Tuesday, October 5, 2010

Ku Li atau kuli?

Tuan badan nun jauh di negara orang.Berada di London khabarnya.Belum balik.Masih berada di luar negara.Khabarnya pada 09 Oktober nanti akan kembali ke tanahair.Namun UMNO seluruh negara menunggu2 kepulangannya umpama bakal PM yg baru.Siap ada rombongan dan ketua rombongan.Begitu berharga dan bernilainya org bernama Tengku Razaleigh b. Tengku Hamzah ini kepada parti UMNO. Segala harapan dan niat sudah dilontarkan oleh pimpinan UMNO Pusat dan negeri.Terlalu mengharapkan beliau utk melunaskan hasrat di Dun Galas.Persoalannya kenapa sekarang?Kenapa tetiba nama Ku Li ini menjadi popular?

Terdesak sungguh nampaknya.Tidak sabar2 menanti kepulangannya ke tanahair.Namun utk merealisasikan hasrat itu,UMNO kena sorot kembali kisah dan sejarah lama.Apa yg mereka buat utk Ku Li.Pasti Ku Li tidak melupakan sejarah kerana beliau seorg yg belajar dari sejarah dan sentiasa mengambil pengajaran dari sejarah.Apakah UMNO sudah melakukan yg sepatutnya terhadap Ku Li selama ini?Tentang niatnya utk bertanding Presiden UMNO berapa banyak halangan dan tekanan utk ketua2 UMNO bahagian agar tidak mencalonkan Ku Li bertanding jawatan tersebut.Berapa byk hinaan dan kata cerca utk beliau?Berapa byk ketua2 kelompok tertentu diganggil 'mengadap' utk menidakkan hasrat Ku Li bertanding Presiden UMNO..masihkah pemimpin tertinggi UMNO ingat semua tu?Jika masih segar dalam ingatan maka lupakanlah hasrat utk melihat Ku Li menjadi Pengarah P'raya Dun Galas apatah lagi menjadi calon.Jauh panggang dari api.

Ku Li masih ingat segala perilaku yg UMNO pernah buat terhadap dirinya.Ku Li masih kuat ingatan,beliau bukan seorg yg nyanyuk atau Melayu mudah lupa.Ku Li masih seorg pemimpin yg unggul,masih memiliki idea dan karisma utk memimpin negara.Dia layak utk memimpin negara,bukan memimpin sebuah PRK DUN Galas.Melantik beliau menjadi pengarah seolah2 satu penghinaan atas hasratnya dahulu yg ingin bertanding jawatan Presiden UMNO.Ku Li seorang anak raja yg berjiwa rakyat. Nama singkatan Tengku Razaleigh dieja dua perkataan ;KU LI bukan satu perkataan kuli. Ingat tu.Dia masih seorang pemimpin bukan hamba kepada segelintir pemimpin dalam UMNO.

Dia masih membisu atas segala hasrat dan niat UMNO ke atasnya,dia masih tidak memberi apa2 komen yg menjurus kepada persetujuan namun org lain yg tidak berhak utk menjawab bagi pihak dirinya lebih sudu dari kuah.Macam2 pandangan dan pendapat dilontarkan seolah2 kepulangannya ke tanah air pada 09 Oktober nanti kepulangannya utk bertugas sebagai pengarah dlm PRK tersebut.

Sebenarnya kepulangan Ku Li adalah utk memberi senyum sinis kepada wajah2 yg tidak malu,wajah2 yg umpama melepas anjing tersepit,wajah2 yg layak diludahnya berkali2 kerana bijak bermuka2,talam dua muka atau talam entah apa jenis muka,mcm2 ada dlm UMNO.Ku Li akan memberi jawapan paling lunak tetapi pedih utk UMNO. " Saya sebenarnya sudah tua,saya ni dikira sudah melepasi garis sempadan utk memimpin UMNO,saya sudah pun org gelar veteran, saya tidak layak utk apa2 jawatan,kerana semua kerja2 saya,kata2 saya,keputusan saya selama ini,org bantah,org batalkan.Jadi saya rasa saya tidak layak utk melaksanakan tugas yg diberikan kepada saya utk PRK kali ini.Berilah kepada TPM atau yg setaraf dgnnya kerana saya ini bukan taraf mereka pun sebab saya ini org lama yg dikira lepas laku dalam UMNO." Amacam? jika itu kata2 yg Ku Li keluarkan utk kenyataan akhbarnya..pedih tak rasa?.Atau pun beliau menegas "Saya ni Ku Li bukan kuli"..agak2lah sikit utk bercakap tu.Jgn pulak kita ni dianggap tidak reti bahasa.". Rasanya jika ini ucapan yg keluar dari mulut Ku Li,mmg sah2 UMNO sudah kalah sebelum bertanding.

No comments:

Post a Comment