Saturday, October 30, 2010

KELANTAN MUNCUL JUARA...

Sang Kijang melompat riang
______________________________________________________
AKHIRNYA..SEJARAH TERCIPTA

Sejarah tercipta untuk Kelantan.Setelah puluhan tahun menanti akhirnya dibalas dengan cukup manis.Kejayaan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di pentas final  sebentar tadi cukup mengujakan semua rakyat Kelantan,dan penyokong serba merah yang memenuhi setiap penjuru stadium Bkt.Jalil. Kegagalan tahun lepas dan kecewaan bertahun lama menanti saat ini berbaloi jua akhirnya. Tahniah dan syabas kepada pasukan Kelantan,The Red Warriors akan terus dikenang selamanya oleh seluruh rakyat Kelantan.Esok dan hari-hari seterusnya akan mewarnai Kelantan.Mungkin piala kebanggaan bolasepak tempatan ini akan diarak ke seluruh pelusuk negeri. Kelantan akan makin disegani dan digeruni pasukan lawan selepas ini. Tahniah dan sekalung terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengurusan KAFA di semua peringkat.Tahniah kepada jurulatih pasukan dan semua pemain,baik anak Kelantan mahupun import,budi dan keringat anda akan dikenang seumur hayat. Kejayaan merangkul Piala Malaysia ini juga menjadi hadiah terbaik dalam bidang sukan kepada Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V.

Penulis adalah penyokong skuad The Red Warriors semenjak dari kecil..

Anafakir,11.56 mlm
30 OKTOBER 2010
 
 

No comments:

Post a Comment