Thursday, October 7, 2010

SEORANG GURU, sepatutnya..


GURU membentuk muridnya menjadi contoh

Seorg guru menjadi adat utknya memimpin pelajar utk berjaya.Guru penyuluh jalan buat anak didiknya utk menemui matlamat dan cita-cita.Mendidik dan memimpin putera puteri negara mewarisi kepimpinan hari ini.Tindak tanduk guru semestinya melambangkan martabat mereka sebagai seorg GURU.Cara berpakaian,cara berbicara,cara berjalan,cara bercakap dengan rakan sejawat,cara bercakap dengan para pelajarnya,adab memarahi pelajar,cara menegur pelajar,cara makan, malahan lebih utama ialah cara guru beribadah.Kesemua perilaku tersebut mesti menggambarkan mereka adalah guru.Martabat guru itu tinggi di mata masyarakat.Jika belajar tanpa guru diumpamakan belajar bergurukan SYAITAN,bayangkan betapa besarnya darjat seorg GURU.

Guru bukan insan2 biasa.Mungkin pada setengah org, guru itu tiada apa2 yg perlu dibanggakan.Segan dan malu utk mengaku diri mereka guru.Gah dan bangga kalau menjadi seorg tokoh korporat.Sedangkan seorg guru sentiasa menjadi syarat utama seseorg hamba Allah semasa menadah tangan berdoa.Kerjaya lain disebut secara umum sahaja.Jika guru sendiri tidak solat,tidak berkelakuan selayaknya sebagai seorg guru wajar mereka ini melepaskan jawatan tersebut kerana darjat guru bukan utk menjadi manusia yg kurang ajar,menjadi manusia seperti  ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul, bukan manusia yg cakapnya tidak serupa bikin atau bukan manusia kepalang ajar.

Guru adalah manusia mulia.Seorg insan yg mengajar tulis baca,mendidik manusia biasa2 menjadi seorg yg luar biasa.Seorg raja,seorg pemimpin negara,seorg peguam berjaya,seorg ulamak yg terkemuka semuanya ini bermula dari seorg guru biasa.Guru seorg seniman,dia berupaya membentuk rupa wajah anak bangsa.Dia menjadi agen pembangunan dan perubahan dalam masyarakat.

Guru perlu meletakkan dirinya seorg manusia yg sentiasa hampir dengan Allah.Dia wajar dan mesti berkeadaan begitu kerana seorg guru perlu memohon petunjuk dan bimbingan-Nya utk mendapatkan hidayah dan ilham utk melaksanakan tugasannya sebagai seorg pendidik.Guru perlu bersifat seorg pendidik.Mesti menunjukkan cara dan sahsiah yg mulia,harmonis seimbang antara ukhrawi dan dunia.Guru bukan mat rempit,guru bukan kaki cabul,guru bukan seorg penagih dadah,guru bukan kaki putar alam,guru bukan manusia jalang.Guru adalah mualim,guru adalah muadib,guru adalah mudarris,guru adalah mursyid,dan guru adalah mubaligh.Guru perlu bijaksana,perlu amanah,perlu siddiq.Guru BUKAN seorg PENTERNAK dia adalah seorang PENDIDIK.

Renung dan nilai diri.Andai kita seorg guru jgn munafik dengan diri sendiri.Wajar dan wajib,seorg guru lebih hampir dirinya dengan Allah.Berzikir,bermunajat sepanjang hayat kerana kata2nya kata2 keramat,kata2nya kata2 bermanfaat.Guru byk fikirnya,guru byk tangisnya.Dan guru byk doanya.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Tukar PANTUN ini menjadi;

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepada yg mengajar,
Bagai bunga kembang berseri,

No comments:

Post a Comment