Thursday, November 4, 2010

PRK BATU SAPI & GALAS : UMNO-BN dijangka mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dan merampas semula Dun Galas

Terkini, UMNO-BN berpeluang cerah mengekallkan kerusi Parlimen Batu Sapi, dan besar kemungkinan Dun Galas juga UMNO akan merampas kembali dari genggaman PAS.UMNO mungkin menang dengan majoriti melebihi 1000 undi.Melihatkan kepada pengundi Cina yang mula kembali merujuk dengan UMNO-BN maka peluang untuk UMNO-BN untuk meraih undi majoriti melebihi  1000 undi adalah tidak mustahil.Pengaruh dan aura YBM Tengku Razaleigh masih kuat.Tok-tok Batin orang Asal di Gua Musang dan Galas masih kuat menyokong Ku Li.Dengan gaya yang merendah diri, bersahaja, bersifat merakyat membuatkan pengundi Dun Galas begitu senang dengan penampilan Ku Li.

Status anak raja yang dibawa Ku Li dengan tidak begitu menghiraukan 'darah kuningnya' bila bersama rakyat  telah membuatkan UMNO kembali bernafas.Cakapnya yang tidak sombong, boleh duduk dan bersembang tanpa mengira kedudukan, tidak memilih dan tidak meletakkan penghadang untuk rakyat bawahan mendekatinya amat menarik minat pengundi Dun Galas.Rakyat Dun Galas bukan yakin dengan UMNO tetapi mereka yakin dengan cakap2 dan janji Ku Li.Ku Li banyak berjaya kepada seluruh penduduk Gua Musang.Lebih 50 tahun Ku Li menabur bakti di sana.Dengan pembawakan diri dan perwatakan yang cukup sederhana dan merendah diri telah menjadikan Ku Li satu senjata utama buat UMNO untuk merempuh benteng PAS di Galas. Setakat jam 7.30 mlm ini,jelas UMNO sedang mendahului dengan selesa di Dun Galas. Batu Sapi kelihatan kekal dalam kuasa UMNO-BN.

Keputusan rasmi akan diumumkan selepas jam 8.00 malam ini.Sama-samalah kita nanti.Kalau UMNO-BN menang maka keputusan akan diumumkan awal,jika selepas pukul 9.30 masih belum keluar keputusan rasmi,UMNO-BN sedang menghadapi masalah.Apapun setakat yang diketahui UMNO-BN berpeluang cerah untuk menyapu bersih PRK di kedua-dua tempat di atas. Keputusan dengan 2-0 mungkin menjadi kenyataan.UMNO-BN menang selesa.Mungkin persiapan untuk PRU13 boleh diperkemaskan dengan penuh semangat.


No comments:

Post a Comment