Tuesday, October 12, 2010

MELAYU DAN PERPADUAN : Satu renungan.

Bangsa Melayu merupakan bangsa terawal selain orang Asal [ orang Asli ] yang mendiami Malaysia [ Tanah Melayu ].Sejarah negara membuktikan,semenjak Kesultanan Melayu Melaka,negara ini sebenarnya menjadi milik orang Melayu. Selepas Melaka tumbang akibat serangan Portugis dan dijajah oleh bangsa asing maka bermulalah satu episod baru dalam sejarah negara.

Sejak itu, negara Barat mula mengukuhkan kedudukan mereka. Selepas Portugis,Inggeris dan Jepun menjajah negara.Semasa penjajahan Inggerislah bermulanya kemasukan imigran asing ke Tanah Melayu pada ketika itu seperti Cina,India,Sikh dan sebagainya.Kemasukan mereka ini ke Tanah Melayu atas dasar keperluan buruh dalam bidang pekerjaan tertentu seperti melombong bijih timah,arang batu dan bijih besi,keperluan untuk kerja di ladang-ladang getah dan seumpamanya. Jumlah mereka ini makin meningkat dari setahun ke setahun.

Bila negara memperjuangkan kemerdekaan,kaum2 pendatang ini secara halus mula menuntut hak seolah2 mereka adalah warganegara asal Tanah Melayu.Memandangkan perikemanusiaan dan dasar Inggeris sendiri maka sebilangan pendatang ini diberikan hak yang hampir sama dengan bangsa Melayu.Namun keistimewaan tertentu kaum Melayu dipertahankan.Hakikat ini termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, kehidupan rakyat aman dan damai.Perkongsian hasil negara dinikmati secara bersama.Namun selepas beberapa lama negara merdeka, kaum Cina mula mengorak langkah meninggalkan kaum2 lain dalam bidang ekonomi.Mereka mula muncul sebagai pedagang2 kaya dalam negara. Selepas itu berlaku peristiwa 13 Mei pada tahun 1969,keadaan mula berubah.Mula timbul bibit2 curiga antara satu sama lain.Keadaan itu merebak secara senyap,sedikit demi sedikit rasa was-was dan keregangan antara kaum mula timbul.

Perpaduan Melayu begitu kukuh dan kuat pada ketika itu.Pemimpin2 Melayu 'bersama' rakyat.Susah senang bersama,menangis bersama ketawa bersama.Pemimpin Melayu ketika itu,hidup mereka juga sederhana dan boleh dikatakan ala kadar sahaja. Rakyat meyakini pemimpin pun hidup dalam keadaan 'serba kekurangan' dalam kaca mata seorang pemimpin. Pemimpin dipuja dan disanjung rakyat.Pemimpin tempat mereka mengadu.Meluahkan perasaan dan apa2 sahaja. Pemimpin Melayu ketika itu membuka ruang untuk mendengar luahan hati rakyat.Sifat pemimpin ketika itu adalah bersifat merakyat,tiada jurang antara mereka dengan rakyat.

Namun setelah negara semakin membangun dan maju,ekonomi negara mula berkembang pesat,para pemimpin mula kenal 'erti' kaya dan kemewahan,erti kuasa dan pengaruh maka ikatan yang 'kukuh' yang wujud sekian lama makin terungkai sedikit demi sedikit.Sebelum merdeka dan selepas beberapa tahun merdeka, pemimpin Melayu masih mengamalkan kehidupan 'ala kampung',berwatak seorang 'hamba' kepada rakyat.Ikatan perasaan dengan rakyat begitu erat.Mudah ditemui,mudah untuk bertandang ke rumah atau pejabat.Semua ini tinggal kenangan apabila negara makin maju.

Pemimpin sudah mula menjarakkan diri mereka dengan rakyat,wujud perkataan 'privacy',sudah ada pengawal peribadi,sudah ada pengawal di pintu pagar rumah,sudah ada setiausaha yang perlu ditemui terlebih dahulu sebelum berjumpa seseorang pemimpin.Keadaan sudah berubah.

