Friday, October 22, 2010

PAK LAH 'hilang' kerana KJ,NAJIB tumbang kerana Rosmah.

Seimbas lalu_____
Jika masih angkuh dan berdegil maka tunggulah kenyataannya.Sejarah pasti berulang.UMNO pasca Mahathir, peringkat awalnya begitu kukuh.PRU11, tahun 2004, UMNO menang besar.Gegak gempita PWTC menyambut kemenangan KO mereka ke atas pesaing opposisi.Bergelak ketawa sampai subuh la org kata.Kalau mabuk memang mabuk tahap maksima, muntah hijau barangkali.Begitulah meriah dan seronoknya UMNO meraikan kejayaan mereka menewaskan pembangkang dalam PRU tersebut.Pak Lah begitu gah,Mahathir senyum sumbing,cemburu kerana rakyat rupa2nya memang benci tahap gaban, meluat yg amat2 sgt terhadap beliau.Kemenangan besar itu memberi singal, memberi isyarat betapa rakyat bencikan Mahathir. Kebencian itu berpunca sikap Mahathir yang telah memecat Anwar Ibrahim dari UMNO dan kabinet.Bermula sejarah itu,UMNO terus dirundung malang bertimpa.

Sejarah pasti berulang______
Sebaik pertukaran kuasa, dari Tun M kepada Pak Lah,UMNO mula dirapati,dikelilingi, dikerumuni semula oleh rakyat.Rakyat mula memuji,memuja, hormat dan sayang kepada ketokohan dan keilmuan yg ada pada Pak Lah.Rakyat mula masuk hati dgn sifat dan penampilan Pak Lah yg nampak lebih tulus,luhur, baik sangka dengan semua org hatta kepada musuh politiknya sendiri begitu menambat hati kawan dan lawan.PRU11 menjadi bukti, menjadi saksi akan kebenaran tersebut.Terkedu pihak pembangkang kerana hampir nyawa2 ikan,semput nafas mereka dek pukulan aura Pak Lah yg begitu menyesakkan nafas dan denyut nandi parti pembangkang.Kehebatan Pak La begitu terserlah, membuatkan parti pembangkang tidak senang duduk.Jika keadaan ini berterusan, pembangkang boleh lumpuh.Pak Lah terus ditutur di sana sini, menjadi imam, menjadi rujukan, menjadi kebanggaan UMNO.Pak Lah lah penyelamat hayat UMNO.Pak Lah berjaya meletakkan semula UMNO  di hati rakyat Malaysia yg berbilang kaum ini.Kemajmukan masyarakat Malaysia kembali bersatu,kembali bertaut setelah berpecah dan retak akibat2 tangan Tun M di era kuku besinya.

Namun, disangka panas hingga ke petang, hujan terlalu awal.Tengah matahari memancar2,sinarnya begitu membahang,mengeringkan kain2 di sidaian, memberi kelegaaan kepada tumbuhan utk berfotosintesis..tetiba, panas yg terik itu dihujani titisan air yg lebat.Gelombang tetiba berlaku.Hujan yang mencurah secara mengejut itu telah kembali meletakkan cuaca dan suasana kembali tidak selesa.

UMNO mula bergolak.Pergolakan itu berlaku kerana kaduk sudah naik junjung.Manusia bernama Khairy Jamaluddin atau lebih popular dgn gelaran KJ telah merubah suasana dalam UMNO. Kerukunan dan kedamaian yg baru dikecapi mulai terlerai.Rakyat mulai gelisah dgn sikap lebih sudu dari kuah, lebih lajak dari kayuhnya.Imej Pak Lah sebagai 'Mr. Clean' mulai kelabu.Semua tindakan,keputusan dan hasil kerja Pak Lah mulai dibayangi KJ.Rakyat melihat KJ lebih berkuasa menentukan semua keputusan dan bertindak mendahului Pak Lah sebagai PM.Rakyat mula mempersoalkan semua tindakan dan keputusan yang dibuat.Kalau betul keputusan itu dikatakan KJ yg uruskan,kalau salah Pak Lah disalahkan kerana membiarkan KJ [ menantunya ] membuat keputusan.

Dalam waktu yang sama, umum mula melihat prestasi Pak Lah mulai menurun, umum melihat keadaan ini terjadi kerana KJ lebih berkuasa.Budak tingkat 4 begitu sinonim dengan KJ.Budak tingkat 4 dikatakan mempunyai kuasa yg cukup digeruni oleh ahli UMNO dan menteri kabinet.Sehinggakan waktu itu,KJ mula menjadi buah mulut ramai.Buah mulut positif bagi pencacai dan penyokong KJ, buah mulut negatif bagi yg membenci dan musuhnya.Lama kelamaan imej Pak Lah makin merudum.KJ mula dihambat cemburu, ramai yg dengki dan berasa tidak senang duduk kerana KJ mulai memasang angan2 lebih besar, menjadi Perdana Menteri. Isu ini begitu heboh dibicarakan oleh semua peringkat.KJ mula mendapat tempat di media masa,baik atau buruk mengenainya disebarkan.

