malahan pihak majlis agama negeri juga telah menafikan bahawa wang ehsan itu dari sumber judi,namum rakyat dan pemimpin UMNO masih ingin menegakkan benang yg basah.Jika benar wang itu dari sumber judi,apa halnya dengan kerajan pusat,kerana wang yg disatukan oleh kerajan pusat bercampur aduk dgn hasil judi,pelacuran,arak dan sebagainya.Dan wang tersebut juga digunakan utk membayar gaji para pemimpin negara.Walaupun sedikit yg bercampur kalau ingin kepada yg benar2 suci maka para pemimpin negara perlu pulangkan semula wang gaji mereka.Mengapa isu ini tidak dimanipulasikan?Dedahlah juga dalam media massa.Tengok apa komen mereka yg terlibat.

Merujuk kepada wang ehsan yg dipulangkan oleh warga emas di P.Pinang,apakah wang tersebut mmg wang yg mereka terima atau itu wang lain?Jika wang lain,maknanya wang yg mereka terima dahulu sudah habis dibelanjakan.Kalau betul2 nak pulangkan,mesti pulangkan wang yg mereka terima dahulu.Bukan wang dari sumber lain.Wang yg dipulangkan itu bukan lagi wang yg diterima dari kerajaan negeri.

Sebelum bersuara,belajar dahulu,selidik dahulu apakah isu yg ingin dikemukakan itu benar2 wajar.Sekarang apa yg diludah sudah terkena ke muka sendiri.Mengapa Datuk Seri Reezal Merican terus senyap?Bersuara lah lagi.Mengapa tetiba membisu?Apakah isu yg dibicarakan itu menampakkan kebodohan beliau?Apabila ahli ugama menegaskan wang tersebut boleh diterima dan digunakan oleh rakyat maka mereka yg selama ini cuba menjadi jaguh utk perjuangkan bangsa Melayu P.Pinang tetiba menikus.

UMNO dan sekutunya sudah berbelas tahun memerintah Pulau Pinang,apa hujah dan bukti mereka benar2 membela nasib Melayu di negeri tersebut.Dgn segala kemampuan yg ada,sumber kewangan yg ada,disokong kuat kerajaan pusat masih gagal utk bangunkan Pinang seperti Singapura.Mengapa kerajaan UMNO gagal jadikan Pulau Mutiara itu setanding dgn Singapura?Sdgkan sainznya hampir sama,geografinya hampir sama,malahan Pinang juga berkedudukan yg cukup strategik utk menjadi sebuah pelabuhan terkemuka.Namun diabaikan semua itu semata2 utk memancing undi.Hari ini,mana2 negara yg telah maju, kerajaan memerintah akan bertukar tangan berulang kali.Rakyat yg celik IT dan celik huruf tidak mudah utk ditipu.Justeru jika P.Pinang menjadi maju setanding Singapura pasti rakyat di sana sudah lama memilih parti pembangkang.

Andai benar, pakatan pembangkang akan mengabaikan bangsa Melayu jika mereka memerintah, apakah tidak mampu utk mengunggu 5 tahun akan datang utk merampas semula kuasa pemerintahan tersebut.Rakyat mesti akan menyokong parti yg akan memperjuangkan nasib mereka jika kerajaan yg ada jelas menganaktirikan mereka [ bangsa Melayu ]atau apakah sebenarnya UMNO risau dan bimbang kerajaan akan datang lebih menjaga kebajikan rakyat berbanding mereka?Lihat sahaja Kelantan.Dulu Tun Mahathir menegaskan,selepas 3 bulan Kelantan akan bankrap jika PAS memerintah.Nah!..sekarang sudah lebih 20 tahun,Kelantan masih steady jer?.Lagi makmur rakyatnya berbanding sewaktu UMNO mentadbir dahulu. Jika merujuk kepada Kelantan sehingga hari ini UMNO mati akal utk merampas semula kuasa dari PAS,lebih2 lagi bila hasil minyaknya sudah dikeluarkan.

Senario bimbang dgn bayang2 sendiri ini makin menghantui UMNO dan para pemimpinnya.Jika UMNO masih beretorik dgn memutarkan lagu2 lama maka sampai bila pun rakyat tidak akan meyakini cakap2 UMNO.Rakyat sudah maju dan secerdik pemimpin politik negara malahan ada sebahagian besar dari rakyat yg sudah mula mengatasi cara berfikir dan bertindak para pemimpin negara,malahan mereka lebih celik politik dari sebahagian pemimpin parti2 politik yg ada. Justeru jgn lah masih beranggapan rakyat mudah ditipu seperti awal2 merdeka dahulu.Org asal [ org Asli ] pun sudah reti 'bermain dgn duit' jgn ingat mereka boleh digula2kan dgn mudah.

