Friday, October 15, 2010

AKHIRNYA...

KELANTAN  3 - 0  SELANGOR
________________________________________

Tahniah !!! Pasukan Kelantan dan penyokong The Red Warriors..
Syabas atas disiplin yang ditunjukkan kedua-dua pasukan.Sebagaimana yang tertakdir,Kelantan berjaya meneruskan langkahnya ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia edisi 2010 ini setelah berjaya menewaskan Selangor dengan cukup bergaya. Jaringan Nor Farhan Mahmood, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan  Mohd Badri Radzi [ Piya ]  cukup untuk menjamin tempat ke pusingan seterusnya buat Kelantan

Pujian juga harus diberikan kepada penyokong lautan merah Kelantan kerana menjaga tingkahlaku dan sikap mereka sepanjang perlawanan berlangsung.Semangat penyokong dan pemain juga begitu memberangsangkan. Diharapkan disiplin penyokong Kelantan akan kekal begini jika ingin melihat Kelantan memecah tradisi untuk julung-julung kalinya menjulang PIALA MALAYSIA.

GOMO KELATE GOMO...



No comments:

Post a Comment