Satu persatu pemimpin PKR mula memprotes kecelaruan yang berlaku dalam PKR.Isu utama ialah penyelewengan proses pemilihanan kepimpinan tertinggi parti.Dua bekas calon Timbalan Presiden sudah 'bersuara'.Satu bekas calon sudah melepaskan semua jawatannya dalam PKR,satu bekas calon lagi memberi tempah 48 jam [ mulai semalam ],andai tidak ada apa2 perubahan [ mendesak pemilihan jawatan dibatalkan ] maka tindakan susulan akan dibuat.Apa bentuk tindakan tersebut hanya akan terjawab selepas 48 jam berakhir.
Calon-calon untuk jawatan lain juga mulai bersuara.Hari ini Setiausaha PKR Sabah juga sudah mengucapkan selamat tinggal kepada PKR.Alasannya bukan berkaitan dengan Anwar atau Azmin tetapi sudah keletihan melayani pelbagai kerenah yang timbul selama ini.Penyokong DZI dan Mustafa Kamil Ayub sudah mula berdiri di belakang memberi sokongan maknanya, mereka bukan berdua atau keseorangan menentang arus.Ada sokongan,ada hujah,ada bukti dan ada kekuatan untuk mereka bersuara.
Media arus perdana juga mula sibuk memasang jerat,menyediakan perangkap utk menambah perisa dan kepedihan untuk PKR.Anwar dan Azmin serta bala tentera yang masih setia perlu bersiap sedia untuk berhadapan dengan serangan media arus perdana ini.Selalunya mereka membuat 'lintas langsung' berpihak.Menangguk di air keruh.Biasa la..cari makan.
Jika PKR masih berdiri atas prinsip keadilan dan berjuang untuk kebajikan rakyat maka PKR akan terus hidup dan bertahan namun jika benar PKR sudah lari dari prinsip asal penubuhan maka mungkin hayatnya sudah sampai utk 'ditalkin'.Majlis 'tahlil arwah' untuk PKR sudah boleh dibuat persiapan.Khemah, meja, menu makanan, desertnya, tetamunya semuanya sudah boleh difikirkan.Tempat majlis tahlil juga sudah boleh difikirkan sekarang.Apa yang berlaku ini tidak terhenti setakat dua bekas calon Timbalan Presiden tersebut kerana akan ada lagi [ pasti ] gerombolan dari PKR akan membuat pengumuman untuk terpanggil bersama DZI dan MKA [ Mustaffa Kamil Ayub ]. Bila dua bekas calon Timbalan Presiden bersuara maknanya isu yang dipertikaikan adalah benar.Kedua-duanya menyalah Azmin dan sifunya Anwar.
Gobalakrisnan, Manikavasagam,dan Tian Chua antara tokoh yang cukup vokal sebelum ini menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Azmin,mungkin mereka ini juga akan bertindak mengikut jejak langkah DZI dan MKA.Penyokong peringkat akar umbi juga sudah mula menonjolkan protes.Kepimpinan tertinggi perlu ambil kisah dan bertindak segera.PKR jika dijadikan parti keluarga atau parti kroni terdekat sahaja maka PKR akan terkubur.Parti tersebut sepatutnya menjadi alternatif untuk rakyat memilih selain BN-UMNO.Jika PKR ditubuhkan semata-mata kerana kecewa dan membela ANWAR sahaja maka hayatnya tidak lama.Konsep dan perjuangan PKR perlu menjurus kepada parti yang bersaing untuk memberi pilihan kepada rakyat sepertimana DAP dan PAS ditubuhkan.Menjadi sebuah siasah opposisi yang berdaya saing secara sihat dan memperjuangkan kebajikan untuk rakyat.
Apa kesudahannya episod DZI dan MKA ini akan terjawab dalam beberapa hari lagi..tunggu dan lihatlah.Kita di luar PASTI tidak akan tahu cerita sebenar yang berlaku di dalam PKR.Pasti ada sebab dan musababnya...Sama2 kita menanti kesudahan ceritanya,mungkin skripnya sudah lama siap atau memang skrip tidak tertulis pun,ia terjadi secara tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment