Semasa dalam UMNO, dia diberi jawatan yang sememangnya dikejar oleh ahli-ahli UMNO seluruhnya.Menjadi menteri kanan dalam UMNO walaupun tidak bertanding dalam PRU.Dia dilantik melalui jawatan senator yang disandangnya.Kemudian dia cuba pula untuk bertanding Naib Presiden UMNO.Namun tidak cukup pencalonan.
Perletakan jawatannya sebagai menteri dan seolah-olah seperti protes kerana isu ISA,itu semua lakonan sahaja.Dia sebenarnya kecewa kerana gagal untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.Akhirnya dia meletak jawatan menteri dan keluar UMNO [ dipecat ].Dia kononnya seorang pejuang tulen,memperjuangkan demokrasi tulen,berprinsip,ada maruah dan harga diri yang tinggi.
Semua itu hanya wayang sahaja.Zaid Ibrahim sebenarnya seorang yag tamak jawatan bukan ingin berkhidmat untuk rakyat.Bukan memperjuang kebajikan dan keadilan untuk rakyat,dia lebih pentingkan keuntungan peribadinya.Zaid lebih seronok beretorik dalam agendanya untuk mengejar pangkat dan kuasa semata-mata. Selepas disingkirkan dari UMNO dia kemudian bersama PKR.
Tidak lama dalam PKR,dia diberikan jawatan yang tinggi.Belum panas punggung orang kata,dia kemudian dicalonkan untuk bertanding PRK Hulu Selangor.Dia kalah.Kemudian tiba musim pemilihan dalam PKR.Dia sekali lagi ingin memanjat hieraki secara ekspress.Kalau dia bertanding Naib Presiden,rasanya dia sah menang benar,namun dia tidak mahu jadi orang no.3,dia merasakan dia layak untuk jawatan No.1 atau No.2.Zaid Ibrahim rakus mengejar kuasa dan kedudukan.
Dia menawar diri untuk jawatan no.2 sedangkan dia tahu AZMIN orang 'sakti' DSAI sudah lama mengidamkan jawatan tersebut.Dia bukan tidak tahu malah sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata.Dia sedar bahawa dia akan hadapi halangan dan rintangan yang cukup besar.Dia masih baru dalam PKR namun kerana tamak kuasa,sedangkan dia sudah memiliki kedudukan yang agak baik dalam PKR.
Sifatnya yang gila jawatan,maka apa yang dimiliki itu masih belum cukup maka dia ingin jawatan lebih besar lagi.Kalau ikutkan jiwa tamaknya dia ingin jawatan Presiden PKR namun mungkin malu alah dengan DS Wan Azizah,dia memilih untuk merebut jawatan no.2.
Setelah usahanya gagal dan dia memang menyedari dia akan kalah maka dia mula buat 'perangai'.Untuk mengelakkan dia kalah dan hilang semua keistimewaan dalam PKR, dia mula mereka-reka 'kisah'.Dia penulis novel dan penulis skrip yang baik.Biasala..dia seorang lawyer [ loyar buruk ke? ],dia bijak mainkan isu,bijak mainkan sentimen.
Dia menyedari jika dia kalah jawatan timbalan,AZMIN [ bakal Timbalan Presiden, setakat ini AZMIN hampir pasti menang ] akan menghukumnya.Jawatan yang 'diberikan' kepadanya sebelum ini akan hilang segala-galanya. Dia sedar kedudukan itu.Menyedari posisinya dalam PKR akan terpinggir,dia mula 'melaksanakan' program yang hampir sama semasa dia dalam UMNO dahulu.Menjadikan proses pemilihan yang kononnya kotor dan penuh manipulasi,dia cuba bermain arus untuk menampakkan dia rasioanl menarik diri dari bertanding jawatan Tim.Presiden tersebut.