Namun,makin lama, imej UMNO,imej Pak Lah, dan reputasi KJ juga mulai menurun.Semua kesilapan atau kelemahan yang berlaku dituding kepada KJ.Akhirnya Pak Lah dilihat lemah,begitu naif utk menghalang menantunya itu dari mencampuri urusan pentadbiran negara.Makin dinafikan,makin rakyat menyakini bahawa memang wujud campurtangan KJ dalam pembuat keputusan.Musuh dalam UMNO mula memasang jerat.Tun M juga mula bersuara,mengutuk, mengherdik sehinggakan Tun M merasakan dia telah tersilap pilih penggantinya. Kecaman berterusan dari Tun M juga telah membuatkan imej UMNO dan Pak Lah makin bercelaru.KJ juga mula dijauhi.Penyokong dan pengkagumnya juga sudah mula merenggangkan diri.Masing2 mula mencari rakit baru utk bertenggek,mereka suka nampak tempat mereka berteduh bersama KJ bakal runtuh.

Menteri kabinet juga sudah mula lantang mengkritik setelah Tun M tidak berputus asa menentang Pak Lah dan KJ.Tun M sehingga mengisytiharkan dirinya keluar UMNO sebagai tanda protes.Keadaan ini makin mengharukan UMNO.Populariti Pak  Lah mulai merosot ke tahap yg begitu rendah,semuanya dikatakan gara2 KJ yg banyak merosakkan imej dan ketokohan Pak Lah.Ahli UMNO mulai meluat,menjauhi dan membenci pasangan 'dua beranak' ini. Makin hari makin teruk kedudukan mereka. Cengkaman politik makin terurai.

Musuh luar dari parti bersaing,mula membuat pelbagai tuduhan,fitnah atau membongkar segala kelemahan yang ada, semata2 utk meruntuhkan kekebalan UMNO selama ini.Penentangan dari dalam parti terhadap Pak Lah  dan KJ juga makin menular,rakyat yg menyokong UMNO juga makin melahirkan rasa kecewa mereka dengan keeadaan yang berlaku.Pengkagum UMNO dan Pak Lah juga sudah berubah nada.Masing-masing mula memainkan peranan utk mempastikan Pak Lah dan KJ dijatuhkan.Sehinggalah PRU12, UMNO pula hampir nyawa2 ikan.UMNO kalah 5 negeri,gagal utk tawan Kelantan.

Kemuncaknya, Pak Lah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib. Bermula cerita baru,bermula skrip baru, bermula pula isu seperti Pak dgn KJ, bila DS Najib pula dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Syaribu. Najib pula dikatakan 'takut bini' Najib pula dikatakan memberi muka keterlaluan kepada isterinya utk campurtangan dalam urusan parti dan kerajaan. Rosmah pula sudah seperti watak KJ dalam kabinet Najib.Rosmah begitu kuat pengaruhnya.Rosmah dikatakan banyak pengaruhi keputusan Najib dalam perkara2 tertentu.Sehinggakan NKRA itu merujuk kepada Najib Kerja Rosmah Arah. Begitu cepat mereka yg tidak suka Rosmah membuat pelbagai sinonim dengan sebarang idea dan program Najib.Rosmah mula berkuasa.

Tidak mustahil menjadi kenyataan__________
Andai keutuhan UMNO pasca awal selepas era Mahathir, UMNO begitu kuat bersama Pak Lah,gelombang kebangkitan UMNO bersama rakyat begitu hebat.Ini kerana rakyat mula kembali mengerumuni UMNO setelah Mahathir  meninggalkan kuasanya.Namun selepas itu UMNO dan Pak Lah juga ditunjuk jalan utk 'bersara awal'.Ini semua angkara kesilapan Pak Lak mengurus kuasa dan mengurus gerak geri menantunya KJ.Akhirnya Pak Lah diberi tempat duduk begitu jauh dari kerusi Speaker Parlimen.Najib ambil tempat yg memang sekian lama dia idam-idamkan.Dan nampaknya kedudukan Najib akan menemui jalan penamat. Melihat arus yg bergerak,seolah2 sudah ternampak riak2 bahawa Najib akan mengikut jejak Pak Lah.Kerusi PM akan bertukar dgn orang lain,setakat ini mungkin TS Muhyiddin bakal pengganti.

