Sunday, October 24, 2010

SOKONGAN BIAR 'SENGOTI' [ JUJUR ]

Jangan sokong membawa rebah
PRK Dun Galas dan PRK Parlimen Batu Sapi akan berlangsung serentak pada 04 November ini.Esok,25 Oktober adalah hari penamaan calon bagi kedua2 tempat tersebut. Esok akan menampakkan bayangan sebenar kepada perhitungan terakhir menjelang hari pengundian nanti. Kekuatan sokong dan kebijaksanaan jentera kempen sebenarnya sudah dapat dilihat dalam kehadiran dan perarakan calon ke pusat penamaan calon masing-masing.Diharap tidak ada apa-apa kekecohan atau protes yang membawa kemungkinan mana-mana calon gugur kelayakan bertanding.Pergaduhan antara penyokong juga diharap tidak berlaku.Sikap provokasi melampau juga dapat dielakkan.Bertandinglah dalam suasana aman, harmoni dan penuh semangat kekitaan.Penuh ukhwah.

Para penyokong juga biarlah yang terzahir, itulah yang batinnya.Bercakap sama dengan bikin.Jangan sokong membawa rebah.Menang sorak kampung tergadai.Puas pemimpin berkempen, puas jentera kempen bersengkang mata memujuk,merayu agar mengundi calon masing-masing.Namun bila tiba hari pengundian, tetiba telunjuk lurus kelingking berkait.Di sangka menang tetapi kalah.Itu yang memilukan harapan parti dan calon.Kalau tidak puashati,tidak suka kepada parti atau pemimpin tertentu salurkan melalui parti bukan bertindak munafik dengan boikot atau menyokong parti lawan semasa pengundian.Jika tidak puashati, buat keputusan secara terus terang,nyatakan pendirian segera, jangan khianati kepercayaan parti dan pemimpin.Jangan jadi Abdullah b. Ubai.Sokongan yang terzahir biarlah sengoti.Biar jujur.Jangan protes semasa waktu pengundian.

No comments:

Post a Comment