Sedangkan dia tahu kalau dia kalah dia akan malu besar.Imejnya akan tercemar teruk. Justeru, dengan cerita-cerita penyelewengan undi mewajarkan dia mengalah awal.Kalau dia mengalah tanpa sebab kukuh, khayalak terutama ahli PKR akan melihat dia bukan anak jantan.Takut kepada pertempuran secara terbuka.Jelas,Zaid Ibrahim seorang yang penakut.Akhirnya lakonannya,skripnya menjadi sama dengan skrip dalam UMNO dahulu.
Zaid seorang yang tamak jawatan,dia hanya ingin jadi ketua.Egonya tinggi.Dia seorang jutawan,pasti egonya maha besar.Orang kaya mana mahu ikut atau jadi pengikut.Dia bukan perlukan duit.Dia punya wang berjuta-juta [ mungkin ratus juta ].Dia bukan kejar wang,kalau dia kejar wang dia tidak perlu masuk politik sebabnya dia sudah kaya raya.Dia sebenarnya ingin disanjung dan dipuja sebagai seorang ketua.
Dia ingin menjadi pemimpin bukan pengikut.Dia masuk PKR dahulu pun dia sudah ada rancangan ini [ingin jadi pemimpin tertinggi dalam PKR ] dia fikir 'makan cekak' dalam PKR. Rupanya dia tersilap membuat tafsiran.PKR bukan parti murahan.Dia gagal mengaburi mata ahli PKR.Dia masuk PKR dengan reputasi cemerlang,dia seperti selari dan seiring dengan perjuangan PKR.Kebebasan dan keadilan sejati,sesuai dengan jiwanya.
Setelah plan dan rancangannya tidak menjadi,dia mula membuat onar.Dia mencari ruang untuk keluar PKR atau dipecat.Segala kerenahnya sekarang ini hanya untuk mewajarkan PKR memecatnya atau membolehkan dia keluar PKR secara lunak.Dia berjaya.Zaid sudah menyatakan hasratnya akan keluar parti.Dan mungkin dia akan tubuh parti baru.
Sesungguhnya,sikapnya ini walau parti mana pun dia akan join jika niatnya ingin jadi ketua secara cepat dan tamak mengejar posisi sampai bila pun dia akan gagal kecuali dia tubuh parti baru dan dia sendiri menjadi Presidennya.Itu mungkin boleh berlaku.Dia mengetuai parti yang baru diwujudkan.Namun ego dan degilnya akan tetap merosakkan parti barunya itu kerana dia juga tidak mahu dengar nasihat atau teguran orang lain.Kalau dia jadi presiden,dia akan jadi diktator dalam ertikata yang sebenar.
Zaid Ibrahim bukan pejuang sejati.Dia hanya mengejar posisi.Dia ingin jadi bos,dia ingin jadi ketua.Dia ingin dikenali sebagai presiden.Dia tidak mahu jadi pengikut.Dia bukan kelas murahan.Dia bukan kelas minum dan makan di warung di pinggir2 kampung.
Dia ingin diraikan secara kompang dan perarakan nafiri umpama seorang sultan di hotel bertaraf 5 bintang.Itu hasrat dan cita-citanya.Nasib baik sultan-sultan di negara ini tidak dipertandingkan.Jika tidak jawatan sultan pun dia ingin rebut.Akhir kalam...Zaid bukan pejuang untuk membela rakyat,namun dia sebenarnya terlalu licik menyempurnakan agenda peribadinya.Iaitu menjadi presiden sebuah parti..Kisah dan jalan ceritanya hampir sama sewaktu dalam UMNO dan PKR.
Dalam UMNO gagal bertanding Naib Presiden, dia buat 'onar' maka dia dipecat.Dalam PKR,dia gagal utk menang Tim.Presiden maka dia juga cipta isu.Mewajarkan dia cabut.Begitulah caranya..cuma yang dia tidak sedar,selangkah dia melangkah,orang lain sudah 7 langkah di hadapannya.Dia tidak tahu bahawa orang lain lebih tahu darinya.Hanya dia yang tidak tahu kerana dia merasakan dia lebih tahu.
No comments:
Post a Comment