Sunday, November 7, 2010

HORMATI PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT...


SAMBIL FIKIR,  RENUNG  SAMBIL RENUNG,  FIKIR...
_________________________________________________________


YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat
Menteri Besar Kelantan Darul Naim  

Semua pemimpin politik terutama dari kalangan UMNO di Kelantan khususnya, jika tidak suka atau benci kepada Tokguru Nik Aziz, mereka perlu hormat kepada MB Kelantan tersebut.Dan kalau tidak suka kepada MB Kelantan maka mereka kena hormat kepada Tokguru Nik Aziz.Sebab apa?..sebabnya Tokguru Nik Aziz dan Menteri Besar Kelantan itu adalah orang yang sama.Batang tubuh yang sama.Usahlah bercakap berbelit-belit.MB Kelantan dan semua anggota pentadbiran politik dipilih oleh rakyat Kelantan.Mereka diberi mandat oleh rakyat.Jangan cuba-cuba over-rule kuasa dan kedudukan MB Kelantan serta barisan EXCO-nya. Takkan perkara ini pun nak diajar.Kalau sudah terlibat dalam politik rasanya perkara sebegini mudah untuk difahami.Kecuali mereka yang mempunyai pemikiran kemetot sahaja yang sukar dan dangkal untuk memahaminya.Selalunya pemimpin UMNO tidak menghormati status Tokguru sebagai MB Kelantan.Datang ke Kelantan maka hormatilah 'tuan rumah'.Masuk rumah orang tetapi tidak hormat tuan rumah itu sikap jakun,sikap tidak bertamadun,lebih teruk dari puak-puak Jahiliyah terdahulu.

Tok Guru sedang ditemuramah...
Tok guru sentiasa mendapat penghormatan rakyat namun UMNO dan pemimpinnya sentiasa melukis perwatakan Tok guru dengan pelbagai wajah yang menimbulkan kebencian.Pelbagai tuduhan dan fitnah sering dipaparkan di dalam media arus perdana.Semua kata-katanya diputarbelit.Menyedut ucapannya tidak penuh kemudian membuat tafsiran sendiri yang menimbulkan kekeliruan.Kalau pemimpin UMNO menjadi punca angkara fitnah maka mereka menanggung dosa yang cukup besar.Mereka akan menerima akibatnya di akhirat kelak.Kita akan mati jangan fikir hidup ini selama-lamanya.Mati itu benar,syurga neraka itu juga benar. 

YAB Datuk Seri Najib b. Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia.
Begitu juga halnya dengan PM Malaysia.Kalau bencikan Najib maka kena hormat kepada PM.Kalau benci PM maka kena hormatilah DS Najib sebabnya Najib dan PM adalah orang yang sama. Hormati kedudukannya sebagai PM.Jika semua ahli politik faham situasi ini maka politik negara kita akan lebih aman dan harmoni.Perbalahan dan kekecohan yang terjadi sebenarnya dicetuskan oleh ahli-ahli politik jakun.Mereka sengaja memanipulasikan semua isu untuk tonjolkan diri masing-masing.Tanpa mengambilkira keharmonian masyarakat,mereka sesuka hati menabur fitnah,tuduhan dan tohmahan.Sikap inilah telah menjadikan rakyat pelbagai kaum dan majmuk di negara Malaysia ini makin berpecah dan retak.Kontrak sosial mula dipersoalkan.Kuasa raja juga dipersoalkan.Keistimewaan Melayu juga dipertikaikan.Sebenarnya punca yang membawa terjadinya semua masalah ini ialah angkara pemimpin Melayu itu sendiri.Pemimpin UMNO banyak membawa angkara.Terlalu ingin menjaga kuasa politik maka perbagai isu dan tohmahan dilakukan sehingga membuatkan kaum-kaum lain bangkit menentang dan mula bersuara untuk menjaga kepentingan kaum mereka.Bila mereka bertindak untuk menjaga survival bangsa mereka, mengapa pemimpin UMNO menjadi risau?Sdgkan puncanya adalah dari mereka.Kemudian orang lain pula ingin dipersalahkan.


No comments:

Post a Comment