Saturday, October 16, 2010

PTK TERAKHIR...

Hari ini menduduki PTK-3,dan ia merupakan peperiksaan terakhir rasanya untuk kakitangan awam.Mulai 2011 nanti PTK tiada lagi. YAB PM pada Jumaat sewaktu membentangkan Bajet'11 mengumumkan PTK diberhentikan.Penilaian prestasi untuk kakitangan awam akan digantikan dengan satu intrumen yang lain.Apa dan bagaimana caranya mungkin sudah ada dalam perancangan kerajaan.Apapun isu penilaian dan kenaikan pangkat untuk kakitangan awam sering dimanipulasikan.Macam2 tohmahan dan rasa tidak puasa hati dalam kalangan kakitangan awam. Tidak adil, tidak menyeluruh, tidak mampu mengukur kemampuan sebenar pekerja, soalan yang dikemukakan tidak berkaitan dengan bidang pekerja dan sebagainya.

Untuk lulus PTK, kakitangan awam ada setengahnya terpaksa mengulang berkali-kali sampai tidak lulus2 juga.Ada yang lulus PTK sudah tidak bermakna lagi sebab sudah mendapatkan kenaikan gred baru secara KUP. Melepas juga mereka untuk merasa kenaikan gaji dalam gred sebelumnya.Sepatutnya bagi kakitangan yang menunggu masa untuk mendapat kenaikan gred secara KUP tak perlu lagi menduduki PTK  dalam gred sebelum kerana mereka hanya buang masa dan buang duit kerajaan sahaja.Setelah lulus,mereka tidak dapat apa-apa.

Keadaan ini amat membebankan kakitangan terlibat.Ada yang sampai 4-5 kali menduduki PTK,sampai bertukar gred tidak juga lulus [ lulus tahap III  gagal mendapat tahap IV ]. Untuk mendapat anjakan gaji,kakitangan awam perlu mendapat tahap IV untuk kedua-dua kertas PTK yang diduduki.Ada yang satu kertas dapat III,satu kertas lagi dapat IV.Ulang kertas yang dapat tahap kelulusan III sampai bertukar gred secara KUP,masih juga tidak lulus.

Saya ingin mecadangkan : Gaji kakitangan perlu berasaskan kemampuan melakukan banyak tugas dan banyak terlibat dalam pelbagai program pembangunan organisasi kerana hari ini terdapat sekumpulan kakitangan yang selalu mengelak kerja,alasan tak tahu, dah nak pencen, masih muda, tidak mahir jalan tak mampu untuk pi luar daerah, banyak kerja lain [ sedangkan entah apa kerja yang dibuat tidak nampak pun ], suami tidak izin kursus lama2, anak2 hantar taska,tadika susah kalau pi keluar jauh dari tempat kerja. Namun soal gaji mereka nak yang tinggi,nak gaji mahal.Bab kerja ada sahaja beri alasan.

Kedua :Asingkan antara tugas luar pejabat dengan dalam pejabat.Contoh guru, ada guru selalu membuat kerja lapangan seperti setiausaha sukan, jurulatih bola sepak sekolah atau jurulatih permainan yang lain.Mereka seringkali jarang ada di sekolah tetapi prestasi mereka dibandingkan dengan guru-guru yang asyik kat bilik darjah.Guru-guru yang sentiasa di bilik darjah ini pula langsung tidak terlibat dengan akitivi luaran seperti perkhemahan, atau membawa pelajar ke mana-mana pertandingan.Sedangkan guru-guru yang ditugaskan untuk kegiatan ko dan sukan ini masih diberi tugas untuk mengajar subjek teras.Namun markah  prestasi mereka tidak begitu memberangsangkan.Keadaan ini tidak harus berlaku.Untuk adil, biar semua guru terlibat dalam semua bidang,sukan dan akademik.Lihat dan pantau siapa antara mereka yang 'cemerlang',barulah markah prestasi mereka diberi.

Jika tidak,tidak adil untuk guru-guru yang bertungkus lumus meningkat program bersifat ko-akademik dan ko-kurikulum tidak mendapat prestasi cemerlang atau hampir cemerlang sedangkan kalau mereka ini tidak wujud,bagaimana semua program sukan dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah atau jabatan boleh dilaksanakan dengan jayanya?.Pendek kata staf yang terlibat dengan aktiviti luar bilik darjah perlu diukur sesama mereka, yang berdalam dalam bilik darjah bersaing sesama mereka.

Ketiga : Ada guru atau staf yang memang lembab dalam gerakkerja, baik dalam pejabat atau luar pejabat.Kakitangan seperti ini selepas terlepas tugas2 tertentu kerana bos atau pentadbir tidak yakin untuk memberikan mereka tugasan dibimbangi mereka tidak mampu laksanakan.Akhirnya yang menjadi mangsa adalah yang dikenalpasti boleh diamanahkan apa2 kerja.Hakikatnya mereka seperti ini akan keletihan sebab lepas dia, dia lagi dan dia lagi...orang yang memang lembab tadi tu asyik terlepas jer.Masalahnya yang asyik 'terkena' tadi tu tidak juga mendapat perhatian bos untuk kenaikan gaji dan pangkat.Mereka seperti menjadi mangsa keadaan.Keadaan ini juga patut mendapat pembelaan.

Keempat : Ada kakitangan mendapat kedudukan dan pangkat yang agak kanan tetapi tidak berfungsi.Disebabkan lebih senioriti maka mereka yang dipilih untuk menduduki jawatan yang agak tinggi namun kedudukan yang diraih tidak mampu dipikul seperti selayaknya.Mereka ini akhirnya mendapat kritikan pedas dan sinis berpanjangan.Situasi ini perlu diubah.Jangan melihat kepada kekananan jika mereka tidak mampu melaksanakan amanah yang diberikan dengan berkesan. Kalau mereka cuma lama bertugas, gred juga agak tinggi tetapi soal kerja masih merujuk itu dan ini dengan orang yang lebih bawah maka ini tidak sepatutnya terjadi.Bukan tidak boleh berbincang tetapi perbincangan yang berlaku seolah-olah menggambarkan sikap tidak mampu melaksanakan tugas yang sepatutnya mereka selesaikan dengan tahap pengalaman mereka selama ini.Keadaan ini jika berterusan maka peningkatan kualiti organisasi akan terbantut kerana kecekapan pekerja yang dilantik untuk menanggung tugas dan menjawat pangkat yang lebih kanan tidak mampu untuk memikulnya.Justeru, lebih elok jika kedudukan jawatan dan kenaikan gred dan pangkat tidak berdasarkan senioriti jika syarat itu membuatkan orang lebih bawah dilihat lebih berwibawa.

bersambung

1 comment:

  1. mana2 pun sekolah semua begitu...hanya mengharapakan guru yang boleh buat kerja sahaja..sehingga banyak tugas yang kena buat... itu.. ini.. sedangkan ada guru lain releks ja.. sebb tdk ada tugas langsung....bila tanya pentadbir.. alasan pentadbir..mereka tdk blh buat.. tapi sampai bila nak mengharap kepada guru yang boleh saja..apa2 pun semuanya bergantung pada pentadbir .....

    ReplyDelete