Sudah acap kali PAS seperti berdolak dalik dalam isu ceramah politik.Dari satu sudut,PAS seperti begitu menjaga air muka dan maruah musuh politiknya namun dari satu sudut lain pula PAS sesedap rasa memaki hamun,memburuk2 peribadi individu parti lawan.Dalam isu ini,mana satu ajaran Islam yang sebenar.Mana satu sunnah yang betul.PAS sepatutnya berkata benar.Bukan sekejap macam tu,sekejap mcm ni.Kalau benar PAS berjuang atas landasan Islam,mereka perlu tunjukkan contoh yang terbaik yang Islam anjurkan.Jika tidak PAS lebih teruk lagi sebab mereka tahu dan faham agama namun tidak ambil pengajaran dari ilmu yang mereka ada. PAS tidak sepatutnya meletakkan kedudukan orang2 alim dalam situasi serba salah.Bila PAS melakukan sesuatu yang menampakkan bertentangan dengan Islam, pasti mereka yang kurang faham akan merujuk dengan orang2 alim tertentu.Dan bila terbukti apa yang PAS buat itu salah maka ini akan menimbulkan rasa keliru dan tidak percaya masyarakat umum terhadap PAS.Akhirnya imej orang2 alim, pemimpin2 PAS akan diragui,kerana mereka cakap tidak serupa bikin,dan bikin pula tidak serupa cakap.
PAS perlu bertegas dan istiqamah mempertahankan prinsip Islam bukannya bermain politik.PAS tidak boleh mengadai maruah dan akidah pengikutnya kalau mmg apa yang dilakukan pemimpin PAS itu salah maka pimpinan tertinggi perlu bertegas bukan membela seperti sokong membawa rebah.Islam itu jelas bukannya boleh begitu dan begini kecuali dalam beberapa keadaan tertentu.Sudah acap kali PAS seperti tidak bergerak selari dengan Islam.Menimbulkan keraguan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Bijak bermain kata,bijak berhujah sekali pun jika memang tidak betul dengan Islam maka akhirnya akan mendapat murka Allah juga.Jangan terlalu ingin mendapat kuasa maka agama digadaikan.Sanggup 'susup punca',semata-mata untuk mencari kemenangan.Ingat..MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.Sepatutnya pimpinan tertinggi dan ulamak-ulamak dalam PAS lebih mahir, lebih berhati-hati dalam mengeluarkan 'fatwa'. Ilmu yang tinggi belum tentu boleh sesuka hati berfatwa jika hakikatnya apa yang dicakapkan itu jelas bertentangan dengan Islam. Islam itu milik semua bukan milik PAS.Hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang hampir dengan Allah.Dan jika menyokong PAS tetapi masih tidak solat,masih tidak menutup aurat, masih mengamalkan perkara yang dilarang Islam,maka mereka ini sama sahaja dengan yang tidak menyokong PAS.
Peneguhan syariat dan syiar Islam itu maha penting.Tidak bererti ulamak itu benar2 suci dari kesalahan dan dosa,mereka yang bergelar ulamak ini lagi berat tanggungannya jika mereka tidak beramal dengan ilmu yang mereka ada.Berpura-pura dengan ilmu yang ada tetapi belakang tabir mereka juga rakus mengaut harta dunia.Itu lebih teruk.Jika mereka nampak zuhud tetapi dalam hati riak dengan sikap zuhud yang terzahir,itu juga sia-sia.PAS mesti segera berubah,mesti bercakap berpaksikan ajaran Islam yang sebenar.Andai cakap2 yang dilontarkan pemimpin PAS jelas bercanggah dengan agama maka ini akan membuatkan orang ramai tidak yakin dengan Islam.Menjauhkan penganut agama lain dengan Islam.Jika demikian mana bukti Islam itu selamat,aman dan sejahtera?.
PAS menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan namun jika PAS sendiri yang munafik dengan perjuangan Islam maka lama-kelamaan Islam yang suci dan mulia itu makin dipandang serong oleh penganut agama lain.Jangan kerana terlalu mengejar kuasa dan kemenangan maka yang selama ini kita kata tidak boleh tetiba menjadi boleh pula.Islam tidak demikian.Haram kekal haram...sunat kekal sunat, harus kekal harus.Wajib kekal wajib bukannya sekejap haram, sekejap tidak. Pemimpin tertinggi PAS perlu membetulkan keadaan ini.Politik maki hamun,politik memburuk-burukkan pihak lawan terutama menyentuh peribadi tidak digalakkan dalam Islam. Sunnah tidak begitu.Baginda Junjungan Besar kita bersikap berbaik sangka,bersikap berbaik2 mengelakkan permusuhan.Kalau tidak ikut perjalanan Nabi, maka siapa lagi yang paling mulia dan maksum untuk dicontohi?.Nabi lah ikutan kita.Telah ada suri tauladan yang baik pada diri Nabi itu...maka ikutilah apa yang baginda bawa.Bukan kita sesuka hati berpolitik.
No comments:
Post a Comment