Saturday, October 30, 2010

MUSIM ORANG KELUAR PARTI

Sejak sekian lama,setiap kali ada pilihanraya kecik [ PRK ] pasti akan ada berita penyokong parti akan bertindak keluar parti masing-masing.Masalahnya isu keluar parti ini hanya melibatkan penyokong pembangkang sahaja.Jarang kedengaran penyokong UMNO-BN mengumumkan keluar parti malahan boleh dikatakan langsung tidak ada. Senario ini selalu berlaku bila adanya PRK baik peringkat Dun atau parlimen.Menjadi tanda tanya ialah bila keputusan diumumkan, UMNO-BN kalah juga.Jika benar penyokong pembangkang keluar parti mengapa pembangkang masih menang dalam pertandingan tersebut?.

Pada penulis,isu keluar tidak menjadi faktor kekalahan parti kecuali jika berlaku undi ptotes,itu yang lebih ditakuti.Jika penyokong memihak lawan sewaktu mengundi maka keadaan ini perlu dirisaukan. UMNO lebih suka bermegah kerana berjaya menarik penyokong lawan menyertainya sedangkan undi protes dari ahlinya sendiri begitu banyak terjadi.Paling ditakuti ialah penyokong yang mengisytiharkan keluar parti itu pun masih mengundi parti lama mereka dalam pilihanraya.Ini lagi teruk.Mungkin pengundi berkenaan makin bijak.Mengsiytiharkan keluar parti,dapatlah sedikit habuan tanda 'terima kasih' tetapi mereka ambil apa yang diberi namun undi masih kekal untuk parti lama.Hati mereka tetap dengan parti asal cuma zahirnya sahaja menyokong parti baru.Hahahahaaaa..nampak gayanya UMNO menang dari segi menarik penyokong lawan untuk mengumumkan keluar parti sahaja tetapi gagal mempastikan mereka mengundi UMNO dalam pilihanraya.

Hari ini UMNO berjaya menarik ratusan penyokong PKR dan SAPP di Batu Sapi untuk mengisytiharkan keluar parti. Majlis penyerahan borang keahlian disiarkan dalam media masa,selalunya TV3, RTM atau mana-mana media arus perdana akan membuat liputan berkaitan perkara ini. TPM bersama penyokong kononya ahli2 parti PKR dan SAPP menyerahkan borang keahlian mereka untuk menyertai UMNO. Sesunguhnya taktik ini sudah lama dijangka.Para penulis blog sudah lama meramal akan kejadian ini bakal berlaku.Tidak hairan sama sekali.Musim PRK seperti ini, selalunya berita penyokong tinggalkan parti masing-masing akan terus berlaku. Namun ia tidak menggugat  keutuhan parti asal mereka.Lebih pelik bila parti yang dikatakan kehilangan penyokong itu masih mampu menang.Siapa undi mereka?Penyokong UMNO,atau penyokong yang 'berpaling tadah' tadi itu masih mengundi parti kesayangan mereka?.Jika begitu,yang tertipu adalah UMNO.Mungkin helah untuk melemahkan pihak lawan yang dilakukan UMNO itu menjadi senjata makan tuan.Undi simpati atau undi protes senyap ahli2 UMNO sendiri masih menyeberang ke parti lawan terus terjadi.

UMNO perlu memikirkan pendekatan lain selain menghebohkan penyokong pembangkang telah keluar parti.Keadaan ini tidak banyak membantu UMNO untuk menang dalam PRK. Sedangkan hakikat sebenar mereka yang keluar parti itu tidak mengundi UMNO,mungkin undi mereka masih untuk parti asal mereka.Jika begitu,tidak perlu lagi ahli parti,UMNO hendak mendakwa semua penyokong PKR atau SAPP keluar parti pun tak apa sebaba bila hari mengundi mereka masih menyokong parti pembangkang malahan ahli UMNO juga turut mengundi parti lawan.Oleh itu, yang penting untuk difikirkan ialah undi dari rakyat bukannya berapa ramai yang keluar parti.Nampaknya UMNO makin dijauhi rakyat.Macam-macam cara UMNO lakukan, rakyat masih bermain teka teki dengan UMNO.UMNO beranggapan mereka berjaya memerangkap lawan rupa-rupanya pengundi yang mempermainkan UMNO.Bijak,bijakkkkk!!!!..

No comments:

Post a Comment