Saturday, November 6, 2010

MERAPI TERUS MENGGANAS



Mayat mangsa letupan Gunung Merapi

Sudah empat kali Gunung Merapi membuakkan laharnya.Beratus mangsa menjadi korban.Dulu dalam lingkungan 10 kilometer sahaja namun kali ini ia menjangkaui lebih 15 kilometer.Makin luas dan makin jauh jaraknya.Ini menyebabkan angka korban meningkat.Penduduk sekitar 15 kilometer tidak terfikir mereka juga akan disambar lahar panas Merapi tersebut. Dunia makin di akhir hayat.Gunung berapi meletup sana sini.

Itu belum lagi gempa bumi dan Tsunami.Bayangkan kalau gempa bumi, Tsunami, ribut taufan, banjir besar dan letupan gunung berapi bekerjasama dalam satu pasukan.Bergerak dan berlaku serentak dalam satu masa. Rasanya satu negara,negara berjiran malahan mungkin satu dunia musnah, dan rempuhan serentak itu menjadi seumpama kiamat mungkin.Pasti dahsyat yang amat.


Antara mangsa korban Gunung Merapi

Sekarang di  Malaysia dan Thailand dilanda banjir.Semua aktiviti terbantut.Ada yang terkorban.Urusan seharian banyak terbengkalai, ternakan mati, ladang-ladang musnah teruk, penyakit akan merebak dan pelbagai lagi.Ini semua teguran dan amaran dari Allah.Jika manusia masih anggap itu sekadar perubahan monsun, atau bencana alam secara berkala maka sampai bila pun keinsafan dalam diri manusia tidak akan wujud.

Indonesia sudah acap kali di timpa musibah,mengapa mereka diuji sebegitu?Mesti ada sesuatu yang tidak kena di negara mereka.Rasuah, pelacuran, maksiat, ajaran sesat, dan pelbagai mcm sikap yang melanggar perintah Allah begitu hebat di sana.Aceh boleh dikatakan hampir satu negeri disapu Tsunami pada 2006.Kini mereka sudah insaf.Namun di kawasan lain di Indonesia masih tidak mengambil iktibar dari peristiwa Tsunami di Aceh tersebut.

Entah bila Merapi akan padam.Mungkin ada lagi letupan yang lebih ganas atau mungkin selepas ini dia akan berhenti meletup.Namun keadaan di sekitar kaki pergunungan Merapi sudah tiada apa lagi.Semua sudah hancur dan musnah.Manusia di sekitarnya sudah makin menjauhkan diri.Mungkin jarak 20 kilometer pun sudah bergerak ke tempat lain,mencari tempat lebih selamat walaupun kematian itu berlaku di mana-mata.Cuma untuk mati kerana letupan Merapi mereka boleh elakkan buat sementara.

Tidak terjadi sebarang peristiwa itu secara sia-sia kecuali kedatangannya penuh dengan pengajaran dan hikmah dari Allah swt.Allah Maha Penyayang.DIA akan memberi ingatan untuk hamba-hamba-Nya.Jika semua peringatan dari-Nya tidak diendahkan maka tunggulah bencana lebih besar akan ditimpakan ke atas mereka yang lupa dan lalai.Sedar dan insaflah.walau apa pun musibah yang berlaku sesungguhnya ia berpunca dari kerja-kerja tangan manusia itu sendiri,bukan berpunca dari sebab lain.Manusia itu adalah khalifah di bumi jika mereka tidak menjadi khalifah yang sepatutnya maka musibah, kecelakaan dan bencana yang membawa kemusnahan dan kematian pasti terjadi.
 
 
 

No comments:

Post a Comment