Sunday, November 7, 2010

FIKIR DAN RENUNG..Jangan tersesat sama

Dalam satu keadaan kita melihat seseorang itu seperti seorang yang alim,kuat beribadah, dari dirinya terlihat pelbagai keajaiban,seorang yang menjaga solat, rukun Islamnya nampak seperti sempurna.Namun dalam waktu yang sama dia juga seperti ada ilmu hitam.Mungkin ilmu ini tidak disedari oleh orang-orang terdekat.Atau mungkin muridnya menyangka ilmu hitam itu satu kelebihan gurunya sebab boleh menzahirkan pelbagai benda alam ghaib kononnya.Sedangkan ilmu itu sudah terpalit dengan unsur-unsur khurafat.Bersekongkol dengan alam ghaib yang boleh menyimpang akidah dengan Allah.Guru yang benar-benar makrifat tidak akan sesekali mencampuradukkan ilmu putih dengan ilmu hitam.Mana mungkin dua ilmu bertentangan bersatu dalam satu jasad kecuali ilmu hitam sudah menguasai diri pemiliknya.Ilmu yang putih tidak sesekali merelakan dirinya bersatu dengan ilmu jahat, sihir atau ilmu berunsur khurafat.

Dalam lain perkataan solat,amal ibadah yang kuat tidak bermakna seseorang itu benar di jalan Allah.Ada orang berselindung dengan amal ibadahnya untuk menutup kejahatan.Zahirnya seperti seorang yang zuhud, nampak tidak begitu tamakkan dunia namun belakang tabir dialah kaki putar alam yang paling hebat.Murid-murid hilang pertimbangan sebab terlalu taksub. Pemikiran rasional sudah hilang sama sekali kerana terlalu percayakan cakap gurunya.Dakwa guru, para wali yang sentiasa berdampingan dengannya. Benarkah demikian?.Hati-hati bila mencari guru.

Setiap ilmu yang kita dapat perlu kita tanya-tanyakan guru-guru lain juga.Dengan syarat guru yang kita rujuk itu mempunyai ilmu dalam 'level' yang sama.Jangan tanya soal makrifat dengan guru bukan dalam ilmunya nanti fitnah lain yang menular.Ilmu tarikat hanya guru tarikat sahaja yang mampu memberi kupasan.Ilmu hakikat hanya guru hakikat sahaja yang boleh memberi ulasan.Guru tauhid hanya lebih mahir dalam bidang tauhid.Kalau pun dia arif dalam ilmu-ilmu lain lebih afdal merujuk dengan guru yang dipercayai mempunyai pengetahuan khusus dalam ilmu hakikat dan makrifat.


No comments:

Post a Comment