Saturday, October 23, 2010

GELOMBANG MERAH TERUS MEMBARA...

Penyokong Kelantan
[ Baju Melayu rasmi skuad Kelantan - sekadar cadangan ]
_________________________________________________
Kelantan 1-0 Kedah

Tahniah!!!.Syabas kepada skuad The Red Warriors,sekali lagi berjaya melangkah ke final Piala Malaysia.Semoga tahun ini, skuad serba merah ini dapat menebus kesilapan tahun lalu kerana tahun ini mereka akan bertemu lawan yang sama,Negeri Sembilan.Edisi 2009/2010 yang lalu Kelantan bermain di bawah tahap permainan sebenar.Kelantan seperti sengaja menempah kekalahan jika dilihat kepada permainan yang ditunjukkan dalam final tahun lalu.Diharap tahun ini mereka berubah watak.Berwatak sang juara sepertimana mereka mengalahkan Selangor pada 2 minggu yang lalu.

Semoga kesilapan tahun lepas tidak berulang.Kelantan perlu menampilkan skill dan permainan yg kemas jika ingin mencatat sejarah,julung2 kalinya Piala Malaysai dibawa ke Negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah Serendah Sekebun Bunga, Serambi Mekah,Kelantan Darul Naim.Meraikan tahun bolasepak Kelantan pada tahun ini.

Tahniah kepada pengurusan pasukan Kelantan dari sebawah2 kepada setinggi2 jawatan dalam KAFA dan juga pentadbiran negeri Kelantan.Semoga semarak sokongan melaut merahnya penyokong setia Kelantan pada perlawanan akhir nanti akan terus membakar semangat pemain Kelantan untuk membuktikan mereka sebenarnya tidak bernasib baik pada tahun lalu,Dan tahun ini, 2010 ini diharapkan menjadi milik pasukan bolasepak Kelantan.Kelantan dinobatkan sebagai JUARA PIALA MALAYSIA.
 
Itu yang diharapkan oleh setiap anak Kelantan walau di mana jua mereka berada. Itulah menjadi doa semua anak Kelantan agar Allah memberkati niat tersebut.Teruskan bergembira buat semua penyokong dan peminat pasukan Kelantan.Cuma satu ingatan, jangan sampai tak solat Insya' malam ni dan terlena melepasi waktu Subuh pada pagi esok. Bola tu bola juga..mati pun kena ingat.Bola cuma hiburan sementara, mati itu adalah pasti.


GOMO KELATE GOMO..TAHUN NI KITA PULAK JADI JUARA.

No comments:

Post a Comment