Thursday, October 7, 2010

PRK DUN GALAS : Suatu perangkap atau penghormatan?

SEKADAR RENUNGAN__________________________________

PRK DUN Galas adakan diadakan pada ;  04 NOVEMBER 2010   nanti. Penamaan calon pada 26 OKTOBER  ini.

Dalam tempoh seminggu berkempen pastinya segala keburukan,kebusukan,angkat bakul, mencerca, memfitnah, 'gula2' pilihanraya, projek mee segera atau projek ekspress, janji2 munafik, pembodek,  pencacai, lintah darat, 'broker' politik haram, ahli politik bacul, serta pelbagai simbol dan lambang yg boleh dilabelkan kepada ahli2 politik sewaktu PRK menjelma.

Hakikat ini memang berlaku di mana2 PRK. Selalunya begitulah.Kenyataan.Selepas habis PRK,semua sawa2 kekenyangan itu akan lena sekejap menunggu dan 'mendoakan' ada lagi YB yg akan meninggal dunia atau meletak jawatan.

Isu utama yg ingin diutarakan dalam ruang ini ialah apakah pemilihan Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihanraya atau mungkin juga menjadi calon PRK Dun Galas itu satu PENGHORMATAN atau Satu PERANGKAP utk beliau?.Memandangkan selama ini tokoh veteran ini seolah2 dilupakan dari arus perdana.Macam2 tohmahan,kritikan,label, kata2 nista dikeluarkan utk beliau.Macam2 sindiran yg kedengaran.Kata2nya langsung tidak mahu didengar oleh pimpinan tertinggi parti.

Tetiba tanpa ribut,tanpa petir terkeluar dari mulut TPM, Ku Li dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya utk PRK DUN Galas.Kemudian keluar pula cadangan,bahawa Ku Li adalah calon paling layak utk bertanding di situ.Apakah cadangan2 ini benar2 ikhlas,benar2 jujur atau benar2 satu penghormatan utk Ku Li?.Ini satu isu yg wajar direnung bersama.Paling mustahak oleh batang tubuh Ku Li sendiri.

Dari jauh,saya melihat pemilihan Ku Li mungkin satu anugerah di hujung senja buat beliau.Mungkin ini menjadi batu loncatan utk beliau meletakkan semula namanya dalam senarai pemimpin yg boleh diberi peranan utk menerajui parti.Mungkin kalau Ku Li menang di Dun tersebut,PM perlu memikirkan satu jawatan penting di peringkat negara kerana Ku Li juga adalah ahli Parlimen utk Gua Musang.Wajar diberikan anugerah jawatan tertentu kerana jasa beliau yg menaikkan semula roh atau semangat juang UMNO di Kelantan.Selama ini UMNO Kelantan umpama melukut di tepi gantang.

Namun dalam garis yang sama,saya mungkin sedikit 'jahat' kerana pemikiran menyonsang saya melihat pemilihan Ku Li tersebut satu agenda utk pembunuhan karier politiknya lebih awal.Mungkin 'hukuman' utknya yg bersekongkol dengan kerajaan negeri menuntut royalti minyak.Suara beliau dalam isu royalti itu sedikit sebanyak terkesan kepada UMNO dan menempelak Petronas itu sendiri.

Bayangkan,Ku Li kini seorg MP Gua Musang.Kemudian jika benar beliau dicalonkan utk PRK tersebut dan beliau menerimanya, saya melihat ini mungkin satu faktor penting utk kemenangan UMNO.Namun dalam waktu yg sama cuba fikirkan jika Ku Li tewas.Mungkin ramai yg menafikan kemungkinan ini atas alasan Gua Musang dan sekitarnya umpama 'milik' mutlak Ku Li.Seolah2 dialah raja yg memerintah di Gua Musang.Kata2nya merupakah satu titah seorg raja.Pantang menderhaka.Itu mungkin boleh diterima kerana beliau menang di sana sejak tahun 1960-an lagi.Sehingga kini dia tetap unggul.Cuma sedikit renungan utk penjenguk blog ini,cuba lihat keputusan PRU12 yg lalu.Jika rakyat Gua Musang menghormati Ku Li,tak mungkin mereka membiarkan calon UMNO tewas di tangan calon PAS.Keduanya, mungkin rakyat Dun Galas sengaja nak jaga air muka Ku Li,jika tidak mungkin 3 DUN dalam Gua Musang itu milik PAS.

Kemenangan Ku Li utk kerusi parlimen juga mungkin 'rancangan' rakyat Gua Musang supaya Ku Li lebih berfungsi di peringkat tertinggi,Peringkat negeri biarlah PAS yg uruskan.Dan jika Ku Li dicalonkan utk Dun Galas ini,rasanya tak mustahil Ku Li boleh kalah. Kekalahan beliau nanti akan terus memalapkan masa depan politiknya sendiri.Akan membenarkan semua kata2 sinis dari kalangan pemimpin UMNO sendiri.Beliau wajar bersara awal,berehat terus dari politik,usahlah kacau daun dalam UMNO,usahlah berangan2 jauh dan mcm2 lagi.

