Wednesday, November 3, 2010

STADIUM TUANKU MIZAN...

Isu wang judi di Penang masih tak habis-habis dimanipulasikan oleh UMNO.Saban hari ada sahaja kisah tu di media massa,baik kaca TV ataupun akhbar. Sedangkan Stadium Tuanku Mizan, tiada siapa pun pemimpin UMNO mendesak secara tegas dan keras supaya tindakan diambil ke atas pemaju atau kontraktor.Stadium tersebut masih dalam keadaan tidak berubah.Baik pulih tidak berlaku secara progresif.Tidak ada tindakan pro-aktif diambil.Pemaju yang terlibat, jurutera terlibat, kroni ke,siapa2 yang terlibat sehingga stadium tersebut menyembah bumi, langsung tidak dibawa ke muka pengadilan.Mengapa pemimpin UMNO yang begitu galak mempersoalkan isu wang judi di Penang tidak pula bersuara menegakkan kebenaran pasal pembinaan stadium Tuanku Mizan tersebut.Menggunakan nama Tuanku Sultan pada stadium yang telah runtuh dalam jangkmasa yang singkat amat memalukan.Maruah dan nama seorang sultan sebenarnya tercemar.Kalau nak abadikan nama seseorang sultan pada mana-mana binaan atau bangunan biarlah benar2 berkualiti dan terpuji.Stadium yang runtuh itu sebenarnya telah mencemar nama sultan Terengganu dan institusi Di-raja.

Sepatutnya UMNO berjuang membela raja dan nama baik raja.Dakwa dan bawa mereka yang terlibat dalam kes pembinaan stadium tersebut ke muka pengadilan.Kalau lah stadium itu dibina di negeri pembangkang atau projek pembangkang pasti UMNO akan terus jadikan isu.Mengapa begitu terpilih sikap UMNO dalam hal ini.Dah lebih setahun stadium Tuanku Mizan runtuh,keadaannya masih tidak berubah.Hanya sisa runtuhan sahaja yang telah dibersihkan. Kesalahan yang tidak dapat diterima ialah runtuhnya pentas diraja, bayangkan jika keruntuhan itu berlaku sewaktu Tuanku Sultan berada di pentas tersebut.Pasti malapetaka yang menimpa cukup besar.Mereka yang terlibat dan bersalah dalam hal ini juga belum kedengaran didakwa.Semuanya senyap.Kenyang dan lena tidur mereka.UMNO sentiasa bersikap kuman di seberang laut nampak dengan jelas,gajah di depan mata buat2 tak nampak.Sikap seperti ini perlu diubah.UMNO perlu adil jika ingin meraih kepercayaan rakyat.Kesilapan-kesilapan yang dilakukan selama ini perlu diubah segera.Bila berjuang jangan berpihak.Benar tetap benar dan salah tetap salah.Dakwa dan hukum mereka tidak kira siapa pun mereka.


No comments:

Post a Comment