Thursday, November 4, 2010

ZULKIFLI NORDIN : Macam gila talak, apa motitf?

Hasad dengki tidak habis-habis...
_________________________________________________


Apa motif maka Zulkilfi Nordin [ ZN ] mula menjadikan pakaian Tuan Guru Datok Hj. Abdul Hadi Awang sebagai isu utk melaga2kan DSAI dengannya.Kalau kerana pakaian menjadikan DSAI tidak menyukai TGHH,rasanya satu hujah yang dangkal.Hujah yang boleh diperlecehkan oleh kana-kanak tadika sahaja.DSAI bulan sekarang berkawan dengan orang-orang yang berjubah dan berserban.Bukan sehari dua DSAI terlibat dalam gerakan Islam sedunia.DSAI begitu lama bergaul dengan manusia-manusia berjubah ni.Mengapa tidak dijadikan isu jubah TGNA sama?.TGNA pun berjubah juga.ZN mula membuat onar kerana dirinya dalam politik sudah mulai kabur.Orang sudah mula melupainya.Hayatnya dalam politik pun sebenarnya menunggu PRU13 sahaja.Selepas itu,ZN akan menjadi manusai gila talak la lagaknya.Nak rujuk PKR kena 'cina buta' dulu.Dan kalau pun selepas cina buta belum tentu PKR menerimanya.Dan tak mungkin pakatan pembangkang akan menerima manusia 'munafik' sepertinya. Selama ini menghentam UMNO macam2,isu murtad, isu Aisyah Bokhari yang diperjuangankannya dulu2 banyak menyalahkan UMNO dan pemimpinnya.Sekarang membuat pusingan 360 darjah.Walaupun bergelar bebas nampak sangat kecondongan sokongannya kepada UMNO-BN.



Melaga2kan dua tokoh penting pakatan pembangkang hanya kerja orang-orang bodoh dan dangkal iilmu sahaja. Tidak mungkin khalayak percaya kerana rakyat sudah kenal siapa Zulkifli Nordin dalam kancah politik negara pada hari ini.Mereka yang bertindak keluar parti sebenar seorang yang munafik dalam perjuangan.Kalau benar tidak setuju dengan perjuangan PKR mengapa tidak letak jawatan?.Kemenangan dahulu adalah atas nama PKR.Belum tentu mereka menyokong batang tubuh ZN,mereka mengundi sebab mewakili PKR. Kalau benar ada prinsip perjuangan,letak jawatan.Serahkan kepada rakyat untuk memilih wakil mereka.Rakyat mengundi dahulu bukan untuk calon bebas tetapi calon yang mewakili sebuah parti politik. Mungkin sudah terasa kekurangan duit kot,maka perlu berniaga isu, mana tau ada yang nak beli,boleh lah dapat seringgit dua. Seorang pemain politik murahan dan hingusan.Dangkal idealisma perjuangan.Prinsip seorang pejuang yang kalah sebelum bertarung tidak boleh digantungkan harapan.Cakap berdegar2 ekor bergelumang tahi.Poooraaahhhhh!!!!.




Pakaian TGHH sudah lama begitu.Sudah lama beliau berjubah, berserban.Anwar pun amat2 menyedari perkara ini.Tetiba ditimbulkan isu pakaianTGHH sebagai satu alasan DSAI tidak suka PAS dan TGHH.Apa punya pemikiran,begitu rendah nilainya.DSAI perlu menyedari, PAS dan pemimpinnya yang banyak berkorban menyokong dan membela DSAI sewaktu diasak dan difitnah oleh UMNO sebelum ini.Tidak boleh dipercayai langsung pakaian yang menyebabkan DSAI tidak menyukai TGHH. Dan kalau benar sekali pun,PAS tidak rugi apa-apa.PAS berjuang bersendirian sejak lama dahulu.PKR cuma baru sekarang bersama PAS dalam PR.Usahlah nak jadikan isu sekecil itu untuk memecahbelahkan ikatan pembangkang.Tak makan punya..buang masa sahaja.Cari lah isu lain yang lebih cerdik sedikit.Budak-budak sangat nampak cara perjuangan politik si ZN ni. 'Memalukan company', orang kata.



Senyuman seorang manusia yang penuh pura-pura. Bila sudah di penghujung usia dalam politik maka sesuatu perlu dilakukan supaya orang masih ingat padanya.Tunggulah PRU13 nanti.apakah ada lagi ahli parlimen bernama Zulkifli Nordin ni.Rasanya akan terkubur tanpa nesan.Orang pun tak nak ingat dah.Jumpa pun orang tak nak salam.Buat tak tau sahaja.Jika begitu,pasti rasa malu akan wujud dalam diri tetapi manusia yang tidak tahu malu mana ada rasa malu.Merek rasa mereka mendapat sokongan.Perasaan tahap maksima.Riak tahap kembung perut. Mana-mana ahli politik bila sudah berpaling tadah,maka akan hancur bila selesai PRK atau PRU seterusnya.Sejarah telah membuktikan.Ibrahim Ali kalau tidak kerana PAS memberi muka,mengangkat semula maruah dirinya pasti sehingga hari ini Ibrahim akan melalak sendiri.Syok sendiri.Sekarang pun sudah nampak tanda-tanda tersebut.Selepas PRU13 nanti,manusia bernama 'bebas' ini kekal bebas selamanya.Tiada siapa lagi akan mendekati mereka,kalau ada pun mereka yang masih nampak ada ruang untuk minum kopi atau teh free di warung-warung di pinggir kampung.Kalau tidak kontang kanting sorang-sorang la.

Buat ZN,carilah alasan atau isu kelas orang dewasa sikit.Jgn isu kanak2 tadika nak dijadikan bahan lagaan antara PKR dengan PAS.Anda orang kecil dalam PKR apa tahu?Sekadar serkap jarang,sekadar buat kenyataan berpihak,sekadar nak cari publisiti murahan mcm ni,buang masa sahaja.Apakah kerana terasa tersilap langkah menjadi ahli bebas maka menyesal dan menyedari banyak rugi maka terhegeh2 nak cari tempat semula dalam politik negara. UMNO sudah acap kali mengorbankan manusia yang berpaling tadah.Tengok Ku Li,manusia yang besar jasanya kepada UMNO dan rakyat Malaysia pun akhirnya jadi kuli sahaja.UMNO tak pandang pun.Kalau boleh Ku Li dinyahkan dari politik semasa.Mungkin PRK Galas antara salah satu cara,siapa tahu?.Jadi ZN jauh panggang dari api kalau nak bandingkan dengan Ku Li.ZN akan hanyut dan terkubur tak bernesan.Tanpa talkin,tanpa tahlil arwah.Lenyap seperti seorang peminta sedekah jalanan akhirnya.

No comments:

Post a Comment