Keadaan ini mungkin menjadi kenyataan jika memang benar NKRA [ Najib Kerja Rosmah Arah ] benar pada hakikatnya.Suara2 mula timbul sayup2 dari kejauhan menusuk telinga rakyat bahawa Rosmah lebih berkuasa dari para menteri kabinet malahan mungkin mengambilalih tugas Najib dalam hal2 tertentu.Nampak gaya, rentak Rosmah mula 'meniru' gaya dan fi'il KJ sewaktu era Pak Lah. Andai Najib memberi ruang,memberi muka,membiarkan sahaja Rosmah bertindak seperti didakwa,maka Najib akan sedar apa itu maksud bersara awal.Langkah Najib yg berpayung, bersambut, berpengiring, mendapat pujian di mana akan tamat lebih awal. Mendung makin menampak wajahnya.Langit yg cerah sudah mula membawa gumpalan awan yg agal tebal dan begitu gelap.

Awas!!!..jika terus membiarkan persepsi dan spekulasi mengatakan Rosmah campurtangan dalam urusan negara, lebih sudu dari kuah, lambat laun UMNO akan berpecah dan retak semula.Pemimpin dalam UMNO akan mula menunjuk reaksi tidak suka kepada kepimpinan tertinggi khususnya style pengurusan Najib dalam UMNO dan kerajaan.Senario ini akan lebih parah jika Tun M mula menyerang sepertimana beliau menyerang Pak Lah. Dan jika Tun bersuara, KJ juga akan turut melompat membuka langkah, keris dihunus menentang Najib,langkah dan bunga silat penuh makna akan ditarikan selagak gayanya.Memberi isyarat utk palun berundur buat Najib.Andai Rosmah terus membuktikan cakap2 orang ramai itu benar,maka suara Najib dalam majlis perasmian bertaraf mega tidak akan lagi bergema.Najib bukan lagi insan yg dihormati.Najib akan terpinggir dek kerenah isterinya sendiri.

Hari ini, media masa memaparkan betapa Rosmah sudah seperti seorang menteri,rugasnya sebagai seorang isteri kepada PM sudah terlampau.Perilakunya bukan seperti isteri kepada PM tetapi ia melepasi batas itu,ia lebih memungkinkan Rosmah adalah satu manusia yg mengetuai satu kementerian yg hampir sama dengan jawatan PM dari sesi kuasa dan vetonya.Dalam setiap program yang dihadiri Najib,pasti Rosmah juga ada program tersendiri.Dia perlu diberi ruang dan sambutan seperti menteri bukan berada di samping suami dalam majlis yg memang khusus untuk Najib lunaskan.Namun ia tidak kelihatan seperti itu bila Rosmah juga ada agenda sendiri.Ada dua program sama penting dalam waktu yang sama.Najib ke hulu,Rosmah ke hilir.Najib ke hilir ,Rosmah pulak ke hulu.Datang bersama dan balik bersama cuma program masing-masing.

Keadaan yg dipamirkan itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan di setiap benak yg hadir.Ini tidak sihat.Dan andaikata tingkah laku KJ diulang semula oleh Rosmah,alamatnya Najib pun akan berundur awal.Walaupun penafian diberikan namun jika realitinya kelihatan Rosmah seperti didakwa,lambat laun rakyat akan terpengaruh.Rakyat akan mula 'memberontak' terhadap UMNO.Pemimpin tertentu yang tidak mendapat tempat di hati Rosmah juga akan menentang,mereka yg selama ini tidak disukai Rosmah juga akan mula mengeluarkan taring walaupun kesan cakarnya tidak begitu menyakitkan tetapi jika sering mencakar,kesan2 luka itu akan memberi bekas.Boleh merosakkan permukaan yg licin dan berseri. Kelangsungan Najib sebagai PM akan cepat terhenti.Najib tidak akan popular jika membiarkan Rosmah benar2 seperti  lebih berkuasa darinya.

Sepatutnya Rosmah tidak bertindak begitu.Contohi sahaja Tun Hasmah danTun Jeane Abdullah,mereka ini tidak menonjolkan diri melampaui sisi suami mereka yg bergelar Perdana Menteri,mereka menjadi pelengkap,menjadi penyeri kepada gerak kerja suami bukannya menjadi pesaing dalam setiap program yg dihadiri suami.Menjadi berlawan2 sambutan untuk suami dan isteri.Suasana seperti itu tidak sepatutnya berlaku.Andai berlaku, nampak sangat janggal dan tidak manis di pandang mata ramai.