Dan kemenangan di kerusi parlimen utk memberi penghormatan padanya.Jika ikutkan rasa hati rakyat mungkin parlimen Gua Musang juga tewas dlm PRU12 yg lalu,namun rakyat Gua Musang ada sikap 'malu aloh' dgn Ku Li.Tahu mengenang budi.Tahu menjaga hati org tua.Tahu melihat betapa jasa2nya banyak utk rakyat Kelantan dan Gua Musang khususnya. Begitulah selalunya rakyat Kelantan berpolitik.Mereka ada ilmu 'taksir'. [ Pemimpin UMNO negeri sahaja yg menganaktirikan rakyatnya sendiri ]

Berbalik kepada isu pemilihan Ku Li sebagai pengarah p'raya; hanya kemenangan  sahaja yg perlu Ku Li raih.Tidak selain itu.Jika tidak,apa tujuan perlantikan beliau?Kalau utk kalah,Dr.Awang Adek boleh dilantik atau sesiapa sahaja. Pasti perlantikannya itu utk kemenangan mutlak.Cuma apakah jaminan bahawa 'karisma' Ku Li masih ada di sana?.Apakah kemenangan calon Pas dalam p'raya lalu adalah muktamad?. Bermaksud siapa pun yg bertanding di Galas,kemenangan hanya utk calon PAS.Sanggupkan Ku Li mencemar 'duli' jika beliau tewas?,banyak buruk dari baiknya.Kalau menang itu lain cerita.Dan apakah jika Ku Li menang,pemimpin UMNO akan memberi merit utk beliau?atau ada suara lain,dgn lagu lain mula berkumandang mendabik dada kemenangan itu kerana faktor UMNO yg pimpin DS Najib sudah diterima rakyat Kelantan.

Pada saya,elok benar kalau Ku Li mendengar cakap penyokong setianya.Lebih molek memberikan kepada org lain utk apa2 jawatan penting dalam PRK tersebut.Ku Li sekadar penasihat sahaja.Tempat merujuk dalam hal2 logistik dan kata2 nasihat utk menjaga adat berkempen di.'negeri' nya itu.Kalau apa2 terjadi terutama yg negatif,Ku Li tidak terpalit.Bayangkan jika benar PAS meletakkan calon dari kalangan orang Asli melawan Ku Li.Kalau menang pun memalukan,kalau kalah lagi memalukan.Terpampang di dada akhbar,anak raja,tokoh UMNO,pemimpin berkaliber dalam UMNO tersungkur di kaki anak orang  Asli.Sanggupkah Ku Li menghadapi semua itu?. Janganlah sudah jatuh ditimpa tangga.Menghinakan.Ingat,dalam politik pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

Kalau benar UMNO ingin memberikan penghormatan kepada Ku Li buatlah cara lain.Jgn menjadi umpama telunjuk lurus kelingking berkait.Ku Li bukan satu barang dagangan,utk dijual beli di pasar2 tani atau pasar2 malam.Beliau bertaraf lima binatang. Mentang2 melihat Ku Li seorg yg 'amat baik hati ' maka kita makan dia dalam baik.Berilah penghargaan yg terbaik buat Ku Li. Jangan tunggu beliau sudah tiada di dunia barulah keluar mcm2 kenyataan memuja,memuji beliau.Satu kehilangan yg amat besar utk negara,sukar di cari ganti,tokoh politik berwibawa kononyan, sdgkan semasa hayatnya,beliau terpinggir,di pandang sebelah mata pun tak mahu.Jgn jadi manusia hipokrit.Sepatutnya,selagi hayat beliau masih ada berikan jawatan yg sesuai dengan pengalaman dan ketokohannya dalam politik.
Sejarah telah membuktikan,ramai tokoh dalam UMNO bila habis manisnya,sepah dilempar merata-rata. Suara2 keramat bekas pemimpin ini hanya berguna dan keramat semasa mereka dalam jawatan mereka sahaja,selepas itu nilai suara mereka lebih murah dari suara seorang pekerja Bangla yg menjadi budak suruhan di warung2 pusat membasuh kenderaan.Adakalanya kena maki oleh rakan2 yg basuh kereta,ada kalanya kena sembur air dari paip basuh kereta.Kadangkala kena baling dgn batu2 kecil.Kadangkala ditenyeh2 kepalanya.

Ku Li lebih arif.Jika apapun keputusannya,beliau tetap seorg ahli politik terhormat.Sukar utk mana2 ahli politik menyamai rekodnya. Pengorbanannya utk rakyat,parti dan dirinya sendiri begitu besar.Lihatlah sejarah perjalanan politiknya.Dia sedia berkhidmat utk rakyat walaupun menongkah arus prinsip partinya sendiri.Dari UMNO, kemudian kepada Semangat 46, kemudian UMNO semula.Bersama PAS menuntut royalti minyak dan mcm2 lagi kerja ibadahnya yg tersembunyi.

Ku Li adakah satu nama berdarah 'kuning' bukan kuli yg boleh diperbodohkan.Ku Li dieja dengan dua perkataan bukan satu perkataan[ kuli ].Faham itu sudahlah.

No comments:

Post a Comment