Monday, October 25, 2010

HUKUMAN KE ATAS SATHIANATHAN : Menghukum biarlah berpada.

Tindakan FAM menjatuhkan hukuman selama 6 bulan ke atas Ketua Jurulatih Kelantan ekoran kenyataannya terhadap akhbar berkaitan isu venue perlawanan antara Perlis da Terengganu begitu berat dan bersifat kejam. B.Sathianathan bukan orang baru dalam sukan bolasepak,beliau pernah membimbing pasukan kebangsaan.Banyak berjasa kepada pasukan bolasepak negara.Namun hukuman yang dikenakan ke atas beliau seperti ada dendam yang tidak sudah.

Menjatuhkan hukuman sebegitu berat bukan memberi kesan yang baik sebaliknya akan terus memalapkan masa depan sukan bola sepak negara.Selepas ini,mana2 jurulatih yg ingin menegur tidak akan berbuat demikian walapun teguran itu perlu demi kebaikan bola sepak negara.Mereka akan membisu dan tidak berani lagi untuk buka mulut.Nampaknya FAM sudah menjadi satu badan sukan yang punya kekebalan dan veto yg tidak boleh disentuh.Menegur atau mengkritik mereka seolah-oleh seperti menjual negara.Begitu besar kesalahannya.

Menghukum tu biarlah berpada dengan niat untuk mendidik bukan membunuh motivasi dan semangat mana-mana jurulatih tempatan.FAM hanya akan maju dan cemerlang sekiranya bersikap terbuka.Sedia menerima teguran baik secara rundingan atau pun melalui dada2 akhbar atau media massa yang lain. Pada saya,hukuman selama 6 bulan itu terlalu kejam.Tidak berperikemanusiaan,sepatutnya mereka yang rasuah atau kesilapan lain yang memburukkan imej negara perlu diambil tindakan keras.Setakat menegur sebuah badan induk bola sepak negara pun begitu berat tindakan dikenakan maka kesan kepada perkembangan bola sepak negara akan lebih muram selepas ini.

FAM sepatutnya tidak menghukum En. Sathianathan begitu kejam.Dalam keadaan beliau sedang merangka strategi utk Kelantan berhadapan dengan Negeri Sembilan di final 30 Oktober nanti,hukuman itu sedikit menggangu mindanya.Mengganggu tumpuan pemain2 Kelantan.Bila jurulatihnya tidak ada bersama di bangku pemain,tentu mereka merasa tidak begitu yakin dalam permainan.Kita bukan liga profesional, minda dan skill pemain tidak sehebat pemain bertaraf profesional.Mereka perlu kepada jerit pekik jurulatih di tepi padang.Bersederhanalah dalam menjatuhkan hukuman.

Jgnlah dianggap seperti ada udang sebalik batu dalam menjatuhkan hukuman kepada jurulatih Kelantan di saat2 mereka sedang bersiap sedia beraksi di final Piala Malaysia pada Sabtu ini.Kemeriahan yang dinikmati pasukan serba merah itu akan sedikit terencat.Apapun,mungkin itu satu lonjakan buat Kelantan utk mengalahkan Negeri Sembilan di final,bukan sahaja menebus kehampaan lalu malahan sebagai sindiran kepada FAM itu sendiri.

Hidup Skuad The Red Warriors!!!..gomo Kelate gomo.

No comments:

Post a Comment