Rosmah boleh memendekkan usia pemerintahan Dinasti Najib dan kroninya.UMNO seringkali bergolak.Setiap era pemerintahan akan wujud pertentangan antara ketua dengan timbalan.Kewujudan itu walaupun cuba disembunyikan,tetap meruap ke permukaan.Ketenangan yg cuba dizahirkan akan tetap nampak berkocak.Jika bekas air itu makin dikocak maka lagi cepat dia melimpah keluar.Jika daya goncang itu tidak dihentikan segera mungkin riak2 perpecahan yg cuba disimpan akan terburai seperti perut dirobek pedang samurai.

Sejarah hampir berulang_________
Melihat kepada apa yg terjadi hari ini, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara, acap kali terdengar rakyat mempertikaikan sikap Rosmah yg dikatakan terlebih sudu dari kuah.Mengada dan mengalahkan seorang menteri kanan dalam urusan negara.Maknanya rakyat sudah mula menilai, rakyat sudah mula celik bahawa Rosmah seperti akan menjadi seperti KJ semasa Pak Lah berkuasa. Perlu diingat, Tun M pun sudah mula membuka mulut memberi signal dan sindiran akan mutu pentadbiran Najib.Jika tidak berhati2,kelantangan Tun M akan lebih vokal dan berapi kerana perlu diketahui setiap kali Tun membuka mulut mengkritik akan ada sahutan dari bekas2 pimpinan UMNO yg masih berpengaruh, pemimpin dalam parti akan terheret  sama untuk bersuara.Dan segala ktirikan dan suara menentang itu akan memberi impak tidak elok kepada UMNO.Lebih2 lagi jika disambut pula oleh parti pembangkang,lagilah memusar gelombang dan permukaan yg tenang sudah tidak mampu diheningkan lagi.

Najib akan tempang dan tumbang dari kerusinya hanya gara2 kerenah isteri sendiri.Sepatutnya Najib kena sedar dan tersentak sedari awal sebelum keadaan menjadi parah.Najib kena ingat, eranya kini sedang bersaing dengan pengaruh pembangkang yg makin merebak,mendaya dan progresif.Kedudukan pembangkang dalam peta politik negara makin menghijau,makin subur,makin merimbun.Selain itu, sokongan kaum Cina, India dan lain2 bangsa kepada pambangkang makin meningkat maka ini akan lebih menyukarkan kerja dan tugas Najib.Serangan pembangkang akan lebih berbisa jika menggunakan anak panah bernama Rosmah utk memanah Najib dan kabinetnya.PRU13 makin hampir, semua kelemahan dan cerita2 dalam kain sarung UMNO-BN, cerita2 dalam kain sarung pemimpinnya pelbagai peringkat sedang dikumpul.Semuanya ini akan 'dicampak' ke khalayak untuk dinilai.

Sekiranya apa yg tercampak itu mmg mampu menyakini hati dan mata rakyat maka sahlah UMNO akan sekali lagi berdepan tugas getir utk merebut negeri yg hilang apatah lagi utk bertahan dgn kuasa yg ada.Silap percaturan Putrajaya akan bertukar pemilik.Najib jgn terleka.Jgn termakan cakap2 pencacai dan pembodek,Najib harus ingat, PRU tahun 1999 beliau hampir pencen di parlimen Pekan.Andai Najib terleka lagi dalam perjalanan menuju PRU13 nanti,tidak mustahil bukan sahaja Najib tersungkur tetapi kuasa pemerintahan juga akan berpindah tangan, kerusi di parlimen pun beralih tempat.Semua kerumitan yang bakal melanda sebenarnya lebih kepada punca utamanya iaitu Rosmah.

Jgn biarkan Rosmah menjadi KJ,menyebabkan UMNO bukan sahaja menjadi nyawa2 ikan malahan mungkin teruk dari itu.UMNO dan sekutunya mungkin akan menjadi pembangkang selepas PRU13.Mungkin UMNO merasakan mustahil tetapi setiap yg dianggap mustahil selama ini sudah tidak kebal lagi sebab satu persatu kuasa UMNO-BN terlerai dari cengkaman. Jangan sudah terhantuk baru tengadah,jgn seperti  nasi sudah menjadi bubur.Sediakan payung sebelum hujan.Berjimat sebelum kena, sediakan pendayung sebelum berkolek.Arus semakin deras, hujan semakin lebat. Jika tidak " Pak Lah hilang kerana KJ, Najib tumbang kerana Rosmah" menjadi kenyataan.
ekian untuk renungan bersama
Sekian, sekadar renungan bersama

No comments:

Post a Comment