Pemimpin tidak lagi 'bersama' rakyat.Mereka sudah mula ''memagarkan diri mereka dengan had dan sekatan2 tertentu untuk rakyat bertemu mereka.Bukan semua rakyat boleh berjumpa,perlu ditapis dan dipilih.Jarak antara rakyat sudah semakin jauh.

Hari ini, pelbagai pihak mula bersuara.Mereka mempersoalkan perpaduan antara Melayu mula renggang.Orang Melayu mula berpecah dan terbagai mengikut parti dan fahaman masing-masing.Orang Melayu mula retak.Hubungan antara Melayu makin berjarak.Hubungan orang Melayu dengan pemimpin makin jauh dan macam2 lagi ulasan diberikan menceritakan hakikat perpaduan orang2 Melayu yang makin renggang.

Satu persoalan ingin dikemukakan,siapakah yang menjadi punca kepada semua ini?. Rakyat kah?. Atau pemimpin yang perlu dipersalahkan.Kalau rakyat rasanya itu bukan puncanya.Dalam hal ini,pemimpin yang menjadi punca.Apabila pemimpin lena dan leka dengan kemewahan, menjauhkan diri dari agama, mengabaikan kepentingan dan kebajikan rakyat, rakus mengumpul harta kekayaan maka rakyat akan mula bertindak.Rakyat akan mula memprotes. Rakyat akan mula mempersoalkan kekayaan yang dimiliki pemimpin.Logik dan tidak logik pemimpin itu memiliki kekayaan yang sedemikian.Wajar atau tidak dengan kuasa,pangkat dan pendapatan seorang pemimpin sehinggakan kekayaan melebihi kemampuan.sumber maklumat dan kadar celik akal rakyat akan mempercepatkan deria rakyat untuk menemui jawapan.

Dalam hal ini,pemimpin yang perlu dipertanggungjawabkan ke atas apa yang terjadi.Mereka yang menjadi punca,mereka yang mula mencetuskan keregangan antara orang2 Melayu.Sikap mereka,percakapan mereka,janji2 mereka, cara hidup mereka, kekayaan mereka, perilaku mereka antara penyebab rakyat mula berpecah.Amalan rasuah, kronisme, dan nepotisme yang diamalkan pemimpin terlalu menonjol.Kekayaan dan kemewahan ditonjol2kan,dibangga2kan, digahkan sesuka hati.Rasuah yang berlegar dalam kalangan pemimpin menjadi virus kepada keretakan perpaduan antara orang2 Melayu.

Sikap pemimpin yang suka menabur janji, suka 'gula2kan' rakyat sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin.Perilaku pemimpin makin jauh terpesong, kehidupan pemimpin saling tak tumpah dengan cara hidup berpaksikan budaya kuning menjadi titik tolak rakyat menolak pemimpin.Rakyat mula cari dahan lain untuk bergantung.Rakyat mula meminta pandangan pihak lain,rakyat mula mencari sumber lain untuk memberi jawapan kepada mereka.

Sudah lebih 50 tahun rakyat dibuat mimpi indah.Terlalu lama rakyat menanti dan menunggu bagaikan menunggu kucing bertanduk,bagai pungguk rindukan bulan.Pemimpin makin hari makin kaya,rakan2 terdekat makin kaya,ahli keluarga terdekat makin kaya sedangkan rakyat masih ditakuk lama.Kalau betul negara tidak mampu untuk membantu rakyat, tidak mampu untuk menyediakan kemudahan asas untuk rakyat, mengapa kehidupan semua pemimpin makin hari makin mewah,makin hari makin makmur,makin hari, harta dan kekayaan bertambah dan diperlihatkan kekayaan itu secara jelas.Penuh sombong.Nilai rumah menyamai malahan melebihi nilai sebuah istana raja2,kereta melebihi apa yang perlu untuk kegunaan seorang pemimpin.Duit yang tersimpan melampaui kemampuan yang sepatutnya dikumpul berdasarkan pendapatan.Ekonomi negara dan dunia merudum,kehidupan pemimpin kekal dalam kemewahan.Itu menipu namanya.Rakyat diperbodohkan secara terang-terangan.Janji dalam pilihanraya tidak dipenuhi.Janji hanya tinggal janji.

