Saturday, November 20, 2010

PARTI BARU ZAID IBRAHIM : Sejauhmana peluang dalam PRU13

Sudah sah dan jelas,Zaid Ibrahim akan keluar PKR berkuatkuasa pada 16 Disember nanti.Apa sebab tarikh itu dipilih, Zaid seperti menyindir DSAI kerana Anwar juga memilih 16 September sewaktu ingin mengambilalih PUTRAJAYA walaupun hasrat itu gagal.

Cuma Zaid membayangkan dia akan menubuhkan parti baru untuk membolehkannya bertanding dalam PRU13 akan datang. Jika partinya gagal ditubuhkan, dia akan bertanding sebagai ahli bebas.Sejauhmana dirinya bertahan dalam kancah politik negara hanya masa yang menentukan.Mungkin selepas ini nama Zaid akan terus hilang kerana dia bukan lagi menjadi isu untuk dikaitkan dengan PKR.

Media arus perdana cuma ingin menggunakan Zaid bagi menyerang PKR untuk memenuhi hasrat 'bos' media berkenaan.Selebihnya Zaid bukanlah satu nama yang layak untuk menggugat PKR.Dia bukan tokoh yang menggerunkan mana-mana pemimpin politik negara.Dia terbuang dari UMNO, kini dia bakal terkeluar dari PKR.

Banyak isu terpalit  ke atas diri Zaid.Isu peribadi, isu politik, dan isu sikapnya yang tidak boleh menjadi pengikut yang baik.Seseorang yang tidak boleh menjadi pengikut yang baik secara langsungnya tidak akan mampu menjadi bos yang baik.Dia tidak boleh berangan-angan untuk menjadi presiden sebuah parti yang bakal menyaingi parti-parti sedia ada.

Sistem dua parti [ kerajaan -pembangkang ] sudah memadai untuk pilihan kepada rakyat.Jika ada suara ketiga mugkin pihak ketiga ini akan terkubur awal.Hanya masa yang mampu menentukan, sejauhmana diri Zaid dan idealisma perjuangannya mampu bertahan.

Begitu juga dengan parti barunya yang bakal ditubuhkan.Parti Melayu Semangat 46 yang dipimpin oleh YBM Tengku Razaleigh pun terkubur awal walaupun Ku Li adalah tokoh pemimpin Melayu yang disegani.Melainkan parti baru Zaid itu bergabung dengan UMNO namun mungkin UMNO akan menolak kerana YB Tengku Adnan Tengku Mansor sudah awal-awal menyatakan UMNO tidak akan menerima semula Zaid ke dalam UMNO.

Kalau parti Zaid diterima untuk bergabung dengan UMNO maka ia secara tidak langsung UMNO menerima Zaid.Maka peluang untuk parti baru Zaid untuk bersama dalam BN tidak mungkin menjadi kenyataan.Namun dalam politik tiada perkataan mustahil.Macam-macam boleh terjadi.

Pilihan seterusnya, bergabung dengan PR.Hasrat ini juga mungkin menemui kegagalan.Pasti PKR akan menentang.Tidak mungkin komponen PR menerima parti  yang ditubuhkan oleh tokoh yang disingkirkan dari PKR, kecuali DAP dan PAS memilih untuk menerima parti baru Zaid dan mufarakah dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.Ini juga mungkin kerana dalam politik tidak ada perkataan mustahil.

UMNO-BN dengan PR masing-masing memasang strategi.Masing-masing ingin melumpuhkan lawan.Siapa yang mampu melemahkan lawan sebelum PRU13 ini maka mereka berpeluang untuk menang besar dalam PRU nanti.

Datuk Zaid Ibrahim sebenarnya kesuntukan masa dan waktu untuk bersiap sedia menghadapi  PRU13 kecuali dia bersatu dengan wakil rakyat bebas yang telah sedia ada untuk menghadapi PRU nanti.Jika parti barunya sempat didaftarkan,maka dia boleh mengajak semua YB bebas untuk bersama dalam parti barunya.Menjadi suara ketiga.Namun dalam negara kita ini,suara ketiga belum mampu memberi alternatif kepada rakyat untuk  menyaingi UMNO-BN dengan PR.

Mugkin nama parti baru Zaid ialah Parti Liberal Malaysia [ seperti posting saya yang lalu ].Sesuai dengan jiwanya yang agak liberal mungkin nama parti tersebut boleh dipilih.Sikapnya yang agak liberal dan lebih sederhana sebenarnya mampu menarik minat rakyat jika Zaid berupaya menawarkan sesuatu yang meyakinkan rakyat terbanyak.

Selepas 16 Disember nanti, segala-galanya bakal terjawab.Apa hala tuju,apa muslihat Zaid seterusnya lebih terang dan jelas.Usia parti dan dirinya dalam kancah politik negara juga akan mapu dinilai.Jika tidak,apa yang disuarakannya selama ini hanya sekadar indah khabar dari rupa sahaja.Lebih lajak dari laju.Omongan kosong semata-mata.Dan jika demikian, Zaid Ibrahim akan terjun ke laut dengan labu-labunya.Menjadi Si Luncai...


No comments:

Post a Comment