Friday, October 1, 2010

HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI...

Berlaku pecah amanah apabila 10 anggota polis termasuk seorg berpangkat Inspektor disyaki mencuri 40kg daripada 753kg dadah syabu yg bernilai RM254juta.Walaupun mereka sudah diambil tindakan tatatertib tetapi perilaku mereka yg terlibat amat2 memalukan.Mereka sewajaranya dihukum seberat yg boleh.Mungkin juga hukuman mati mandatori sbbnya jika mereka ditemui membawa 40kg dadah tersebut oleh pihak polis,mereka sebenar dikira bersalah.Bukan setakat mencuri tetapi membawa dadah seberat itu adalah satu kesalahan besar.Lebih2 lagi mereka anggota polis.Patutnya hukuman lebih berat utk mereka.

Pecah amanah yg melibatkan mereka yg diberi tanggungjawab utk menjaga keselamatan negara adalah satu sikap yg tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana dgn sikap tersebut,pesalah yg ditangkap terlepas.Melepaskan penjenayah umpama melepaskan anjing tersepit.Sengaja mencari nahas.Sikap anggota polis tersebut sekali lagi menimbulkan tanda tanya apakah mereka diupah oleh pihak2 tertentu dgn niat utk melepaskan pesalah yg ditangkap.Pelbagai tanda tanya dan kemungkinan boleh timbul...itulah akibatnya bila harapkan pagar,pagar makan pagi.

No comments:

Post a Comment