Pihak pembangkang memang tidak mampu untuk memenuhi janji walaupun mereka juga berjanji sebab itu strategi dalam mana-mana pilihnaraya..Rakyat sudah faham.Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang boleh mereka tunaikan janji sebaliknya pihak kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk tunaikan apa yang dijanjikan itu,tetapi tidak tunaikan janji2 mereka, itu apa alasannya?.Ini yang menjadi tanda tanya di minda rakyat.Jangan persoalkan pembangkang hanya pandai berjanji.Rakyat tahu dan sedar kekurangan itu.Rakyat menyokong pembangkang sebab rakyat sudah muak dan jemu dengan kerajaan,ada kemampuan pun tidak melakukan apa yang dijanjikan,  baik sokong pembangkang sebab rakyat tahu pembangkang memang tidak mampu.

Sokongan rakyat kepada pembangkang itu hanya tersirat rasa tidak puas hati rakyat,yang tersuratnya ialah rakyat memprotes kerajaan.Kerajaan masih tidak faham dan tidak sedar. Masih dungu dan bangang untuk memahami suara protes rakyat.Masih bersikap pandir atas alasan,pembangkang pun tidak tunai janji juga.Itu dijadikan alasan.Sedangkan rakyat sedar bahawa kerajaan berkemampuan.Semuanya ini dijadikan senjata untuk kekal berkuasa,kerajaan amat2 memahami jika semua janji ditunaikan, pasti rakyat akan menyokong pembangkang dalam PRU seterusnya.Itu namanya politik sempit.

Pihak yang terdesak dengan perpecahan Melayu ini hanyalah mereka yang hidup dan mati bersama UMNO.Sedangkan pihak selainnya tidak mempersoalkan isu ini.Mengapa demikian?.Apakah mereka risau segala harta yang dibolot dan terkumpul selama ini akan dirampas rakyat?Apakah mereka tidak bersedia untuk hidup seperti seorang 'hamba' semula.Kembali kepada cara hidup sebelum mereka bergelar pemimpin dahulu?.Mereka begitu takut untuk hilang kuasa.Sedangkan majoriti rakyat tidak nampak pun Melayu ini sudah berpecah belah.

Pihak yang memalu gong soal perpecahan orang Melayu ini hanya dari UMNO dan NGO tertentu yang merasa tempiasnya jika kuasa yang ada berpindah tangan. Sedangkan parti bertentangan masih belum 'jelas' hakikat perpecahan orang Melayu yang diwarwarkan itu. Di kampung2, orang2 Melayu masih hidup rukun damai,masih mengamalkan sikap dan hidup sandar menyandar.Tidak nampak pun riak2 perpecahan,sekadar sikit2 rasa jauh hati itu biasa la.Suami isteri pun bergaduh.

Heran dengan dakwaan Melayu sudah berpecah.Sebenarnya,orang Melayu mula menjauhkan diri dari UMNO.Itu yang betul.Dan itu bukan membawa maksud Melayu berpecah.Itu memberi makna Melayu sudah subjektif,Melayu sudah bijak menilai.Melayu sudah reti main politik,Melayu sudah bijaksana politiknya.Melayu yang bukan lagi mudah tertipu dengan cakap2 dan janji manis pemimpin secara membuta tuli sahaja.Melayu hari ini adalah satu bangsa yang begitu kritikal, empirikal, begitu dinamik dan bijak membuat pertimbangan.Melayu yang sudah mulai menyaingi pemikiran pemimpinnya sendiri.Pemimpin nampaknya belum sedar dari angan2 yang panjang.Bahawa rakyatnya khususnya orang2 Melayu sudah bijak.

Orang2 Melayu tahu membawa diri,tanpa pemimpin pun mereka mampu untuk meneruskan  kesinambungan hidup mereka.Mereka boleh survivea diri mereka.Rakyat Melayu sudah berkerjaya, mula berdikari.Pemimpin perlu sedar bahawa orang2 Melayu hari ini semuanya sudah bijak dan pandai menilai helah politik.Malahan rakyat Melayu hari in sudah mengatasi minda dan tahap  pemikiran pemimpinanya sendiri. Sedarlah wahai pemimpin Melayu,rakyat sudah cerdik.Mereka pun tahu tahap mana mereka perlu memberontak dan berpecah.Mereka berpecah sayang,'tiba masanya' mereka kembali bersatu tetapi bukan bersatu untuk memperkayakan pemimpin.Mereka bersatu untuk membela kebajikan hidup mereka.

