Tuesday, October 5, 2010

JANGAN LUPA KEPADA YANG MAHA KAYA...

Kita mungkin sudah berharta,kita mungkin sudah kaya raya,kita mungkin sudah berjaya,kita mungkin sudah berjawatan besar,kita mungkin sudah berkereta mewah,kita mungkin sudah berumah mewah,kita mungkin saban tahun melancong ke mana2 negara di seluruh dunia.Malahan mungkin dalam setahun mampu melancong beberapa kali.Mengadakan jamuan dan berkenduri.Mengadakan rumah terbuka setiap kali raya mengalahkan menteri...namun apakah kita lupa,Pemberi kemewahan dan kekayaan kepada kita?Allah Yang Maha Kaya.Dia telah memberi kita kemewahan rezeki,harta kita melimpah.Namun kita masih lalai dan leka.Harta-Nya kita gunakan di jalan yg salah.Kita berjoli,kita berjudi,kita berbuat maksiat dgn segala harta benda yg kita ada.Kita mampu utk ke luar negara berulang kali tetapi kita seolah-olah terlupa utk ke 'rumah-Nya' mengerja umrah atau haji.Mcm2 alasan kita beri.Belum sampai seru,belum terasa nak ke sana,busy,sibuk menguruskan perniagaan dan mcm2 alasan lagi.Mengapa kita menipu diri sendiri?.Kita ingin menunggu sampai bila?Sampai harta kita tetiba ditarik kembali,kita mejadi papa baru kita teringat utk mengerjakan umrah @ haji?.Sudah terlewat kalau mcm tu.Masa kita berada inilah masa yg sesuai.Kita hadirkan diri ke 'rumah-Nya' utk beribadah dan mengucapkan syukur atas segala kurnia-Nya.Ingatlah,segala kemewahan,segala harta yg kita miliki hari ini adalah pemberian percuma dari-Nya.Jgnlah kita lupa pada DIA.Sujud dan syukurlah dgn apa yg kita perolehi dari anugerah-Nya.Datanglah ke 'rumah-Nya',ambillah masa,carilah peluang,bukannya selalu.Itu lebih mulia.Org2 miskin bercita2 siang malam utk ke sana sdgkan kita yg ditakdirkan kaya mencari pelbagai alasan utk tidak mahu ke sana,mengapa?.Apakah kerana banyak dosa?Apakah terasa masih banyak kesalahan yg dilakukan?Nah,kalau begitu,berubah segera kerana kita tidak mungkin TIADA dosa kerana kita manusia biasa.Pasti akan melakukan dosa cuma kalau kita makin jauh dari rumah-Nya maka kita akan begitu mudah,begitu berani utk melakukan dosa,tidak terasa kesan dan tidak rasa bersalah.Sebelum kita ditimpa malapetaka,kesusahan atau apa2 bencana,silakan...ambillah sedikit masa utk hadir beribadah pada-Nya.Itulah tempat paling mulia utk kita 'melancong',tempat suci,tempat mulia; KOTA MAKKAH AL-MUKARRAMAH dan MADINAH AL-MUNAWARRAH.Jgnlah kita terlupa,dari-Nya kita datang maka kepada-Nya kita akan kembali.

No comments:

Post a Comment