Makin kuat gendang perkauman dan menakut2kan bangsa maka makin jauh org Melayu dari UMNO.Sikap hilang percaya kepada UMNO [ dibaca para pemimpinnya ] begitu  kuat dalam kalangan org Melayu.Majoriti Melayu memandang sinis dgn apa yg didakwa UMNO.Mereka melihat Kedah,Kelantan dan Selangor masih mempertahankan Melayu.Apa bukti kalau mereka [ Pakatan Pembangkang ] memerintah maka Melayu akan terpinggir?.Kalau ikutkan media massa mmg la tiada satu pun yg pembangkang buat itu menguntungkan Melayu.Paling ketara, UMNO menjauhi Islam.Paling ketara,UMNO terlibat dgn rasuah,penyelewengan, perjudian dan seumpamanya.Paling ketara, UMNO yg jelas membuatkan Melayu makin terkebelakang,yg ketara UMNO sengaja bermain politik bila berhadapan dgn bangsanya sendiri.Jujurlah membela bangsa,jgn bermain tarik tali lagi.Sekarang rakyat lebih kuat,jika masih main tarik tali juga,bayangkan jika rakyat merentap serentak tali itu,pasti tersungkur dan tersembam lah UMNO.Malu dan amat memalukan.

Sebagai salah seorg yg pernah mengkagumi UMNO dalam mentadbir negara, saya begitu tersentuh dan amat2 sedih bilamana UMNO dan pemimpinnya hari ini makin lama,makin lupa akan tanggungjawab,makin menjauhi agamanya,makin lena dgn kekayaan,makin terpesona dgn kemewahan,makin lalai akan segala kesusahan rakyat sdgkan semuanya ini adalah antara faktor kejatuhan kerajaan-kerajaan terdahulu.

Selagi masih ada masa [ utk PRU13], sesuatu harus dilakukan segera.Usah bermain teka teki lagi,usah fikirkan pembangkang yg memerintah jika ingin membantu rakyat.Tunjukkan bukti UMNO jujur dan tidak mengira puak atau parti,segerakan membantu mana2 rakyat yg memerlukan.Baik dari parti mana sekalipun,bantu mereka sejujur mungkin.Andai benar ingin terus berkuasa,sekaranglah masanya utk menunjukkan perubahan.

Dalam keadaan pakatan pembangkang belum mantap kerjasama mereka,usahlah UMNO menjadi dalang utk memusnahkan mereka sbb hari ini,apa sahaja yg UMNO cakap,buat dan ceritakan,langsung tidak memberi kesan kepada rakyat sbb sudah acap kali UMNO menipu rakyat,skrglah masanya utk rakyat tidak mempercayai lagi semua yg kerajaan UMNO lakukan.UMNO perlu fikirkan survivalnya terlebih dahulu kerana UMNO juga seumpama retak menanti belah cuma tidak dihebohkan media massa,kalau UMNO pakatan pembangkang pasti semua yg tersimpan itu sudah terbongkar.Memburukkan org lain dgn niat utk menunjukkan diri kita baik,itu sifir sebelum merdeka.Sikap ini tidak wajar digunakan lagi.

Muhasabah lah diri sendiri andai ingin berkuasa.Rakyat sdg melihat dan memerhati.Pihak ketiga [ politik kuasa ke-3 ] juga sdg merancang sesuatu. Pilihan di tangan rakyat.Mereka sudah bijaksana utk membuat pilihan.Hari ini,apa yg diberikan mereka,mereka akan ambil atas alasan mereka tidak minta dan mereka tidak mencuri,org yg kasi.Namun undi belum tentu.Masa ceramah penuh sesak mereka hadir namun itu bukan kayu ukur parti mendapat sokongan.Hari ini rakyat akan datang ke mana sahaja utk dapatkan maklumat dan utk jadikan perbandingan.Selebihnya mereka akan berfikir,merujuk dan membuat keputusan.

Tonjolkan bahawa kita ini baik tanpa memburukkkan org lain,itu lebih mulia.Lonjakan utk berubah perlu dijelaskan segera.Sekadar brcakap,berjanji,menghentam lawan itu pendekatan lama.Rakyat sudah lali.Rakyat sudah kebal dgn itu semua.

Kitalah Melayu.Kitalah tuan di bumi Malaya ini.Kitalah pemimpin,kitalah pengerusi semua agenda utk apa sahaja program di bumi merdeka ini.Siapa pun yg memerintah selepas ini,Melayu pasti terbela kerana dulu bangsa ini berdagang maka mereka tidak takut utk mempertahankan hak mereka kerana selama ini yg bermandi darah,yg terkorban di medan juang,yg menanggung azab siksa, yg hidup menderita adalah rakyat bahwan,bukan pemimpin.Tidak sesekali.Pemimpin datang bila semuanya sudah selamat.Sebenarnya rakyat yg membina negara,pemimpin cuma merampas apa yg ada.Mereka berlagak wira sdgkan hari mereka sedayus luncai.

Sejarah membuktikannya,tak percaya?Lihatlah perjuangan Tok Janggut,Tok Bahaman,Mat Kilau,Tok Gajah, Kiyai Salleh,Rosly Dobi,Datuk Maharajalela dan ramai lagi.Mereka ini yg memimpin rakyat menentang penjajah.Mereka yg membuka mata hati rakyat utk sedar.Ketika itu mana pemimpin yg sanggup bersama mereka.Semuanya menjauhkan diri.

Saya tidak percaya kalau UMNO kalah maka Melayu akan hilang kuasa...tepuk dada tanya hati.Melayu akan hilang kuasa kalau Melayu asyik menipu bangsanya sendiri,Melayu yg suka rasuah,Melayu yg menjauhkan dari dari agamanya maka inilah Melayu yg akan hilang kuasa.

No comments:

Post a Comment