Dahulu pemimpin menjadi 'hamba' kepada rakyat tetapi sekarang rakyat pula yang menjadi 'hamba' kepada pemimpin.Kuasa yang ada pada pemimpin sebenarnya rakyat yang 'beri' tetapi pemimpin pula yang meminta rakyat berterima kasih kepada mereka.Bahlul punya pemikiran.Mereka mewah,mereka kaya siapa yang beri?.Kalau bukan kerana undi rakyat,mereka masih orang biasa2,itulah manusia,mudah lupa diri.Betul cakap Tun Mahathir,Melayu itu MUDAH LUPA.

Melayu masih utuh dan kukuh ikatan mereka.Hakikat Melayu itu sudah berpecah sebenarnya merujuk kepada sokongan orang2 Melayu kepada pemimpin Melayu yang sedang berkuasa makin renggang dan sudah ada titik pemisah.Melayu bergelar rakyat sudah berpecah dengan Melayu bergelar pemimpin.Itu betul. Melayu bergelar rakyat masih kukuh ikatan antara mereka.Usahlah menjadi pemimpin yang suka menakut2kan rakyat, menjadi pemimpin yang suka mengugut bangsanya sendiri.Selama ini hanya segelintir sahaja Melayu yang hidup mewah. Rakyat sudah terlalu lama menunggu,sehingga selepas 50 tahun,budaya pecah dan perintah yang diamalkan penjajah masih diwarisi oleh pemimpin Melayu sendiri.Butakah pemimpin hari ini sehingga sanggup merompak dan menyamun hak rakyat.Rumah pemimpin melebihi kemampuan, kereta pemimpin terlampau2,wang belum lagi dikira tu.

Rakyat boleh hidup dalam kemiskinan,mengapa pemimpin risau kalau mereka jatuh miskin.Sepatutnya mereka lebih tegal dan ampuh bila berdepan dengan kemiskinan sebab mereka punya jati diri dan prinsip hidup mesti lebih hebat dari rakyat.Di mana2 pun  sepatutnya mereka boleh bertahan untuk hidup.Sedangkan waktu peperangan rakyat berada di barisan hadapan,pemimpin mencari jalan tikus untuk melarikan diri. Pengawal peribadi dibayar untuk menjaga keselamatan diri menga begitu?.Ada kesalahan ke sehingga perlu guna pengawal?.Kalau benar, dan bekerja dengan jujur dan amanah,untuk apa takut mati?.

Nada ugut,nada menakut2kan rakyat usah lah didendangkan lagi.Pemimpin perlu bercakap secara jujur.Bercakap secara telus dan berlapang dada.Mengapa masih takut dengan bayang2 sehinggakan yang tiada, diada2kan.Benda yang tidak wujud dijadikan satu kenyataan dengan pelbagai rekaan dan imaginasi.Sedar dan insaflah,rakyat seudah muak dan meluat dengan sikap pemimpin yang berpura-pura dan bermuka2.

Kita semua akan mati.Segala amalan kita di dunia ini,baik atau buruk akan diberi balasan.Sebelum mata tertutup rapat, mereka yang bergelar peimimpin dan banyak membuat onar dengan hak dan harta rakyat,bertaubatlah segera.Di alam baqa sana, meratap, merayu dan meraung sekali pun Allah tidak akan kembalikan semula ke dunia ini.Buku amalan sudah tertututp.Hidup hanya sekali di dunia fana ini.Menjadi pemimpin, jika tidak menjalankan amanah maka dosanya terlalu banyak,segala harta yang dimiliki,segala kuasa yang dimiliki akan dipersoalkan.Macamana cara dapat dan ke mana digunakan.Betul caranya selamatlah,salah caranya,ke neraka lah.Bukan menghukum awal tetapi itu janji Allah.


No comments:

Post a Comment