Thursday, October 14, 2010

SENGAJA CARI PASAL...

takde keje...

Inikah Melayu yang akan pertahankan hak mereka?...
bangsa lain sedang gigih berjuang untuk survival kaum mereka, orang Melayu leka bergaduh pasal sukan

Jika terbukti maka kedua-dua persatuan,FAS dan KAFA akan menanggung beban hasil sikap penyokong sendiri.Kekecohan dan pergaduhan antara dua penyokong membawa padah kepada persatuan masing-masing. KAFA terutamanya,sejak akhir-akhir ini terpaksa menganggung kerugian akibat denda dan kompaun yang dikenakan FAM selaku badan induk sukan bolasepak negara. Kawalan keselamatan yang tidak mencukupi memberi ruang kepada kedua penyokong terlibat dalam masalah seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Sebenarnya isu kekecohan ini boleh dielak jika kedua2 penyokong bersikap sabar dan tidak emosional.Datang ke stadium adalah untuk berhibur.Jika sebaliknya terjadi akan menjauhkan penyokong  yang benar-benar ingin memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.Sikap bergaduh ini juga akan menyebabkan stadium makin kurang penonton.Orang ramai menjadi takut dan bimbang dengan keselamatan mereka terjadi pergaduhan.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mempastikan penyokong kan memenuhi stadium memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.Pentonton yang bersikap kurang ajar dan bersikap samseng perlu dihalau dari memasuki stadium.Jika dibiarkan, potensi berlaku pergaduhan lebih cerah.Ada sesetengahnya, pergaduhan dapat dielakkan jika tidak ada provokasi.Kebanyakan penonton datang ke stadium semata-mata untuk berhibur sambil menonton bolasepak tetapi jika wujud unsur provokasi maka yang tidak ingin terlibat pun boleh terikut sama.

Terkini, kerana bimbangkan keselamatan, penyokong Selangor membatalkan hasrat mereka untuk ke Kelantan bagi mengharung perlawanan timbal balik kedua Jumaat ini.Sekali dengar seperti sudah hilang serinya.Sedangkan perlawanan lebih meriah jika ditonton oleh kedua-dua penyokong setia.Sikap yang tidak matang dan masih ketinggalan dari segi disiplin dalam sukan meletakkan negara kita di tahap paling rendah.

Ada baiknya jika selepas ini pasukan yang mempunyai penyokong yang suka bersikap ganas,kurang ajar dan selalu melakukan kerosakan maka pasukan tersebut perlu bertanding dalam stadium kosong. Paling tidak,pasukan tersebut dibuat lintas langsung sahaja biar penyokong setia melihat melalui kaca tv saja.

Jika di tempat lawan penyokong masih mampu bertindak ganas,tentu jika di 'kampung' sendiri mereka lebih agresif untuk bertindak di luar dugaan.Kalau di dalam stadium boleh dikawal, mungkin di luar stadium penyokong berkenaan boleh bertindak ganas merosakkan kenderaan atau harta awam.Elok-elok sukan itu boleh mengukuhkan persahabatan dan hubungan antara kaum sudah menjadi garis pemisah dan boleh membuatkan jauh hati antara penyokong.Jika tidak diatasi segera mungkin wujud unsur berdendam yang membawa kepada musibah yang lebih parah.

Perjalanan masih jauh.Piala Malaysia baru memasuki pusingan suku akhir, pergaduhan antara penyokong sudah terjadi.Jika Kelantan  berjaya mengorak langkah ke peringkat seterusnya, apakah peristiwa pergaduhan dan sikap kurang ajar tersebut boleh dielakkan.Tidak semua penyokong Kelantan itu jenis keras kepala dan kaki samseng tetapi segelintir itulah yang boleh mempengaruhi rakan2 senegeri untuk turut sama terlibat.Akibat provokasi melampau mungkin membuatkan rakan-rakan lain akan terikut sama.Tidak ada untungnya sikap jakun dan samseng tahi kucing ini kerana ia boleh memburukan nama negeri dan imej rakyat Kelantan yang lain.

Buat apa sengaja mencari pasal.Banyak rugi dari untungnya.Negeri Kelantan akan dianggap negeri yang mempunyai penyokong bolasepak paling kurang ajar.Rakan2 yan berkerja di luar Kelantan sentiasa disindir dan diperli oleh rakan2 dari negeri lain.Keadaan ini juga boleh mendatangkan api kemarahan jika sindiran melampau secara berterusan.Silap2,berlaku lagi pergaduhan.

Namun jika tidak ada lawan gaduh,lawan sorak,lawan maki, lawan provokasi sebenarnya pergaduhan boleh dielak.Rentetan pergaduhan antara penyokong Kelantan dengan Selangor sebenarnya melibatkan kesilapan kedua-dua penyokong pasukan. Tidak adil jika kesalahan akibat pergaduhan itu 100% diletakkan ke atas bahu penyokong Kelantan keran sikap penyokong Selangor juga memainkan peranan ke arah itu.Sudah disedari sejak dahulu,penyokong Kelantan ini tidak perlu kes besar untuk bergaduh,isu kecil pun boleh membuatkan mereka meletup.Mungkin tahap pendidikan dan asuhan agama yang kurang membuatkan mereka bertindak sedemikian.Kesian pula kepada rakan-rakan  yang terpaksa bertindak sebagai pendamai dan pelerai.Mereka yang berkenaan juga mengambil risiko,jika tidak berhati-hati mungkin niat baik mereka disalaherti yang boleh menyebabkan mereka pula cedera atau menjadi mangsa.

Sudah-sudahlah tu...kembalilah kepada semangat kesukanan yang sebenar.Jadikan sukan itu satu medium untuk berhibur dan melepaskan rasa tension.Sama2 bersorak gembira,kalah menang bukan penamat untuk berhibur.Pasukan kalah perlu terima kekalahan seadanya,pasukan yang memang jangan pulak meraikan kemenangan secara melampau2 kerena sikap itu akan menaikkan darah penyokong yang kalah.Ejek mengeje, caci maki perlu dibuang jauh2.Sikap negatif tersebut banyak membawa kerugian dan kerosakan. Hayatilah semangat sukan yang sebenar.


No comments:

Post a Comment