Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah berkenan memeriksa perbarisan kehormat sebelum merasmikan Persidangan DUN Kedah di Alor Setar, semalam |
Baginda Sultan Kedah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang berganding bahu membantu mangsa banjir di negeri tersebut baru-baru ini.Namun dalam waktu yang sama baginda melahirkan rasa dukacita di atas sesetengah pihak yang bersuara sumbang kerana tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan baginda terhadap mangsa banjir di negeri tersebut. SIAPAKAH PIHAK TERSEBUT?. Rasanya semua orang tahu, siapa yang bersuara sumbang itu.Pihak inilah yang lantang mengkritik kerajaan Kedah yang kononnya tidak membantu mangsa-mangsa banjir.Kalau nak berpolitik pun,agak2 la.Jangan sesedap mulut menghamburkan kata-kata yang dikira biadap dan bermulut longkang.Rasanya wajar Kerajaan Kedah menutup pintu untuk media arus perdana berurusan dengan kerajaan Kedah.Susu yang diberikan,tuba yang dibalas.
"Namun beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta serta semua pihak yang terlibat dalam membantu mangsa banjir" Titah baginda Sultan Kedah pada perasmian Persidangan DUN Kedah, Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 di Kedah semalam.
Jelas, sikap sesetengah pihak yang sengaja buta mata dan pekak telinga sengaja mencari helah untuk memburuk-buruk kerajaan Kedah sedangkan semua pihak sedar dan tahu betapa Kerajaan Kedah tidak cukup tangan membantu mangsa banjir namun media tertentu secara berniat jahat menuduh yang bukan-bukan kononnya kerajaan Kedah lepas tangan dalam isu banjir dan tidak berbuat apa-apa untuk membantu.Siapa tidak sakit hati dan tidak melenting.Dah jelas pembohongan dilakukan dalam laporan media mana tidaknya MB Kedah mengamuk.Kalau sengaja berniat jahat,siapa tidak marah?.
No comments:
Post a Comment